Tiga Blogger Bakal Disaman Oleh Musa Hassan

Cerita pasal artis Syella atau nama sebenar Syella atau Nurshid’la Ahmad Kamaruddin, 26 yang berkahwin dengan seorang vvip, kemudian beberapa blogger politik telah mengeluarkan artikel yang menyatakan Musa Hasan ialah suami kepada Syella.

Perkahwinan Syella dengan vvip itu mencecah RM 15 juta, berikutan dengan fitnah itu bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak berdiam diri lagi kerana melibatkan nama baik dan maruah keluarga beliau. Beliau telah membuat laporan polis, tiga blogger yang disebut bakal disaman ialah

free malays.blogspot.com, pulakdah.blogspot.com dan abushahid.wordpress.com

Kuala Lumpur – “Laporan polis yang saya buat baru-baru ini untuk memulihkan imej dan maruah saya dan ahli keluarga yang terjejas,” kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau yang difitnah berkahwin dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin pertengahan bulan lalu meminta penulis-penulis blog yang memfitnahnya agar menghentikan perbuatan mereka.

Musa membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pada 8 Disember lalu setelah mendawa dia difitnah beberapa penulis blog kononnya berkahwin dengan penyanyi tersebut.

“Ini semua (fitnah yang mengaitkan dirinya) adalah cerita palsu. Ia turut memberi kesan dan menjatuhkan maruah keluarga saya.

“Saya harap pihak bertanggungjawab akan menyiasat penyebaran blog berunsur fitnah ini termasuk beberapa lagi blog yang saya tidak namakan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Musa, 60, baru-baru ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa blog bahawa beliau mendirikan rumahtangga dengan Syella atau Nurshid’la Ahmad Kamaruddin, 26.

Menurutnya, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.

Beberapa keping gambar perkahwinan Syella dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog.

Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.

Berikutan tersiarnya gambar majlis persandingan itu, beberapa komen antara lain turut menghina bekas Ketua Polis Negara itu.

Musa dalam pada itu berkata, beliau turut menamakan tiga laman blog dalam laporan polis yang dibuatnya.

Tiga laman blog itu adalah free malays.blogpot.com, pulakdah.blogspot.com dan abushahid.wordpress.com -

Artikel lain: Jalaludin Hasan marah nama keluarganya dikaitkan dengan perkahwinan Syella

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses to “Tiga Blogger Bakal Disaman Oleh Musa Hassan”

  1. shraqs says:

    Inila orang skarang kan, orang berblog kita berblog jugak,.. tapi bab pengisian kandungan tak jaga, tak buat research betul2. Kan tak pasal2 nak kena saman dah tu
    shraqs recently posted..Etika Blogging

  2. puanbee says:

    punca nya syella menyusahkan org je , alang tk nk gitau jangan kecoh kawin tu aduhaiii
    puanbee recently posted..Drama Vanilla Coklat – TV3 Slot Lestary

  3. yas says:

    Huhhh….nasib baik la bukan aku yang kene saman tue….hehehe
    yas recently posted..Nikmat duduk di First Page – Bagi Seorang Blogger.

  4. posh76 says:

    blogger ni pun agak2la…kalau takde bukti jgnla main hentam setakat nak trafik murahan

  5. fuhhh,,, bahaya gak ni
    ardinihumaira recently posted..Kerja-kerja pasang pelamin

  6. sedap hati je blogger tiga orang tu tulis benda yang menjatuhkan maruah orang lain.. macam la dekat keyboard tu tak ada button <–Backspace dengan delete

    .. apa nak jadi la
    sabree hussin recently posted..Setiap Bulan Ada Buat Saving Tak?

  7. titan says:

    bagi aku, ni salah perempuan tu. Yang dia menggatal tak nak tunjuk suami dia apahal??
    titan recently posted..Komisen pertama dari AddMathTambahan.biz

  8. Juan says:

    nasib baik blog aku ni bukan jenis copy paste dan siarkan benda gosip gosip nih
    Juan recently posted..Jom Mengundi Untuk Pilihan Raya Umum ke-13

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold