Asteroid Paling Hampir Dengan Bumi Sejak 37 Tahun

Ada dengar kat berita tadi pasal asteroid akan yang berada hampir dengan bumi dan akan bergerak melintas langit malam dalam buruj Leo, Sextans dan Hydra. Menurut Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), asteroid itu bersaiz 34 km dan berada pada jarak 26.7 juta kilometer dari bumi, itu adalah jarak hampir dengan bumi sejak 37 tahun.

Asteroid itu diberi nama 433 Eros dan ianya tidak pernah hampir dengan bumi sejak tahun 1975, asteroid itu juga dijangka tidak akan berada sehampir itu hinggalah tahun 2056.

sumber dari ANGKASA:

Asteroid Eros dijumpai pada 13 Ogos 1898, oleh ahli-ahli astronomi Carl Gustav Witt di Berlin dan Auguste Charlois di Nice.  Pengiraan terhadap orbit Eros menunjukkan ianya  berbentuk  bujur memanjang yang merentasi orbit Marikh.  Ini memberikan kita peluang yang baik untuk melakukan pencerapan kerana ianya boleh membantu kita melakukan pengiraan jarak dari Bumi ke Matahari dengan lebih tepat.

Mengkaji objek angkasa seperti asteroid Eros ini boleh memberikan kefahaman kepada kita tentang pembentukan sistem suria.  Ia juga membolehkan ahli astronomi lebih memahami komposisi asteroid  yang mana maklumat ini boleh digunakan untuk mengelak apa-apa kesan hentaman yang berpotensi berlaku terhadap Bumi di masa-masa akan datang.

Imej Asteroid 433 Eros dirakamkan pada 30 Januari 2012 menerusi teleskop berdiameter 20 inci di Observatori Negara Langkawi.

Walaupun Eros akan berada kepada kedudukan menghampiri Bumi pada 31 Januari2012, tetapi tidak akan ada bahaya perlanggaran. Ia masih kekal pada jarak kira-kira 26.7 juta kilometer atau 0.178 AU.  Jarak ini adalah lebih 80 kali lebih jauh berbanding jarak asteroid 2005 YU55, yang berada dalam lingkungan orbit bulan pada 8 November 2011 yang lalu.

dipetik dari wikipedia

Pada 31 January  2012, Eros melintasi Bumi di 0,17867 AU (26729000 km; 16608000 km), [11] [12] kira-kira 70 kali ganda jarak ke Bulan, dengan magnitud visual 8,1 [13]

dengan jarak masa  81 tahun,  iaitu pada tahun 1975 dan 2056, kedudukan Eros boleh mencapai magnitud 7,0, [3] yang lebih terang daripada Neptune..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Asteroid Paling Hampir Dengan Bumi Sejak 37 Tahun”

  1. titan says:

    emm..jangan terkena banting sudah la..
    titan recently posted..Dua hari terakhir..

  2. Amirez says:

    besarnya asteroid ni. kalau masuk bumi boleh jadi tinggal sebenar mana ek lepas bergeser dengan atmosfera bumi?
    Amirez recently posted..Pengalaman Kena Denda di Sekolah

  3. yas says:

    pehhh…dekat bebeno dah tu……nasib bek kiraan tu still dlm juta lagi…klau tak…hmmm
    yas recently posted..Banguan Simen yang LutCahaya – Jimatkan Eletrik

  4. akubiomed says:

    Tentu mencetus kebimbangan kepada penduduk bumi kalau asteroid ini menghentam bumi.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold