Muhammad Nazmi Faiz ‘Kaka Malaysia’ Semakin Diburu Media

Nama Muhammad Nazmi Faiz Mansor pulak disebut-sebut oleh peminat bola sepak dan menjadi buruan media sekarang. Ini jugak merisaukan jurulatih skuad Olimpik, Ong Kim Swee, mungkin dia takut Nazmi Mansor ni jadi glemer dan popular macam Apek pulak, lepas tu bimbang nanti pemain muda ni tak dapat nak tumpukan perhatian sebab diburu media, kemudian jangka hayat pemain

tamat dengan cepat kerana publisiti yang melampau-lampau.

Rasanya tak perlu risau kalau diburu media jika pasal cerita cerita positif dan kerjaya dia macam Safee Sali yang tak ada sebarang kisah kurang enak setakat ini hehe..kalau tak ada salah buat apa nak risau..lain la kalau ada skandal ke apa ke kan…

Nazmi Mansor  di tangga ke 7  penjaring gol terbaik dunia

Nazmi Mansor mula terkenal dan menjadi perhatian apabila muncul di Sukan Sea ke 26 baru baru ni, dan dia tersenarai sebagai penjaring gol ke 7 terbaik dunia minggu ini di laman web rasmi  101greatgoals.com

1. Kevin Prince Boateng (AC Milan lwn Barcelona, 23 November 2011)
2. Bruno Mezenga (Crvena Zvezda lwn Smederevo, 23 November 2011)
3. Yohann Eudeline (Sedan lwn Laval, 25 November 2011)
4. Dylan McGeouch (Celtic lwn St Mirren, 26 November 2011)
5. Jam Schlaudraff (Hannover lwn Hamburg, 26 November 2011)
6. Salif Hanifi (Saida lwn Kabylie, 26 November 2011)
7. Nazmi Faiz Mansor (Malaysia B23 lwn Bahrain B23, 27 November 2011)
8. Tim Brown (Wellington Pheonix lwn Sydney CF, 27 November 2011)
9. Inigo Martinez (Real Sociedad lwn Real Betis, 27 November 2011)
10. Damian Alvarez (Tigres lwn Pachuca, 27 November 2011)

Nazmi telah menjaringkan gol yang sangat cantik dari jarak 30 meter semasa perlawanan Malaysia menentang Bahrain pada 27hb November. Kini dia dikenali dengan jolokan “Kaka Malaysia”.

Nazmi Faiz Kaka Malaysia

Serupa pulak rambut  Nazmi dengan Kaka masa ni hehe

Meh kita lihat biodata pemain muda belia Nazmi Mansor ni, kacak jugak ye, mesti ramai gadis2 remaja dah mula jatuh hati hehe!!

Sepatutnya Nazmi ni menduduki peperiksaan SPM tahun ni tapi tak dapat berbuat demikian sebab terlibat dalam Sukan Sea di Indonesia,  dia akan mengambil SPM pada tahun depan.

Nama: Muhammad Nazmi Faiz b Mansor

Panggilan : Nazmi

Tarikh lahir 16 Ogos 1994

Tempat lahir: Kuala Lumpur

Umur : 17 tahun

Tinggi 167

Posisi : tengah

Pasukan : Harimau Muda B dan Harimau Muda bawah 23(antarabangsa)

No jersi : 12

Bapa Nazmi menyifatkan anaknya ni seorang yang pendiam dan sangat berdisiplin dalam pengurusan masa, dan berharap Nazmi nant cemerlang dalam SPM.

p/S: bertuahnya Malaysia sekarang ramai anak muda berbakat dan cemerlang dalam kerjaya bola sepak. Sama sama kita doakan kejayaan anak muda ni, memang muda lagi..bagai permata yang baru jumpa.

Video gol dari Nazmi Faiz , Malaysia vs Bahrain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses to “Muhammad Nazmi Faiz ‘Kaka Malaysia’ Semakin Diburu Media”

  1. APAN says:

    gi tengok fan page dia kat fb sis…semua pompuan komen dia cute.haha…
    APAN recently posted..Satu bilik kosong di Lorong Bukit Setongkol 3

  2. Mejuez says:

    Ramai kot gadis gadis dah jatuh hati sama diaaa… =)

  3. levelsatu says:

    tapi kalau nak banding dengan sepakan aidil zafuan. Aidll punya sepakan lebih hebat bagi pandangan saya. Tapi tak dinafikan, sepakan nazmi memang world class. :)
    levelsatu recently posted..3 persembahan terbaik Maharaja Lawak Mega Minggu ke 6

  4. Pacifista says:

    untung nasib badan dia ni.muda lagi,rupa pun ada :)
    Pacifista recently posted..Contest Gadget Impian: Like, +1, Tweet, Tolonglah…

  5. yas says:

    Harap2 ramai lagi la bakat yg serupa dgn budak ni kat mesia…baru la syiokkk…hehehe

  6. zik says:

    top terus dia nih… kalau lah menang games malam tuh.. memang sweet… nak buat macam mana… bola itu bolat… sob2..
    zik recently posted..Majalah 3 (Dokumentari Harimau Muda Sukan sea 2011, liku-liku perjuangan di Indonesia

  7. akubiomed says:

    Apa yang penting prestasi Nazmi ini sentiasa konsisten kerana perjalanan beliau masih jauh. Mungkin boleh menjadi pemain yang disegani peringkat Asia Tenggara.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold