Video Aktivis Mengamuk Rempuh Bas di Seoul Korea Selatan

Lebih 100 orang veteran tentera dan aktivis menunjuk perasaan di luar kedutaan tersebut untuk mengutuk tindakan seorang kapten nelayan China yang membunuh seorang anggota pengawal pantai pada Isnin lalu. Kapten kapal itu telah menikam anggota pengawal tersebut dan mencederakan seorang lagi anggota berkenaan.
Kejadian itu berlaku semasa anggota pengawal pantai berkenaan cuba untuk menangkap nelayan China kerana menangkap ikan secara haram di Sungai Kuning, Korea Selatan.

sumber – AFP

Lihat video

Salah seorang penunjuk perasaan tidak dapat mengawal kemarahan, lalu memandu dan merempuh bas sebanyak 3 kali.

Lelaki dalam lingkungan usia 30 tahun itu memandu keretanya dan merempuh sebanyak tiga hingga empat kali ke arah salah sebuah bas yang melindungi Kedutaan China.

Beberapa anggota polis menyembur cermin keretanya dengan alat pemadam api bagi mengelak dia melakukan perbuatan tersebut.

Dia kemudian keluar dari kereta tersebut dan ditahan. Tiada yang cedera dalam kejadian itu.

Petikan berita dari reuters:

Bulan lalu, Korsel bersumpah akan mematahkan semua usaha penangkapan ikan ilegal oleh kapal-kapal Cina di ZEE mereka.

Kira-kira  2,600 buah kapal nelayan Cina telah ditahan karena melakukan penangkapan ikan secara haran  di ZEE Korsel sejak tahun 2006 dan Sekurang-kurangnya 800 orang nelayan Cina juga ditahan.

Pada 11 bulan pertama tahun 2011, sebanyak 440 kapal nelayan Cina ditangkap ketika didapati menangkap ikan secara haram di peraian Korsel. Jumlah itu meningkat 46 % dari setahun sebelumnya.

Sumber: Reuters

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Video Aktivis Mengamuk Rempuh Bas di Seoul Korea Selatan”

  1. akubiomed says:

    Hubungan Korea dan China bukan lah baik kalau melihat sejarah pertelingkahan antara kedua negara ini.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – #Pisang Montel

  2. nurizspace says:

    mengimbau sejarah lama hehe

  3. Juan says:

    china kalau x silap dia baik dgn korea utara jer
    Juan recently posted..Kelahiranku

  4. Mmg dah lama berdendam antara dua buah negaranya nie…
    bila ada isu, mmg teruklah…
    Petua Emak Hot recently posted..Petua cover malu. he.he.he.

  5. amirulfaiz says:

    Marah betul pemandu tu. Geram jer. Sesuka dia je bunuh orang. Ish.
    amirulfaiz recently posted..Naufal setelah 8 bulan

  6. uii ganaz btoi niiii
    ardinihumaira recently posted..Alhamdulillah, semuanya selamat…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold