Kabar angin dah lama bertiup kencang mengenai perkahwinan Fasha Sandha apabila tersebar gambar Fasha mencuba gaun pengantin di beberapa blog hiburan. Fasha Sandha digosipkan akan berkahwin pada tahun ini dengan kekasih hatinya Rizal Ashram 36, atau Jejai. Ramai jugak meneka Fasha akan melangsungkan perkahwinan pada tarikh hari lahirnya iaitu dalam bulan Mac.

Ada juga yang kata Fasha sudah berkahwin di Thailand secara diam-diam dengan Jejai. Fasha menafikan hal itu semasa ditemui wartwan di majlis Anugerah Bintang Popular 2010.
“Sehingga hari ini saya masih lagi belum berkahwin dan masih solo. Malah cerita saya bernikah di Thailand adalah tak benar sama sekali.”
Fasha tidak menafikan yang dia akan berkahwin dengan Jejai pada tahun ini, namun masih merahsiakan tarikh sebenar dan lokasi di mana mereka akan berkahwin.
Benarkah Fasha akan berkahwin di luar negara seperti yang diperkatakan..Fasha hanya terseyum penuh makna.
“Semua masih terlalu awal untuk diperkatakan. Apa yang pasti saya tidak akan bernikah di Thailand.”
Fasha sudah mencecah 28 tahun, pastinya dia tak akan tunggu lama-lama untuk melangsungkan perkahwinan kan..jika Fasha nak langsungkan perkahwinan pada tahun ni memang elok benar le, dah lama Fasha dengan Jejai bercinta kan..
Biodata Fasha Sandha
NAMA PENUH: Nur Fasha Sandha Binti Hassan
KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik
TARIKH LAHIR: 28 Mac 1984
PENDIDIKAN: Institut Kebudayaan Belia Negara (diploma)
KERJAYA: Pelakon, model iklan
TEMPAT LAHIR: Hospital Besar Sultanah Aminah, Johor Bahru
SEJARAH:
Fasha mula mendapat perhatian selepas lakonannya dalam Black Maria. Tetapi drama bersiri Natasya-lah yang melonjakkan namanya, menjadikannya antara pelakon wanita yang ‘in-demand’.
FILEM:
Badai Pasti Berlalu (akan datang)
2009: Skrip 7707 – (Main Actor)
2008: Cicakman 2: Planet Hitam – (Main Actor)
2008: Cinta U-Turn – (Main Actor)
2008: Evolusi KL Drift – (Main Actor)
2007: Anak Halal – (Main Actor)
2007: Nana Tanjung 2 – (Main Actor)
2007: 9 September – (Main Actor)
2006: Cicakman – (Main Actor)
2006: Cinta – (Main Actor)
2006: Nana Tanjung – (Main Actor)
2006: Gong – (Main Actor)
2006: Bujang Senang – (Main Actor)
2005: Anak Mami Kembali – (Main Actor)
2004: SH3 The Movie – (Main Actor)
2004: Berlari Ke Langit – (Main Actor)
2004: Bintang Hati – (Supporting Actor)
2003: Black Maria – (Extra)
DRAMA:
Kasih… Relaku pujuk
Songket Cinta Bertenun Duka
Natasha
Natasha 2
Dengan Nama Cinta
Rumah Itu Duniaku
Mentari Jingga
Usia
Seiras
IKLAN: Darlie, Sunsilk, Maybelline, Garnier, Maxis, Petronas, Nokia, Darlie,Pantene,Total Image, Walls Ice Cream dan Fair & Lovely
ANUGERAH:
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005 – Pelakon TV Wanita Popular
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 – Pelakon TV Wanita Popular; Pelakon Filem Wanita Popular
January 14th, 2012
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 

Eloklah kahwin cepat-cepat kerana untuk wanita semakin meningkat umur semakin berisiko untuk mengandung.
akubiomed recently posted..Gambar statik yang senyum