Corat Coret AJL26 Stadium Hujan Bersama Awan Nano

Sudah kita tahu siapa juara AJL 26 kali ni, lagu Awan Nano nyanyian Hafiz. Lagu yang mempunyai makna tersirat dan puitis, lagu ciptaan M Nasir dan Budi Hikayat. Hafiz jugak mengekalkan kategori Vokal Terbaik tahun lalu dan dia sekali lagi dinobatkan sebagai pemenang vokal terbaik dalam AJL 26. Lagu kedua naib juara ialah Beribu Sesalan dinyanyikan oleh 3 suara, Jac, Ning dan Shila Amzah.

Manakala lagu tempat ketiga ialah lagu Karma nyanyian Faizal Tahir.

Stadium hujan

Malam ni Stadium Bukit Jalil mencipta sejarah kerana hujan turun di depan pentas :), bukan sebab stadium tu bocor ke apa, sebab tu temanya dan prestij AJL ke 26 ni, unik unik. Tema iar melambangkan arus seni muzik tanahair, yang tak pernah putus-putus dan selalu berubah. Pendek kata, air dilihat sebagai simbolik industri muzik negara. Malam ni stadium nampak macam ada ombak kan.

Sungai Lui kisah pasal air jugak tapi tak menang apa apa pulak kali ni, bukan rezeki.

Malam ni pengacara ada 2 orang je, sebab Ally Iskandar takda maklumlah pengantin baru, sedang bercuti lagi bersama isteri kot. Jadi Faizal Ismail naik pangkat la , takda la sangat diorang ni gaduh gaduh manja , cuma usik mengusik antara Faizal dan Cheryl samad je la.

Corat coret AJL26 sikit…disebabkan hujan turun depan pentas Hafiz yang berkaki ayam saja tu nasib baik tak jatuh sebab licin. Sheila Amzah pulak kat tangga mujur tak jatuh sebab gaun dia tu labuh merendam..terpijak le gamaknya.

Semua orang gembira nampak apabila lagu Awan Nano diumumkan sebagai juara..memang ramai hafal lagu Awan Nano tu ye..Ning Baizura pun hafal lagu tu sambil turut sama nanyi lagu tu masa Hafiz buat persembahan last sekali.

Herman Tino bapa kepada Hafiz dalam (video klip je) turut sama hadir bersama penyokong Hafiz yang siap pakai rambut afro lagi..jadi mcm icon la dengan rambut kembang tu.

hahaha!! lepas ni imej Hafiz akan jadi ikutan lah kan, rambut kerinting kembang , pakai T shirt dan seluar trek singkat sebelah…hehe Terbaikkk

Walaupun selekeh menang AJL 26 ye. Lagu Sifu la katakan..masuk je sifu yang bawah bawah ni tabik je la…hehe

Persembahan AJL 26

Persembahan lagu Kekanda Adinda dengan pakaian yang agak pelik la rasanya..nak kata jawa tak jawa nak kata melayu tak melayu..huhu hentam saja laaa, memeriahkan majlis.

Atilia dengan kuku hijau..huhu (teringat incredible hulk la )

Perembahan Aliyah menjadi persembahan terbaik malam AJL 26 ni, Aliyah seperti anak patung atas muzik box, last sekali , stadium bukit jalil bergegar dengan tepukan dan sorakan gemuruh..rupanya Remy Ishak muncul melakonkan watak sebagai kekasih Aliyah..ehem2!! Tiz Zaqyah ada belakang :)

Antara banyak banyak lagu yang dipersembahkan malam ni yang buat saya tak tukar chanel sekejap ialah masa lagu Beribu Sesalan oleh 3 suara, Aliyah kisah hati..dan masa lagu Awan Nano jugak..

Persembahan Aliyah malam ni agak simple tetapi menarik , suara dan emosi dia buat rasa terus nak dengar sampai habis lagu dia nyanyikan tu. Bukan sebab ada Remy Ishak..memang satu kejutan kan sebab siapa pun tak tau Remy Ishak akan jadi hero mlm ni.

Lagu lain seperti Kekanda Adinda, cinta muka buku yang agak hambar..emm sori le..tukar chanel kejap :)

Masa penyampaian hadiah dan pengumuman siapa menang, nampak Faizal Tahir naik apabila diumumkan tempat ketiga, sambil buat lawak tak nak ambik cek besar tu..amboii byk duit dah kot :)

M Nasir dan Awan Nano

Persembahan last dari juara, Hafiz menyanyikan lagu Awan Nano dan nampak muka M Nasir macam sedang menghayati lagu dengan tenang..ye M Nasir selalu tenang je..apa ucapan M Nasir tadi…

“nasib ahh…nasib …saya pun tak sangka..budak budak baru ni semua hebat hebat!!”

camtu la lebih kurang ucapan simple sifu.

Keputusan penuh AJL26:

Juara : Awan Nano – Hafiz

Naib juara : Beribu Sesalan- 3 suara

tempat ke 3 Karma- Faizal Tahir

Persembahan terbaik Aliyah – Kisah hati

 

Gambar Remy Ishak dan Aliyah di AJL 26 semasa Aliyah menyanyikan lagu Kisah Hati

Siapa Budi Hikayat penulis lagu Awan Nano? Budi Hikayat tak buat lagu untuk mana2 parti politik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Corat Coret AJL26 Stadium Hujan Bersama Awan Nano”

  1. akubiomed says:

    Saya pihak pengajur perlu ebih berhati-hati kerana air ada di atas pentas. Sesuatu perlu dilakukan untuk mengelak kemalangan yang tidak diingini.
    akubiomed recently posted..Pembuangan bayi apa kes?

  2. misz_eyza says:

    hafiz memang terbaek laa semalam!
    misz_eyza recently posted..Buhsan Dilanda Kebengangan

  3. ohcikgu says:

    hehe..
    semalam punya malam..memang hafiz punya..
    ohcikgu recently posted..Cara nak pujuk Cikgu-cikgu comel yang merajuk..

  4. hujan dengan sangat ‘lebat’ malam tu
    sabree hussin recently posted..Majlis Sambutan Maulidur Rasul s.a.w Tahun 2012M/1433H

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold