Macam mana nak download movie atau filem untuk beginner.

Sekarang kurang dah nak beli dvd atau cd kat kedai, nak tengok filem drama senang je download dari internet. Saya dulu banyak jugak koleksi dvd macam macam cerita, bila keluar je filem baru duk tunggu la bila cd atau dvd nak keluar, sekarang kedai dvd pun dah tak masuk dah hehe..
Bagi beginner yang baru nak belajar download movie atau filem dari internet bukan dari torrent, ini ada beberapa  tip Nuriz nak kongsi, cara cara nak download movie secara percuma dan mudah.

Sebelum kita mendownload movie secara percuma dan mudah, kita perlu:

1.Kena ada internet. Internet tu tak la slow sangat, boleh la kalau pakai internet Streamyx 60 ringgit sebulan paling murah tu..kalau lagi pantas lagi bagus la. Kalau tengah tengah duk download terputus memang sakit hati tak boleh nak resume dah.


2. Ada IDM atau internet download manager. Kalau takda pun tak pa, tapi saya cadangkan ada lagi la bagus. Saya suka guna IDM untuk download apa2 filem atau video. Cepat dan mudah. Kadang kadang boleh resume, boleh pause dan sambung balik. IDM ni kena ada yang full  version punya la jugak kalau free trial sekejap sangat. Nak pakai Orbit Downloader pun buleh la jugak.




3. Kena ada hj Split, cara cara nak guna ada saya terangkan dalam artikel terdahulu. Kalau download dari website website yang direct download,  untuk dapatkan satu filem ada part 1, part 2, part 3 dll.  Selalunya mediafire la. Saya suka yang dari mediafire ni sebab sizenye kecik kalau size file besar sangat, lambat nak tunggu.
Kalau file tu dalam bentuk .rar kena ada jugak Winrar.  Nak extract kan file tu kemudian baru la dapat satu filem.
Ini software yang perlu ada:
HJ split (suka sebut haji split heheh..)
7zip
Winrar.


Cara nak join part file filem dengan hj split


4. Nak play filem atay movie pulak kena le ada Media player yang mainkan filem tu. Filem filem ini ada dalam pelbagai format contoh : mkv, avi, flv atau rmvb.
Media player yang saya nak cadangkan dan agak terbaik jugak ialah GOMplayer, Media player classic dan VLC.

Media player classic

Gom player


5.Ada tambahan sikit:
Kalau filem yang tak ada subtitle korang boleh cari kat beberapa laman web yang sediakan subtitle.

Cara nak masukkan subtitle dalam filem / movie.

Kalau tak ada sangat la subtitle yang dalam bahasa inggeris cuma ada dalam bahasa lain, boleh guna translator subtitle. Baca artikel ini  Guna open subtitle translator


6.Cara nak bagi  Window Media Player dan Real Player dapat detect subtitle guna Direct vob sub

Senarai lamanweb untuk download movie atau filem  tidak dapat dikongsi kerana illegal

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Macam mana nak download movie atau filem untuk beginner.”

  1. Ummi Hanie says:

    hah bab2 donlod filem ni sy masih xreti … takper nnti sy rujuk cni blk insyaAllah … thanx ;)
    Ummi Hanie recently posted..Sedetik Lebih calon AJL 26

  2. shraqs says:

    Sy nak tambah ckit je no 4 tu. Klu nak mudah dload je K-Light Codec Pack @ K-Light Mega Codec Pack. Boleh dikatakan semua jenis file format disupport,… playernya dtg skali (Media Player Classic).
    shraqs recently posted..Peluang Memenangi Produk ASUS

  3. asliza says:

    salam..nk ty…..blh ke kalau saya dwload kat tenet movie2 yg saya suka…ataupun vc2 kat utube yg saya suka…n then, saya akan save dlm cd n then, saya nk pasang kat vcd atau dvd player kt umah..blh ke camni???ples…saya buta it..:=))

  4. adi says:

    terima kasih banyak banyak

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold