Ogy Nak Saman Johan Raja Lawak

Ogy atau Fauziah Ahmad Daud nampaknya macam sungguh-sungguh nak saman Johan Raja Lawak. Masa malam FFM 24 tu Ogy dan Johan Raja Lawak diberi tugas sebagai pengacara. Memang penonton di dewan dan jugak di rumah terhibur dengan lawak lawak dan keletah dua orang pengacara ni. Ogy dengan gaya dia, Johan dengan cara dia sendiri. Dalam orang gelak-gelak dan terhibur tu, rupanya ada ketidakpuasan di hati Ogy dan dia sebenarnya terguris hati dan marah dengan tindakan Johan yang dikatakan menghina bakat dia sebagai pelakon senior, mempersendakan bakat arwah kedua ibu-bapanya dan menyebut jugak tentang  Johan yang mempermainkan tahun gajah tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Malam tu memang Johan ada banyak kali melawak dan menyebut tua, kedut kerepot kat Ogy dengan nada lawak..agaknya Ogy terguris hati dengan lawak Johan. Banyak kali jugak lawak Ogy dimatikan oleh lawak Johan yang mengenakan Ogy balik. Mungkin Ogy rasa pasangan pengacara dia malam tu telah mengalahkan dia berulang kali.

Part Ogy kata Johan mempersendakan arwah ibu-bapa Ogy tu..tak ingat pulak kat bahagian mana..cuba jugak nak ingat tapi rasanya tak ada pun Johan sebut pasal kedua ibu -bapa Ogy. Mungkin saya terlepas part tu agakanya.

Kalau lah Ogy digandingkan dengan bapa saudara Johan iaitu Saleh Yaakob mungkin tak akan jadi macam ni kot.. Johan muda atau budak muda seperti yang disebut Ogy, dia senior, dan Johan tak menghormati dia sebagai senior.

Apakah Ogy rasa dia ditenggelamkan oleh Johan di malam FFM24 tu? Malam tu Ogy tak nampak dia macam marah atau nak mengamok, tapi dia rupanya menyembunyikan perasaan geram dia kepada Johan.

Kenyataan Ogy:

Difahamkan bahawa Ogy telah berbincang dengan peguam peribadinya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Johan kerana mempersendakan kedua arwah ibubapanya, mempermainkan tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW dan memperkecilkan dirinya sebagai pelakon yang lebih senior.

Ogy juga menyifatkan kenyataan-kenyataan Johan itu sebagai kurang ajar, satu penghinaan dan beliau tidak mampu untuk bertolak ansur dengan kebiadapan pasangan pengacaranya malam itu.

“Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita.

“Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu,”

“Saya berpegang pada hak asasi manusia. Tidak kira siapa pun, kalau mereka telah memperlekehkan maruah diri dan ibu bapa saya, saya tidak akan bertolak-ansur.

“Biar dia datang minta maaf sekali pun, saya tidak akan layan. Sebab seseorang harus bangkit memberi pengajaran kepada budak baru seperti dia yang tak tahu apa makna menghormati,”

“Saya tahu dia berbakat untuk buat lawak tetapi cara dia melampau. Sudahlah masa latihan sebelum majlis berlangsung dia datang lewat.

“Kami diminta datang pukul 3 petang, dia sampai pukul 6 petang. Macam mana tu? Tiga jam saya menunggu, tetapi dia langsung tidak minta maaf pada saya.

“Pembantu peribadi dia yang malu dan berkali-kali minta maaf dari saya. Mana budi bahasa? Tetapi saya sedikit pun tidak bising pada dia,”

Komen Johan:

Saya terkejut dan hanya mengetahui perkara ini melalui sebuah akhbar yang mengatakan Kak Ogy nak menyaman saya.

“Sewaktu FFM 24 tamat saya ada minta maaf kepadanya jika ada kata-kata yang menyinggung perasaannya. To be fair saya sebenarnya tidak mahu ulas perkara ini lebih lanjut selagi surat saman itu tidak sampai kepada saya.

“Tunggulah jika perkara ini masih berlanjutan saya akan bercakap mengenainya kepada semua,”

Asyik asyik saman

Apakah saman sebagai jalan penyelesaian? Asyik asyik saman, dulu nak saman atis ni artis tu..la ni nak saman Johan la pulak. Ogy pun terkenal dengan mulut laser dia, kalau kena macam ni baru terasa pulak.. Tak boleh kah dengan memaafkan saja si Johan tu. Johan pun ada minta maaf kepada Ogy di belakang pentas.

Malangnya Ogy Ahmad Daud kata dia tak nak lepaskan budak ni, biarlah Johan datang minta maaf sekali pun dia tak akan memaafkan Johan. Ishh…besar sungguh kesalahan Johan ni ye..kalau Nabi junjungan kita ajar tak macam ni, selalu kita diajar..Nabi pun ampunkan umatnya ini kan pulak kita manusia biasa.

Buat apa la nak panjang-panjangkan isu ni, kalau marah atau teguris hati atau nak menegur orang baru macam Johan, tegurlah di media jugak, sampai ke mahkamah ni macam kes berat sangat le pulak..hai lahh Ogy..mengamok sakan le kak Ogy kita ni…mungkin faktor usia yang dah semakin bertambah kot hehe…oppss!! terlebih sudah..

Video Ogy dan Johan di FFM

Nampak masa last tu Ogy nampak lain sikit, dan Johan ada sebut orang tua kat Ogy, Ogy kata jaga…jaga…huhu!!

Pasal tahun gajah tu, Johan tanya Ogy, tahun bila lagu Horey horey dicipta? Ogy tak paham dia kata lagu ni dinyanyi ramai baru nak buat. Johan jawab lagu ni tahun bila, tahun gajah ke..

Part ni la Ogy kata Johan mempermainkan tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w

Video Johan Raja Lawak di FFM 24

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses to “Ogy Nak Saman Johan Raja Lawak”

  1. yas says:

    hati org tua mmg gitulaa…mudah terguris, tapi satu ketika dulu dia sendiripun pernah terbabit dlm isu2 mcm ni….so mungkin satu pembalasan didunia la kot. Apepun harap selesaikan dgn baik…menang2…tadak yg kalah…:)
    yas recently posted..Pic pengkebumian tentera Pakistan – 24 terbunuh dalam serangan NATO

  2. titan says:

    em..aku tetap rasa ogy ni lebih dan mengada. Gedik pun ada.

  3. sham says:

    Tahun Gajah ialah tahun ikut kalendar pra Islam di Arab, tak ada sistem mcm sekarang, dulu ikut peristiwa, tahun kelahiran Nabi Muhammad terjadi pada masa peristiwa tentera gajah menyerbu Kaabah pada ketika tu sebab tu dipanggil tahun gajah.

    Aku rasa Johan tak da kait nabi dalam lawak dia, cuma dia sebut nama tahun tu je.
    dalam kalendar cina pun ada mcm arnab harimau, ayam..kat mana yang dikata mem permainkannye??

  4. johan 2 says:

    Ogy ni over terlebih meluat kau nengok malam tu, asyik duk cerita zaman kegemilangan dia , pastu kisah dia dgn eman manan, cerita pasal lakonan dia , seolah olah mcm naik lif tekan butang sendiri la pulak

  5. Oh! budu says:

    salah pilih pasangan pengacara.. hehe. sepatutnya dengan zizan.. :)
    Oh! budu recently posted..Cara nak masukkan icon smile dalam comment

  6. APAN says:

    erm…tah le…bagi aku mulut dia ni pun sama je.mungkin selama ni dia asek menang je.bila dpt ke zizan, dia lak yg kena…pastu dia x boleh terima tu.mmg ada nmpak lain muka dia dlm video tu…lntak dorang la.nak femes sngat.haha…
    APAN recently posted..Iman Semut vs Iman Manusia

  7. Peace says:

    Dah la kak Ogy…maafkan la Johan…sedangkan Rasulullah pun maafkan umatnya…ini kan kita yg hanya iman senipis kulit bawang…tak yah gaduh2…malu pada bangsa lain yg membaca dan melihat…saya pun kurang selesa Johan digandingkan dengan kak Ogy…sepatutnya Johan kena digandingkan dengan pengacara yg lebih bersifat terbuka…seperti Sarimah ke…kak Ogy tidak sepatutnya menyalahkan Johan 100%…kerana dia menjalankan tugasnya sebagai pengacara…klu tak puas hati…beri teguran secara profesional…dan Johan dapat belajar etika mengacara ketika bergandingan dengan individu yg lebih tua daripadanya…tak perlu saman menyaman…tindakan kak Ogy ini hanya akan menyebabkan masyarakat memandang kak Ogy seorang artist yang cepat melatah dan mengambil tindakan yg terlalu drastik…saling bermaafan itu adalah lebih mulia daripada kejahilan diri sendiri menjadi bahan penilaian dan kutukan manusia…fikir2kan lah…

  8. Entahla says:

    ala..ogy..saper tak kenal…aku rasa dia ni dengki kat Johan tu. Dah tak laku tu..mula la carik publisiti murahan….dah tua…..tobatler ogy oiiiiii. gedik ..tak sedar diri tu dah bau tanah dah…huh……nyampah mak

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold