Tutorial Photoshop Light Effects Pada Gambar

Hari ni Nuriz nak kongsi 2 tutorial pasal light effects yang boleh kita gunakan dari Photoshop. Kita tak perlu tool yang canggih sangat nak buat ni. Hasilkan gambar yang ada light effects macam gambar kat bawah ni

Garisan warna warni yang glow dan cantik tu kita boleh buat sendiri kalau rajin la, gunakan pen tool macam dalam tutorial Nuriz yg dulu tu..ok kalau tak nak buat cara manual camtu kita buat cara mudah dan cepat je, tak penat sangat..

Cari gambar gambar light effect yang siap dah , banyak kat internet. Contoh saya guna yang ni dan beberapa imej lagi, ambil kat www.psdbox.com.

Langkah langkah nak buat pencahayaan pada gambar

1. Buka gambar yang nak diedit.

2. Pilih filter> Render> Linghting Effects

kat situ akan keluar box, setting kat dalam tu bahagian Style – crossing, Light type- Spotlight

3. Adjust garisan bulatan hingga dapat kesan yang anda nak.

dah siap OK.

Save gambar tu dalam format jpg. sekejap lagi kita nak guna pulak untuk effect kedua.

Buat Light effects yang kedua.

1. Buka gambar yang kita simpan tadi tu.

2. Buka imej effects light yang kita dapat dari internet tu. (instant punya)

3. Copy paste imej tu atas gambar kita tadi. Boleh jugak kalau anda nak Crop bahagian tertentu saja di gambar tu, ikut suka le nak buat macam mana.

4. Sudah paste tu, kita tukar mode gambar tu dari Normal ke Screen mode. Kalau imej tu samar samar dan tak jelas, kita duplicate imej tu sampai jelas dan terang sikit.

5. Kemudian padam dengan eraser pada bahagian2 tertentu kita tak nak. Guna Ctrl +T kalau nak adjust imej tu.

Ulang langkah 3-5 kalau nak tambah imej light effects yang lain.

Tip2 boleh jugak nak tambah brush lain dalam gambar tu, guna new layer dan brushkan.

Contoh brush saya guna.

Blending option untuk dapat effect pada brush secara amnya saya guna

3 jenis shadow  selalunya, iaitu :

Drop shadow,

Inner shadow dan

outer glow

kesemuanya saya setkan Blend mode kepada Linear dodge atau color dodge.

Boleh cari jenis brush kat

http://myphotoshopbrushes.com/brushes/category/5

http://www.brusheezy.com/

http://myphotoshopbrushes.com/brushes/search/5/all/80

ni contoh hasil light efects yang saya cuba hasilkan dari photoshop cs3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses to “Tutorial Photoshop Light Effects Pada Gambar”

  1. boy says:

    Susah nye… Kena banyak praktikal ni… Apa2pun, thanks admin… Banyak membantu…

  2. Juan says:

    ni buat sendiri ker, pandainyer
    Juan recently posted..Contoh Resume dan Pengalaman Interview Kerja

  3. amirulfaiz says:

    Wow, memang pandai. Nanti nak aplikasikan. Minat jugak pasal Photoshop ni.
    amirulfaiz recently posted..Mandikan anak 8 bulan

  4. AlamHati says:

    salam

    nuriz cemane nk guna brush. cth la kan saya guna brush burung. then apply kat layer and sy nak buat burung tu ada mcm2 color. means mata kaler hitam, sayap warna lain, badan warna lain.kaki warna lain.

    tq.
    AlamHati recently posted..Adele – Someone Like You

    • nurizspace says:

      Untuk soalan ni la.. nak burung kaler2 lain kat bahgaian dia..ok..kalau saya la, brush selalunya kita guna satu warna dapatla bentuk2 tertentu, kalau nak banyak kaler buleh guna cara layer tu buat banyak2 dan setiap layer kena buat asing,

      contoh guna layer 1 untuk sayap brush yang sama..padam bahagian lain badan burung tu tinggal kan aje sayap.

      buat layer untuk kaki pulak.., padamkan bahagian yang tak nak dan seterusnya..

      kalau tak nak cara tu, kena gunakan brush yang basic brush (bukan brush bentuk burung) ikut size bersesuaian, guna layer asing2 untuk bahgian2 tertentu, supaya senang nak edit nanti.

      lepas tu pilih la kaler apa nak warna kan guna brush dan brushla bahagian mana nak ekor, kaki atau sayap. touch up.edit warna dengan filter gaussian blur atau main dengan opacity untuk dapatkan warna yang natural di badan burung tu.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold