Ally Iskandar Kagumi Keperibadian Farah Lee

Pengacara tv3 Ally Iskandar 36 tahun bakal mengahwini bernama Farah Lee, 23, gadis pilihan hati dan jugak pilihan keluarganya. Ally dan dan Farah akan dinikahkan di rumah keluarga Farah di Kampung Atas Tol Terengganu pada 20 Januari 2012, majlis akan diadakan secara kecil-kecilan dan dihadiri sanak saudara terdekat sahaja.

Ally menerangkan majlis di sebelah pihak lelaki masih belum ditentukan.

Perkenalan Ally Iskandar dan Farah Lee

Ally dan Farah Lee sudah berkenalan hampir 4 bulan, detik perkenalan mereka diaturkan oleh keluarga, semuanya berjalan dengan singkat namun bukan menjadi masalah untuk mereka berumah tangga.

“Saya tidak pernah bercinta dengan Farah, namun dia berjaya menawan hati saya kerana sikapnya yang berbeza dengan gadis lain yang pernah ditemuinya”.

Setelah keluarga memperkenalkannya kepada saya, kami berhubung melalui facebook dan kemudian baru berjumpa”.

“Ketika berjuma saya ditemani ibu dan adik manakala dia pula ditemani oleh rakannya. Pertama kali berjumpa hati saya telah terbuka untuk menerimanya.”

Ally tidak mahu lagi menunggu lebih lama dan menyuarakan hasrat untuk memperisterikan Farah. Ally sangat kagum dengan keperibadian Farah.

“Dia seorang yang sangat menjaga tingkahlaku maah untuk berjumpa dengannya pun saya perlu meminta izin keluarganya terlebih dahulu”.

Dia terpikat dengan penghijrahan Farah Lee yang bertudung sejak melanjutkan pelajaran di Korea.

Farah Lee gadis pilihan Ally Iskandar

Seronok membaca prinsip Farah Lee mengenai berkahwin dahulu baru bercinta dalam blognya kunfayakun, jadi mereka memang tidak bercinta dahulu sebelum berkahwin, restu keluarga itu amat penting sekali.

Ada pasangan yang bercinta hingaa bertahun2 lamanya tetapi tidak mendapat restu keluarga, atau berkahwin sekejap dan akhirnya bercerai. Semoga mereka mendapat kebahagian hingga akhir hayat. Amin.

Ally Iskandar dan Farah Lee dinikahkan 20 Januari 2012

Video pernikahan Ally dan Farah lee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

14 Responses to “Ally Iskandar Kagumi Keperibadian Farah Lee”

  1. cik tom says:

    semoga perkahwinan diorg berkekalan dan bahagia..amin..
    cik tom recently posted..Hadiah Misteri Istimewa dari Titan Kacak

  2. Wira Chomel says:

    wah..tahniah kat diorang..camni lah yg dikatakan cinta mengikut syariat.tak bercinta dulu sebelum kawin..moga2 berbahgia hingga ke syurga

    Wira Chomel recently posted Tutorial Origami Comel #1: Bagaimana Membuat Origami Katak Comel

  3. cik tikah says:

    harap2 berkekalanlah :)
    cik tikah recently posted..Pemenang Fobia Paling Pelik ‘didunia’

  4. lin azlina says:

    sukanya tengok ally dgn farah lee ni..semoga ada jodoh mereka..amin
    lin azlina recently posted..Jom Sertai Bloglist Wanblur

  5. Juan says:

    semoga berbahagia selalu kepada mereka
    Juan recently posted..Subscribe to Youtube

  6. Miss Yati says:

    Alhamdulillah. Setelah lama menunggu, Ally Iskandar dipertemukan dengan jodoh yang terbaik untuk dia. Semoga pernikahan diberkati Allah.

  7. akubiomed says:

    Moga-moga pilihan keluarga dapat kekal sehingga penghunjung hayat untuk kedua pasangan ini.
    akubiomed recently posted..Gambar statik yang senyum

  8. yas says:

    Apapun …aku nak ucapkan tahniah gak kt si Ally nih…..semoga berkekalan
    yas recently posted..Pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah – Titan|Earncent.com

  9. amirulfaiz says:

    Saya pun mendoakan, moga ikatan yang dibina kekal hingga ke surga. :)
    amirulfaiz recently posted..Lempeng, kek kuali (pancake), resepi syok sendiri

  10. Amirez says:

    semoga kali ni menjadi. comel juga farah lee ni :)
    Amirez recently posted..Pengalaman Kena Denda di Sekolah

  11. ada nampak cri-ciri muslimah sejati tu
    sabree hussin recently posted..Tips Berkahwin Dalam Usia Muda Kedua : Kahwinilah Pasangan Kerana Agamanya

  12. Ummi Hanie says:

    ally n farah nmpk serasi .. tahniah buat mereka
    Ummi Hanie recently posted..Nak hadiah dari UK tak ?

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold