Sinopsis Gemersik Kalbu Akasia TV3

Gemersik Kalbu slot untuk Akasia di Tv3 akan ditayangkan pada 2hb Januari 2012. Gemersik Kalbu diadaptasi dari novel Anis Ayuni, novel diterbitkan tahun 2005 kalau tak silap. Pengarah drama ni ialah Heykal Hanifah(pengarah Asmara). Pelakon utama ialah Aqasha dan Ayu Raudhah, tengok poster tu. Pengantin baru ni lama tak muncul ye, sekarang dah kembali aktif berlakon di tv3, untuk senario pun ada. Aqasha pun lama tak tengok kat tv sejak dapat anak ni.


Mulanya Aqasha nak digandingkan dengan Rita Rudaini tapi Rita menolak dan digantikan dengan Ayu Raudhah. Takpa la Ayu pun ok gak :)




Ringkasan dari novel Anis Ayuni:

Raihana… pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya… bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian… cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah… semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu.
Di manakah titik pertemuan mereka?

Watak watak utama dalam novel ialah Cikgu Raihana, Wan Ariffin dan Sufian.
Sikit la sinopsis dan jalan cerita Gemersik Kalbu :

Kisah Cikgu Raihana (lakonan Ayu Raudhah)yang bercinta dan bertunang dengan Wan Ariffin(lakonan Fazreen Rafi). Wan mati lemas kerana menyelamatkan seorang budak. Cikgu Raihana pulak kehilangan seseorang yang sangat rapat dengannya, dia bergantung kasih dengan Wan Ariffin selama ini, dan keluarga Wan sangat baik dan menganggap Raihana macam anak kandung mereka.


Raihana tidak rapat sangat dengan ibu kandungnya sendiri, malah hubungan dia dan ibunya sangat kekok.

Raihana melanjutkan pelajaran secara sambilan dengan rakan baiknya Kak Shikin, mereka menumpang tinggal di rumah Aunty Zarina, di situlah dia kenal pula dengan Sufian(lakonan Aqasha).


Awal perkenalan, Raihana tidak berapa suka dengan penampilan dan tingkah laku Sufian. Tetapi Sufian sudah jatuh hati pada Raihana. Raihana masih lagi tak dapat melupakan cinta pertamanya iaitu Wan Arifin.  Raihana yang tak suka kepada Sufian bertekad nak pindah rumah kerana benci kepada Sufian. Sufian mula memasang perangkap supaya Raihana dapat dikahwininya.


Akhirnya Raihana dan Sufian berkahwinlah juga..sepanjang menjadi isteri kepada Sufian, dia melihat kebaikan dan keikhlasan Sufian sebagai suaminya. Mungkin timbul rasa kasih sayang kepada Sufian dan Raihana terpaksa jugak menjaga Sufian di hospital ketika Sufian sakit.


Setelah Sufian sihat, Raihana kena pula jaga ibu kandungnya yang jatuh sakit pulak walaupun ibunya melayan dia dengan kasar. Raihana cuba merapatkan hubungan renggang selama ini dengan ibunya.


Sufian sedar Raihana masih lagi teringatkan cinta pertamanya, mampukah Sufian mengalihkan kembali cinta Raihana kepadanya, Sufian cuba menduga cinta dan kasih sayang Raihana..nak tau kesudahannya..

Nantikan Gemersik Kalbu di tv3, jam 7 malam Isnin-Khamis , pada 2 hb Januri 2012.

Kenapa mak Raihana benci Raihana?

Ini daripada komen komen pembaca novel Gemersik Kalbu dan dari info2 yang dicari di internet..saya tulis kan lah sikit , sebab ada peminat Gemersik Kalbu yang nak tau sangat sampai marah2 kat saya depa tak dapat nak tau apa punca mak Raihana benci Raihana…(peminat tegar sungguh la nooo)

Dari komen pembaca..yang pernah membaca novel, mak Raihana tak la benci sangat kepada Raihana cuma dia tidak biasa dengan anaknya kerana Raihana dijaga oleh nenek dan datuk.

Hubungan mereka tak berapa akrab..ok tu dalam novel..

Dalam drama mungkin ada perbezaan sikit yang pengarah buat..mak Raihana dibayangkan sangat sangat membenci Raihana, hingga tak nak tengok muka langsung..menggelarkan Raihana anak sial( tak baik utk contoh ni)

update: Untuk episod hari ni 25 hb 1, sudah pecah rahsia mengapa mak Raihana benci sangat kat Raihana, mak dia telah dirogol oleh perompak, dan kemudian ayah dan mak Raihana sangsi sama ada anak yang dikandung tu adalah anak perompak atau anak mereka. Jadi mak Raihana tak dapat menerima kerana dia yakin Ana tu bukan anak kandungnya.

Fazreen Rafi sebagai Wan Arifin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

18 Responses to “Sinopsis Gemersik Kalbu Akasia TV3”

  1. Myvitrd says:

    Sekarang banyak cerita dari adaptasi novelkan.. senang nak buat skrip kot.. hehehe
    Myvitrd recently posted..Tugas-Tugas Baru Sebagai Seorang Daddy

  2. [...] ni bermula la drama baru menggantikan Tentang Dhia….Gemersik Kalbu…sinopsis di blog Nurizspace…tp slot Azalea pun best jugak…Ampunkan Dosaku…sinopsis cerita blh layan kat blog [...]

  3. syamila says:

    cam best je…
    syamila recently posted..Tentang Dhia…Ampunkan Dosaku

  4. kopipanas says:

    banyak drama adaptasi dari novel
    kopipanas recently posted..Gambar Aaron Aziz Bercium Dengan Isteri di Paris Fuyoo!!!

  5. as says:

    kenapa raihana x rapat dgn mak dia??dia anak angkat ke??

  6. [...] Pelakon utama  Gemersik Kalbu adalah Aqasha dan juga Ayu Raudhah. Sedikit Sinopsis Gemersik Kalbu yang kami  ambik dari blog Nuriz; [...]

  7. zknizai says:

    Kenapa mak raihana benci sangat dengan Ana ni, dia anak angkat ke?

  8. jaja says:

    Dalam novel gemersik kalbu, mak raihana ni takde le benci sangat. Mak kandung Raihana bukan mak angkat.

    Sebab dari kecil mak ana ni tak jaga dia, ana diasuh oleh nenek dia. So ana dan mak dia tak berapa rapat.

    Dalam drama mak raihana ada cakap ana ni anak sial sampai tak mengaku anak dia..dalam novel gemersik kalbu takde la pulak mak ana ni benci sangat2 camtu sekali..mungkin dalam ni lain sikit dr novel

  9. honey77 says:

    betul ke adik kepada ana dalam novel mati so mak raihana anggap ana penyebab kematian adiknya

  10. mutiara says:

    betul ke mak raihana kena rogol sebab tu dapat ana, jadi mak dia benci sangat2 kat ana

  11. jue31 says:

    ikut novel tak sebut pun mak Raihana kena rogol. Mak Raihana tak jaga dari kecik lagi ana tu so tak rapat je

  12. jue31 says:

    Raihana kahwin dengan Sufian sebab dia anggap sufian dah rogol dia, sebenarnya tak
    tak sabar nak tengok lagi drama ni :)

  13. imah says:

    dalam novel bukan ke ana dan pian ditangkap basah.
    Dalam drama ana ingat pian rogol dia. Pian sengaja nak perangkap ana ni je kan..suapaya anak kahwin denga pian.

  14. eryati says:

    sayangnya Rita tak terima watak ni…hihihi…

  15. takpuashati says:

    Nak tau nape mak dia benci dia. ni je yg kuar.hampeh.!!!!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold