Petronas Tamat Taja Ariff Alfian Sejak Januari 2009

Petronas telah menamatkan penajaan ke atas pelajar Ariff Alfian yang didakwa berkahwin dengan pasanagn sejenis di Dublin, Ireland. Tajaan itu ditamatkan sejak Januari 2009 kerana Ariff gagal mendapat keputusan yang memuaskan dalam pencapaian akademik.

Pihak Petronas mengesahkan Ariff Alfian adalah bekas pelajar tajaannya di bawah skim Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Petronas bermula September 2001 untuk mengikuti kursus A-Level dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat ijazah perubatan di United Kingdom.

Ini kenyataan  media yang dikeluarkan semalam, Jabatan Perhubungan Media, Bahagian Hal-Ehwal Korporat Kumpulan Petronas :

“Setelah menamatkan kursus A-Level, Ariff Alfian memohon dan diterima memasuki University College Dublin. Sepanjang tempoh pengajian di Dublin, Ariff Alfian tidak pernah menghadiri sesi perbincangan berkala dengan Penasihat Pelajar PETRONAS dan tidak membalas sebarang emel serta panggilan telefon walaupun banyak usaha dibuat untuk berhubung dengan beliau.

“PETRONAS sudah mengadakan beberapa perbincangan berkaitan perkembangan akademik dan penajaan beliau dengan bapa beliau, Rosli Haron. Salah satu perbincangan ini bertempat di Dublin dan dihadiri sendiri oleh Ariff Alfian dan bapanya,”

Pegawai Penasihat Pelajar PETRONAS sentiasa berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Dublin apabila menyedari Ariff Alfian tidak pulang ke Malaysia selepas penajaannya ditamatkan, kerana bimbang terhadap keselamatan dan status beliau di Ireland.

Pada Mei 2009, PETRONAS mengeluarkan notis tuntutan bayaran balik pinjaman berkenaan kepada Ariff Alfian dan penjaminnya mengikut peraturan serta syarat perjanjian yang sudah ditetapkan dan juga dipersetujui oleh kesemua pihak.
“Sehubungan itu, perbincangan juga sudah diadakan dengan penjamin pada pertengahan tahun ini mengenai pembayaran balik pinjaman berkenaan. Sehingga kini, PETRONAS masih belum menerima sebarang maklum balas mengenai perkara itu, walaupun surat peringatan sudah dihantar pada 6 Disember lalu.

“Adalah penting bagi PETRONAS menerima pembayaran balik pinjaman ini untuk dimasukkan semula ke dalam dana penajaan pengajian tinggi bagi keperluan bakal pelajar tajaan PETRONAS pada masa hadapan,”

sumber : berita harian

Kempen Bawa Pulang Ariff Alfian di Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Petronas Tamat Taja Ariff Alfian Sejak Januari 2009”

  1. nasique says:

    teruk la mamat nie…mknanya Ilmu Dunia ,,bukanlah segalanya kan..adussss..dunia,,dunia

  2. Miziey says:

    Ariff Alfian ni sape? gay yg kawen dengan mat salleh tu ek?
    Miziey recently posted..Kebangkitan Kesatria Hitam

  3. yas says:

    Haaa….baya jangan tak baya…kan dah tak pasal2 petronas marah!!!
    yas recently posted..Filem Suatu Malam Kubur Berasap??

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold