Yusry dan Lisa Surihani Bakal Umumkan Tarikh Kahwin

Umum sudah tau pasangan pelakon Yusry dan Lisa Surihani ni sedang dilamin cinta, dan mereka pun bukan meyorok atau menafikan hal tu di media. Kita boleh lihat pasangan ni berpakaian sedondon apabila keluar kat media median hiburan namun mereka masih tidak bercakap mengenai hal kahwin lagi.

TERBARU UPDATE:  MAJLIS AKAD NIKAH YUSRY DAN LISA (gambar)

Setelah sekian lama pelakon Yusry dan Lisa Surihani mendiamkan diri tentang tarikh kahwin mereka, pada hari Sabtu nanti, Yusry dan Lisa akan membuat pengumuman istimewa tentang hal itu.

Jemputan sudah dibuat kepada para para media hiburan oleh pihak KRU.

Majlis berkenaan akan diadakan pada pukul 10.30 pagi di Hotel Marriott, Putrajaya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim yang juga abang kepada Yusry ketika dihubungi bagi mengesahkan perkara itu hanya ketawa dan memberitahu akan menjelaskan perkara sebenar kepada pihak media pada hari berkenaan.

“Ia merupakan satu pengumuman istimewa dan pastinya ia akan diberitahu pada majlis nanti. Kalau saya beritahu sekarang tak ada kejutanlah,”

Pada pengumuman itu nanti, ibu bapa Yusry iaitu Abdul Halim dan Zarina Fenner serta ibu Lisa, Siti Amira Ahmad juga akan turut serta.

Difahamkan Yusry dan Lisa akan bernikah pada awal tahun depan yang mana majlis berkenaan akan mendapat liputan secara langsung menerusi saluran Astro.

Pasangan tersebut sudah mula rapat sejak Mac lalu dan sering berhubungan menerusi telefon bimbit masing-masing sejak setahun yang lepas.

Kemudian kedua-dua mereka membuat pengakuan pertama pada bulan Jun bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan lebih daripada seorang kawan dan menganggap ia sebuah perhubungan yang matang.

sumber : mstar online

Sudah lama Yusry menduda ye..akhirnya dia bertemu jugak dengan gadis pilihan hati yang comel dan ayu ni si Lisa Surihani..memang padan sekali diorang berdua ni kan..

Update pada 24hb Dis 2011.

Yusry tiba bersama Lisa Surihani dan ahli keluarga lain kira kira jam 11 pagi lebih hari ini Sabtu. Yusry kemudian berucap kepada semua tetamu yg hadir, yang pada hari ini dia memang datang untuk mengumumkan tarikh perkahwinan antara dia dan Lisa Surihani.

Yusry Umum Tarikh Nikah dan Majlis Resepsi

Pihak keluarga Yusry sudah pun menghantar tanda. Yusry dan Lisa Surihani akan bernikah pada 23 Februari 2012,  dan majlis resepsi akan berlangsung pada 26 Feb 2012.

Majlis akad nikah akan diadakan di Masjid  Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya dan majlis resepsi akan dilakukan di PICC.

Yusry mengenali hati budi Lisa Surihani  melalui BBM( blackberry messenger), perbualan mereka lebih berkisar kepada hal kerja. Sejak awal perkenalan, mereka sememangnya serius dalam hubungan.

Lisa pula memberitahu yang Yusry bukan flirt ( menggoda) di awal perkenalan mereka.

Apakah rahsia hingga Yusry terpikat dengan Lisa?

Yusry memberitahu dia terpikat dengan Lisa kerana sikap Lisa yang selalu menyokong kerjaya beliau.  Mereka jugak saling mencintai antara satu sama lain, sepenuh jiwa.

Yusry bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai hak penyiaran yang sebelum ini dikabarkan menjadi hak Astro untuk siarkan secara live majlis perkahwinan Lisa dan Yusry.

Siapa yang menaja majlis kahwin mereka?

Buat masa ini Yusry belum berbincang dengan mana mana pihak, tetapi tidak menolak jika mendapat tawaran penajaan dari mana2 pihak.

gambar dari rotikaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Yusry dan Lisa Surihani Bakal Umumkan Tarikh Kahwin”

  1. yas says:

    elok sangat dah tu…jgn tunggu lelama wehhh…:)
    yas recently posted..Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com

  2. akubiomed says:

    Bakal menjadi “Weeding of the year 2012″.
    akubiomed recently posted..Update ringkas: Baby Aslah terkena Febrile

  3. Miss Yati says:

    Sama cantik, sama padan. :D

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold