Proton Keluarkan 2 Model Baru Exora Prime dan Bold Premium

Sungguh mengancam apabila melihat rekabentuk dalaman model Protn Exora baru yang diumumkan. Dua model baru tu ialah Exora Prime dan Bold Premium dengan enjin CFE /kecekapan bahan api dalam BI Charge Fuel Enhancement serta CVT. MPV ini mempunyai CFE Campro dengan 1.6 liter menyamai dengan enjin 2 liter.

Ejin CFE ini dikatakan lebih jimat dan berkuasa berbanding enjin CPS biasa.Enjin CFE ini dikatakan lebih jimat minyak , penggunaan bahan api 7.8 liter per 100 km.

Sudah ada kat showroom dan boleh test drive. Tadi ada kawan saya pi test drive, dia kata memang hebat la Exora turbo baru ni, elegan, ringan dan sedap. Kalau tak caya kena pi test drive hehe..Ada pemain lcd di bahagian atas bumbung, reverse camera, auto flip side mirror dan lain lain lagi le.

Ciri ciri baru untuk Exora FL Prime dan Bold

Ada beberapa ciri ciri baru diubahsuai untuk bahagian belakang Exora seperti skirting baru bumper belakang, spoiler belakang, lampu LED belakag, macam saya kata tadi, cermin sisi yang boleh dilipat dan berkuasa elektrik. Untuk keselamatan Exora baru ni dilengkapi dengan ABS.

Exora Bold

Dalaman Exora BOLD menyediakan 7 tempat duduk untuk penumpang manakala bagi Exora Prime ialah 6 tempat duduk, bahagian tengah diletakkan 2 tempat duduk yang elegan dan mewah.

Kedua-dua model dilengkapi balutan kulit untuk tempat duduk dan jugak stereng. Bagi Prime pula pemegang pintu dan pemegang gear diberi kemasan kulit yang mewah.

2 tempat duduk elegan di bahagian tengah model Prime

Bagi model Prime, ada skrin boleh sentuh, dan skrin untuk melihat dvd di bahagian belakang tempat duduk penumpang /tempat penyandar kepala pemandu. Pada Prime, di papan muka tempat menyelaras penghawa dingin, radio, dihiasai dengan kemasan kayu.

Prime

Kedua-dua model Exora ini dilengkapi dengan reverse camera serta mempunyai skrin kecil untuk melihat bahagian belakang ketika reverse.

Warna Exora Bold dan Prime

Exora Bold mempunyai 5 warna menarik untuk dipilih, manakala Prime mempunyai satu warna iaitu Absolute Brown.

Harga Exora Bold dan Prime

Memang ada perbezaan dari segi harga berbanding Exora keluaran yang lama, disebabkan Exora baru ni ada penaikan taraf dari segi enjin turbonya. Proton telah mengeluarkan harga rasmi OTR iaitu:

Model Prime 1.6 Premium = RM88,998

Model Bold 1.6 Premium CVT = RM79,998.

Bold 1.6 Standard MT = RM59,998

Bold 1.6 Executive MT= RM70,998.

Gambar Exora FL Bold

Exora Prime

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Proton Keluarkan 2 Model Baru Exora Prime dan Bold Premium”

  1. yas says:

    Semoga menjadi satu opsyen tuk org ramai…insyaallah.
    yas recently posted..Filem Suatu Malam Kubur Berasap??

  2. APAN says:

    mengancam gak tu…harga pun boleh tahan.tpi x boleh banding ngan mpv lua la sebab kompem2 yg lua lagi mhl sebab ada cukai berganda-ganda-ganda.haha…
    APAN recently posted..Rabu Yang Bisu #23 – Menantu Disambut

  3. Lawa gak..nampak eksklusif gitu…

  4. mmg nampak lebih angun….
    Petua Emak Hot recently posted..Kenapa anda mencintai.,.,.,. (Soalan Cepu Emas)

  5. ohcikgu says:

    pergh lawa..harap takde masalah ek bila dah keluar nanti.
    ohcikgu recently posted..Isu GSTT berpengalaman 2-5 tahun tidak mendapat tempat dalam serapan ke IPG dan Universiti.

  6. akubiomed says:

    Saiz dan keluasan menjadi pilihan kerana tidak harga ini untuk segmen yang sama.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold