Review Filem Ombak Rindu Filem Air Mata Meruntun Jiwa

Mesti berpusu-pusu orang masuk ke pawagam sebab nak tengok filem yang dipuji-puji setakat ni kerana mampu membuatkan ramai yang menitiskan air mata. Tahniah kepada pengarah Osman Ali yang berjaya membuatkan penonton mengalirkan air mata, mungkin sebab tengok air mata Aaron Aziz kot yang menitik-nitik..tak kurang juga kehebatan pelakon Maya Karin yang mampu menjiawai watak Izzah gadis kampung yang lurus jujur serta baik hati, meraih simpati dan mengajak penonton merasai penderitaannya.

Sebenarnya saya pun sedih jugak, sebab saya ni jenis tak boleh tengok orang lelaki menangis..tambah2 kalau tengok Aaron Aziz menangis..sebak ooo..huhu!! mungkinkah Aaron Aziz akan menggondol anugerah pelakon terbaik lelaki FFM ke 25..hehe!!

Orang mungkin akan benci dan meluat dengan watak jahat dan kejam Aaron Aziz yang bawa watak Hariz dalam filem Ombak Rindu ni..tetapi pengarah berjaya mendapatkan kembali perasaan suka dan simpati penonton terhadapa  watak Hariz yang dulunya kasar terhadap Izzah (Maya Karin) apabila Hariz bertukar menjadi lelaki yang baik dan penyayang kepada Izzah.


Saya tak pandai menggunakan bahasa filem, pengulas filem mesti pakar pasal bab bab ni kan, cuma apa yang boleh saya kata, dalam filem ni Osman Ali memberikan perlambangan atau bahasa filem yang halus (contoh masa Izzah ditinggalkan di bus stop, dan masa tu ada seekor kucing yang dipungut oleh Izzah, dalam pada masa yg sama, Hariz pun menyelamatkan Izzah di tepi jalan dari sarang pelacur.

Sedihnya masa part Hariz berjanji sungguh sungguh dia akan lindungi Izzah masa kenduri Pak Dolah tu, memang Aaron Aziz menitik2 air mata dia..sebak betul scene tu. Lepas tu Hariz ada sebut pasal Izzah macam kucing pungut masa dia marahkan Izzah.

Jam Hariz dipakai oleh Izzah selalu, dan amat dia sayang jam tu, bagi saya le, Izzah menunjukkan betapa dia sayangkan Hariz.. tu lah bahasa halus dalam filem dan ketelitian Osman Ali. hehe betul dak?

Lisa Surihani jadi Mila watak antagonis yang memberontak nak dapatkan cinta Hariz, saya masih nak katakan Lisa tak sesuai bawa watak kasar dan jahat..hehe sebab Lisa masih nampak ayu dan lembut. Tapi takpa le sebab pengarah nak Lisa Surihani bawa watak yang ada kelainan sikit dari yang selalu dia bawa.

Muzik latar yang baik

Pengarah Osman Ali yang buat filem Cun ni memang suka membawa penonton melihat keindahan sawah padi, susana permai kampung, ketenangan hidup di desa..memang cantik dan nyaman aje dalam filem ni. Ditambah pula  ada muzik latar yang sangat indah dan meruntun jiwa, ini jugak salah satu alat yang penting untuk memberi mood sedih kepada penonton. Kalau tak ada muzik latar yang sebaik itu, mood sedih tu pasti tak akan berjaya.

Pelakon hebat lain yang membantu jalan cerita dalam Ombak Rindu ni seperti Bront Palarae, Normah Damanhuri dan Zaidi Omar. bront Palarae bawa watak Ismail orang kampung yang suka Izzah tapi dia jugak kecewa sebab tak dapat miliki Izzah. Nak buat cemana cinta tak semestinya bersatu.

Saya tak baca lagi novel Ombak Rindu yang dikatakan best tu jadi tak dapatlah nak bandingkan novel dengan jalan cerita dalam filem. Walaupun penulis novel kata tak cukup masa nak adaptasi novel ke filem, tapi rasanya Ombak Rindu dah berjaya sebagai filem romantik yang meruntun jiwa, mungkin lebih berjaya dari filem Lagenda Budak Setan, sebab filem Lagenda Budak Setan masa tengok dulu..tak sedih pun :).

Memang susah nak adaptasi dari novel ke filem, sebab filem ni masa sekejap je, novel nak habiskan berjam -jam atau berhari-hari. Kalau nak cerita panjang kena buat siri la pulak, baru boleh cerita lagi panjang2 kan.

Bagi sesiapa yang ada masa panjang di musim cuti ni.. kalau teringin nak tengok wayang..boleh le pi tengok Ombak Rindu.

Selamat menonton dan merasai kesedihan dalam filem Ombak Rindu.

Lokasi cantik dalam Ombak Rindu

di Langkawi rasanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

10 Responses to “Review Filem Ombak Rindu Filem Air Mata Meruntun Jiwa”

  1. Mejuez says:

    OSMAN ALI tetap terbaik! Pengarah yang best dalam pengarahan filemnya.. >_<

    tak sabar plak nak tunggu filem apa lagi yang di olah oleh OSMAN ALI ni..
    Mejuez recently posted..Lagu Tema Dingin Lavenda Slot Zehra TV3 / OST Dingin Lavenda

  2. akubiomed says:

    Ceritanya bagus cuma saya kurang berkenan mengenai adengan panas antara Aaron dan Maya Karin yang ‘Lebih kuah daripada sudu’ diperkatakan oleh media. Seolah-olah keseluruhan cerita hanya difokus isu panas ini.

    Kalau ceritanya sudah bagus tidak perlu publisiti murahan macam ini kerana ia akan mencacat kecantikkan karya ini seperti yang digarap oleh penulis novel ini.
    akubiomed recently posted..Perbezaan antara Google+ dan Google+ Page

  3. Kakiwayang says:

    aha, cite ni ok la…good try also from Lisa Surihani…tapi sian part last tu banyak sangat word cam Pasrah, Menyerah, Sendiri, Seorang, Cerai yang semuanya ada R kat tengah2…so kesian Lisa yang pelat R… just my comment…. jemput baca review kat Kakiwayang.com juga tau…=)
    Kakiwayang recently posted..Ombak Rindu: Gandingan mantap Malek KL Gangster dengan Meriam Pontianak Harum Sundal Malam

  4. Aina says:

    terasa nak beli novel dia:)

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold