Desas desus mengenai pernikahan Ana Raffali sudah terjawab apabila penyanyi tu sendiri membuat pengumuman rasmi di sidang media pada petang 31hb Januari.
Ana Nur Hidayah Mohd Raffali mengumumkan bahawa majlis pernikahan akan berlangsung di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 25 Februari ini.
Menurut Ana, jejaka yang berjaya mencuri hatinya merupakan teman baiknya sendiri dikenali pada 2005 iaitu Ahmad Aznaim Abdullah atau Naim, 30.
“Naim ialah seorang jurugambar dan kami berkenalan melalui sepupu saya. Secara kebetulan, saya memang minat bidang fotografi.
“Disebabkan minat yang sama, kami semakin serasi. Namun, ketika itu Naim tidak mengetahui bahawa saya mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan penciptaan lagu,” katanya yang turut ditemani Naim dalam sidang media itu.
Turut hadir ialah ibu Ana, Halijah Rashid, bapa Naim, Abdullah Mat dan ibunya Adilah Abd Mutalib.
Ana berkata, sikap Naim yang penyabar membuatkan dia tertarik dengan jejaka pilihannya itu dan secara tidak langsung membuka hatinya untuk lebih serius dalam hubungan tersebut pada 2008.
sumber : sinarharian
January 31st, 2012
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 

eloklah tu..kahwin kan memang bestt..
titan recently posted..Lelaki kacak patut minum jus Monavie.
tahniah buat Anna Raffali
kakyong recently posted..Jom mengundi | World Bloggers and Social Media Awards