Scha Al Yahya Akui Bakal Berkahwin Tahun 2012

Pelakon Scha Al Yahya 28, akhirnya mengakui bakal berkahwin dengan kekasih hatinya Awal Ashaari 30, pada tahun depan, 2012. Scha  telah bersepakat dengan Awal  yang mereka akan berkahwin sekitar Mac hingga Jun 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Scha menafikan yang merekan akan disatukan pada bulan Februari tahun depan seperti yang disiarkan di media massa.

Scha Al Yahya menerangkan dia dan Awal pada mulanya merancang untuk berkahwin pada bulab Feb 2012, tetapi kerana dia terikat dengan pengambaran dua filem bertajuk Darah Daging, dan KL Meroyan serta drama Mimi Mencari Cinta 2 jadi dia terpaksa menunda tarikh pernikahan itu. Nak buat macam mana ye, dah Scha ni semakin laku sekarang, job bertimpa timpa. Rezeki datang mencurah gitu.

Seperti pasangan Yusry dan Lisa , Scha dan Awal jugak dikatakan akan mendapat liputan meluas oleh pihak Astro yang menjadi penyiar secara rasmi upacara majlis perkahwinan mereka. Lisa dan Scha Al Yahya ialah antara artis/personaliti Wajah Eksklusif Astro, jadi pihak Astro dikabarkan menjadi penyiar rasmi majlis nikah mereka berdua.

Dari sumber dalaman Astro, Bipop melaporkan yang memang ada siaran secara live majlis perkahwinan Lisa Surihani-Yusry KRU, dan Awal Ashaari – Scha Al Yahya yang akan diraikan gilang gemilang.

PICC dah penuh.

Scha mengakui pihak Astro Entertainmet Sdn Bhd ada bertanyakan hal itu kepadanya namun dia belum memberikan jawapan yang pasti, dan belum menandatangi apa2 kontrak dengan Astro.  Bagi Scha dia tidak pernah cover line mengenai kisah perkahwinannya. Apa yang pasti bulan Februari bukan tarikh merekan berkahwin.

” Seperkara lagi, soal lokasi persandingan, banyak venue dan penuh. Saya dan Awal ada bertanyakan sama ada PICC masih kekosongan atau sebaliknya, kami dimaklumkan sepanjang bulan Feb depan, semua dewan sudah penuh.

Awal pula hanya mahu majlis persandingan di PICC, jadi kami masih menunggu tarikh sesuai dari PICC, jika sesuai kami akan setuju.”

“Tanbahan pula PICC mampu menampung 1,000 tetamu , kami bercadang nak himpunkan kedua-dua keluarga , kenalan rapat, teman artis, dan rakan media di lokasi yang sama. Insyaallah kami akan kahwin tahun depan, cuma time frame tak lebih Jun. Sekiranya ditunda lagi, saya rasa dah lewat sangat, Tahun depan usia saya dah masuk 29, keluarga Awal juga dah banyak kali beri nasihat, jangan tunda lagi, rancangan perkahwinan kami.”

Scha jugak  belum sempat lagi pergi kursus perkahwinan, katering pun tidak tempah lagi dan baju pengantin pun belum tempah, mana mungkin dia akan berkahwin pada Feb tahun depan. Mengenai busana pengantin , Scha kata mungkin dia akan mengenakan melayu kontemporari dan pereka fesyen kegemaran Scha ialah Rizman Ruzaini atau Rizalman untuk menyediakan pakaian pengantinnya.

Mengenai siaran eksklusif dari pihak Astro , dia tidak boleh memberikan jawapan pasti sebelum mendapat keputusan hitam putih.

Apa2 pun tahniah buat Scha dan Awal.

p/s: ramai kahwin tahun depan bulan feb kot, Lisa Yusry..di picc jugak, tu penuh hehe…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Scha Al Yahya Akui Bakal Berkahwin Tahun 2012”

  1. shraqs says:

    Tahniah la buat diorang. Harap2 kekal berpanjangan
    shraqs recently posted..Program Percuma Untuk WordPress Testing Platform

  2. wandisini says:

    ala…scha yang cute dan cantik ni dah nak kawin lak
    wandisini recently posted..Kelakuan Teruna dan Dara Atas Motor

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold