Bayar caj lebih kalau nak belajar memandu kereta automatik

Dahulunya siapa nak belajar memandu hanya belajar memandu gear manual sahaja, lepas lulus dan dapat lesen, boleh lah memandu secara manual atau automatik. Bulan Mei 2012, kurikulum baru untuk belajar memandu diberikan 2 pilihan iaitu menggunakan gear automatik ataupun gear manual.

Kementerian Pengangkutan memberikan masa kepada sekolah memandu bagi mempersiapkan dengan kemudahan mengajar dengan kurikulum baru, kerana kementerian sedar banyak kos dan persediaan perlu dibuat sebelum dimulakan pengajaran kurikulum baru ini.

Caj bayaran lebih 10 -15% bagi gear autmatik.

Bagi pelajar yang mahu memilih belajar memandu menggunakan gear automatik, mereka perlu membayar lebih sikit berbanding gear manual. Bayaran dijangka lebih sebanyak 10-15% dari gera manual. Jadi pelajar ada pilihan, jika tidak mahu bayar lebih pelajar boleh belajar menggunakan gear manual sahaja.

Pelajar gear automatik hanya boleh memandu kereta bergear automatik selepas lulus ujian memandu.

Kekurangan bagi mereka yang belajar menggunakan gear auto, mereka ni lepas dapat lesen, tidak boleh memandu menggunakan kereta dengan gear manual, hanya boleh memandu kereta gear auto sahaja.

Bagi pemandu yang sudah lulus dengan gear manual akan boleh memandu kereta bergear manual dan auto.

Petikan dari bernama:

Pelajar yang enggan membayar lebih untuk belajar memandu kereta automatik boleh memilih belajar memandu kereta manual yang cajnya lebih murah, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata caj untuk belajar memandu kereta automatik memang akan lebih tinggi daripada biasa tetapi pengguna masih mempunyai pilihan lain.

“Pelajar tidak perlu rasa terikat kerana jika tidak mahu bayar lebih, boleh pilih kereta manual kerana lesen kereta manual boleh juga bawa (memandu) kereta automatik tetapi kalau lesen kereta automatik cuma boleh bawa kereta automatik sahaja,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2012 di Pudu Sentral di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai ura-ura sekolah memandu hendak mengenakan caj 10 hingga 15 peratus lebih tinggi untuk belajar memandu kereta automatik sahaja.

Cho Ha berkata, lesen pemanduan kereta automatik itu akan diperkenalkan pada pertengahan tahun ini dan ia merupakan satu perkembangan yang sudah pun bermula di negara maju. – Bernama

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Bagi yang dah dapat lesen memandu auto, nanti dah ada duit dah kerja nak beli kereta, ada lesen auto, beli kereta auto le ye, sebab tak dibenarkan memandu gear manual. Kalau kecemasan payah jugak ni ye.

Agaknya di lesen memandu pun nanti akan dibuat pembaharuan jugak, mengkelaskan pemandu mana yang ada mahir guna gear manual atau auto.

Kekurangan belajar memandu gear automatik

Kalau kecemasan tapi pemandu tak biasa gear manual, akan terkial-kial rasanya. Tapi jika pemandu yang sudah biasa dengan gear manual secara langsung memang akan tahu guna gear auto dengan sedikit latihan.

Rasanya ramai warga emas dan pemandu di Malaysia terutama wanita sukakan gear automatik kerana ianya mudah. Mudah digunakan dan mungkin akan lulus cepat. Terpulanglah kepada pilihan masing -masing. Anda sendiri bayar dan anda sendiri belajar.

Tak penting sebenarnya gear manual atau auto, yang penting sekarang ialah kemahiran memandu dan pengetahuan undang-undang jalanraya serta memandu cara berhemah. Itu yang setiap pemandu perlu kuasai dan pratikkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

19 Responses to “Bayar caj lebih kalau nak belajar memandu kereta automatik”

  1. APAN says:

    agak pelik gak ngan undang2 baru ni…ada tanya pendapat cikgu memandu pasal isu ni.dia pun x berapa nak setuju.lain la singapore…semua kete mahal2 dan auto.kita ni malaysia, still banyak kete manual.kalau tiba2 kena bawak manual nanti mcm mana…
    APAN recently posted..Serangan Harimau Bintang Di India

  2. Ummi Hanie says:

    adeh…mcm tak fair je wat cenggini kan …
    Ummi Hanie recently posted..Nak hadiah dari UK tak ?

  3. shraqs says:

    Pernah sekali dulu masa keta kena repair, cuba bawak keta manual (adik),… sekali kat jln berbukit “terundur” lama sangat tak bawak manual. Nasib baik takde org kat belakang. Dah biasa guna sebelah kaki… :)
    shraqs recently posted..Backlinks Part II

  4. akubiomed says:

    Pendapat saya kalau kenderaan yang digunakan didalam bandar eloklah mengunakan gear auto sahaja. Saya sudah 4 tahun beralih daripada kereta gear manual kepada gear auto.
    akubiomed recently posted..Teknologi Hijau ibarat Alah membeli, menang memakai

  5. titan says:

    baik belajar manual. Leh bawa kereta auto gak. haha..bukan susah pun bawa kereta auto nih.
    titan recently posted..Komisen ke 31 dari Paid-to-Promote.net

  6. yas says:

    Yup setuju ngan ayat akhir tu…manual atau auto tak penting…yg penting ilmu memandu tu sendiri…:)
    yas recently posted..Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah – Titan|Earncent.com

  7. hatiputera says:

    pelik jugak rasanya tentang undang-undang baru dan kurikulum baru tu,,,
    hatiputera recently posted..iPhone, iPad dan iPod Touch : Daftar iCloud dengan iOS 5

  8. pengguna ketaauto says:

    aku yg dah lama bawak keta auto pun heran gak apasal ke mahal benar nak ambik yg had auto tuh……kalau JPJ buat camni lah tak de gunanya pun…JPJ bukan nak checkpun sapa-sapa yg guna auto ke manual tu……….tu saja nak membebankan la tu….buat camni lagi mahal nk bayar lagi ratus ribu lah yg suka drive tak payah ada lesen……..banyak benar syarat yg tak pape..

  9. KK says:

    Pengakuan jujur aku adalah aku tak reti bawak kereta auto sebab tak pernah bawak lagi dan aku lagi prefer bawak kereta manual walaupun lenguh kaki bila traffic jam tapi pada pendapat aku, better ditekankan belajar pandu kereta manual sebab auto ni lebih mudah belajar sendiri berbanding manual.
    KK recently posted..Wanita meraikan 2 faraj

  10. docche says:

    belajar memandu manual sudahla…apa nak kecoh….bukan susah sangat….lpas dah dpt lesen manual tu…semua jenis kereta boleh bawak….kereta mayat ke, kereta lembu ke..yang penting ilmu yang basic kene ada,baru ilmu yang lain senang nak dapat

    http://blogdowh.blogspot.com
    docche recently posted..Gila Dowh – Difficult to Go Home: People of China During Spring Holiday (13 gambar)

  11. Affan Ruslan says:

    hehe betul saya setuju, bila ambil lesen kereta auto, kena hadkan hanya boleh pandu kereta auto sahaja. Tapi susah gak kalau kecemasan kena guna kereta manual. Tapi pada masa yang sama, kereta skg ni banyak auto je, mungkin lagi beberapa tahun dah takde kereta manual kut haha
    Affan Ruslan recently posted..Bidang Kejuruteraan Kimia Bukan Bidang Kimia

  12. Wira Chomel says:

    yg penting memandu secara berhemah & ikut peraturan jalanraya..barulah kadar kemalangan menurun..

    Wira Chomel recently posted Saya Sayang Ayah Selamanya

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold