Ombak Rindu 4Juta 4 Hari Kalahkan Filem Hollywood

Hari pertama tayangan Ombak Rindu sudah mendapat kutipan kasar RM750,000. Selepas 4 hari tayangan Ombak Rindu berjaya mencapai kutipan RM 4 juta, sekaligus berjaya mengalahkan filem blockbuster Hollywood Twilight Saga The Breaking Dawn yang ditayangkan awal lagi.

Terbaru Aaron Aziz di facebooknya, menulis kutipan Ombak Rindu sudah mencapai 5.2 Juta, di sukai oleh 25, 937 orang.

Pengarah Osman Ali mampu terseyum puas setelah beberapa filem dia sebelum ni gagal mencapai kejayaan di pawagam. Apakah faktor-faktor kejayaan filem ni ye? Selain para pelakonnya yang hebat, tentu promosi dan peminat setia novel ni jugak tertarik untuk menonton filem cinta yang asyik diperkatakan dari sebelum ditayangkan hinggalah sekarang ni..

Penonton bijak menilai filem

Saya rasa ia bukan sebab aksi ranjang yang ada dalam filem ni yang jadi daya tarikan..sebab filem ni bukan menonjolkan sangat pun aksi ranjang..semua penonton di Malaysia ni bijak menilai sekarang, dan kita jangan fikir filem yang promosikan aksi ranjang atau dedah sana -sini tu akan berjaya di pawagam..penonton bijak menilai jalan cerita dan lakonan, boleh fikir mana satu filem yang baik atau tak.

Daya tarikan pelakon-pelakonnya, kita tau Lisa Surihani , Maya Karin dan Aaron Aziz sentiasa ada peminat tersendiri. Pelakon utama Aaron Aziz memang ada aura dan mampu menarik peminat peminatnya, Lisa Surihani pun memang tak kurang hebatnya, walaupun dia bawa watak yang jahat.

Aaron Aziz pelakon yang berbakat..tak kira watak apa, dia boleh jadi jahat, macam dalam Evolusi KL drift2, boleh jadi romantik mcm dalam Nora Elena, jadi kejam dalam Jiwa dan Lara..dia mcm ikon la..mcm hero malaya pujaan wanita masa kini..boleh kot dikatakan mcm tu :)

Promosi filem ni dari awal lagi sudah dibuat oleh media -media hiburan, para blogger ( ya para blogger..memang ramai memperkatakan tentang filem ni secara tak langsung mempromosikan filem ni kan). Penggunaan facebook twitter dan you tube..sudah cukup memberitahu semua orang tentang filem ni..rata-rata bercakap pasal filem ni. Memang ia satu fenomena baru untuk filem cinta tahun ni :) . Pendek kata kalau sesebuah filem tu bagus..tak perlu kita paksa orang untuk datang tengok.

Ini membuktikan filem tempatan mampu bersaing dengan filem luar negara. Hebat kan. Tahniah kepada semua pelakon dan tenaga kerja Ombak Rindu , pengarahnya, serta penulis novel Fauziah Ashaari ( novel ni mempunyai pembaca setia yang ramai).

Review Ombak Rindu

p/s: jangan ada yang frust menonggeng pulak kalau tiket wayang nak tgk Ombak rindu habiss..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses to “Ombak Rindu 4Juta 4 Hari Kalahkan Filem Hollywood”

  1. ohcikgu says:

    hoho..promosi berjalan dengan baik. tak mustahil boleh dapat lebih 4 juta.
    ohcikgu recently posted..I am a Teacher

  2. APAN says:

    wow…boleh kalahkan kl ganster la nanti…
    APAN recently posted..Rabu Yang Bisu #21 – Dia Takut Jarum

  3. lin azlina says:

    memang aron aziz menjadi salah satu tarikan nk tgk ombak rindu..apaun mmg bestla
    lin azlina recently posted..Syarat Kelayakan Khas Dapat bantuan Tunai RM500

  4. hmm azza pun ada tulis pasal ni jugak,…

  5. akubiomed says:

    Sekejap sahaja dilancarkan sudah dabom. :-)
    akubiomed recently posted..Yang rajin komen di blog AkuBiomed bulan Nov

  6. yas says:

    Filem Ombak Rindu?? kisah mende ni Nuriz…mmg bila b/w ramai gak blogger dok kata pasal pilem nih…

    #Nmpk sgt den ni ketinggalan bas…he3x!!!
    yas recently posted..Maggi Sup Bontot ~Ergkhhhhhh……

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold