Ally Iskandar dan Farah Lee Kahwin 20 Januari 2012

Rupanya kabar angin dan gosip di forum hiburan dan jugak beberapa blog hiburan sejak dua menjak ni benarlah yang Farah Lee dan Ally Iskandar bakal berkahwin pada 20 Janurai 2012. Alhamdulillah. Farah Lee pun dah membuat jemputan kepada rakan rakannya di Facebook ke majlis kesyukuran, doa selamat sejak 2, tiga hari lalu. Ramai jugak peminat peminat dan rakan rakan Farah Lee di Facebook mengucapkan tahniah buat Farah Lee dan Ally Iskandar.

Ally Iskandar dan Farah Lee sama cantik, sama padan dan comel :). Memang nampak pada bagai pinang di belah dua. Kita nantikan nanti majlis perkahwinan Farah Lee di rumah pengantin perempuan di Terengganu. Kabarnya Farah Lee tak sempat mengedarkan kad kahwin kerana mengejar masa, dia sekarang tengah bercuti dan baru saja pulang dari Korea.

Nama sebenar Farah Lee, Farahin Lee, lahir pada 12 Mac 1989, sekarang tahun 3 dalam jurusan Mechanical Engineering di Inha University Korea Selatan.

Gosip mengenai Farah Lee dan Ally Iskandar mula berbunyi sejak September 2011, akhirnya mereka akan disatukan jua. :)

Ally Iskandar pernah mengikat tali pertunangan dengan Nur Aishah Zainal pada 11 Februari tahun lalu, namun tidak bertahan lama apabila dilaporkan putus tunang lima bulan kemudian pada 30 Jun tahun yang sama.

Farah Lee juga adik angkat kepada pelawak terkenal Zizan Raja Lawak, boleh baca kat sini.

Farah Lee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Ally Iskandar dan Farah Lee Kahwin 20 Januari 2012”

  1. yas says:

    Dulu pernah jumpa Ally dgn awek lain rasenya [mase tu kat Melaka]..cun jugak…rambut panjang sikit…tup2 dgn org len dah…:)
    Apepun buat yg terbaik la bro Ally…
    yas recently posted..Batu Emas DiKg Melayu Majidee

  2. akubiomed says:

    Sama-sama cute sangat moleklah. :-)
    akubiomed recently posted..Pengalaman anak jatuh sakit

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold