Sinopsis Bicara Hati Adaptasi Dari Novel Damya Hanna

Bicara Hati drama bersiri 26 episod bakal menemui penonton di Astro Prima pada 3hb Jan 2012 ni, lakonan Sharnaaz Ahmad dan Cristina Suzanne. Pelakon lain yang membintangi drama Bicara Hati ialah Marsha Londoh, Azizah Mahzan dan ramai lagi (senarai pelakon tengok kat bawah).

Novel ni tulisan Damya Hanna, watak utama dalam novel ni ialah Tengku Syahran dan Zahlia dilakonkan oleh pelakon baru Christina Suzanne. Cristina ni dulu ada dalam Pilih Kasih 2 kalau tak silap nama dia letak Kris Cempaka.  Pandai pengarah Osman Ali ambil pelakon baru yang cantik ye :)

Bicara hati ni pasal kahwin kontrak atau kahwin paksa ni..emm banyak betul ye novel yang duk cerita kahwin kontark,  benci2 pastu gaduh2, sorok2 last2 pasangan yang benci tu bercinta le akhirnya tu..hehe !!

Sinopsis Bicara Hati :

Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh dengan pemuda itu.

Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenagi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia kau tetapi dengan syarat, iaitu hak – hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjajian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mengingkari. Kini timbul pelbagi konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan?

Senarai Pelakon Bicara Hati

Tengke Syahran – Sharnaaz Ahmad
Zahlia – Cristina Suzanne Stockstill (Kris Cempaka)
Razif -Josiah Hogan
Linda – Marsha Londoh
Fatimah – Abby Nazri
Adli – Lash Mokhtar
Tg Badariah – Azizah Mahzan
Bapak Tg Syah – Zaidi Omar
Raja Khalidah (mak Zahlia) – Zarina Zainuddin
Faizal – Dazrin
Tg Hakimie – Syahriman
Tg Murni (anak Kimie) – Aqish
Pn Azizah – Mislina

Cantiknye heroinnya Kris Cempaka atau Cristina Suzanne, bekas peramugari, berdarah Melayu kacukan Jerman. Adakah nanti Cristina Suzanne ni popular macam Siti Saleha pulak..kita tengok bakat lakonan pelakon baru ni nanti ye..

BIODATA Pelakon baru Cristina Suzanne

Marsha dan sharnaaz

Lagu OST Bicara Hati
Lena AF Bicara Hati
Pinjamkan hati mu
agar dapat aku tunjukkan cintaku
Moga engkau tahu semua
KAsih ku hanya untuk mu
setiap rinduku nyata pada mu

Pinjamkan cintamu
Agar dapat aku selami hatimu
Moga aku tahu ikhlasnya kasihmu
hanya untukku

Percaya rindmu nyata padaku
Bicaralah hati tentang kita
Bicaralah hati untuk selamanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Sinopsis Bicara Hati Adaptasi Dari Novel Damya Hanna”

  1. nannataec says:

    if x busy upload kan crita ni k,duk asrama x da astro.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold