Lagi Gambar Eyka Farhana Sarmizi Yang Cute

Pelakon remaja yang cute miut Eyka Farhana Sarmizi, 16 tahun..dulu dia berlakon dalam drama Sejadah Kaabah tu bersama Eja yang jadi maknya , diorang susah jual nasi lemak. Eyka ni memang berbakat..lama jugak nak tengok drama lakonan Eyka..last tengok drama Ramadhan terakhir tu, dia baru jugak muncul dalam cerekarama Nur ain. Comel la dia bertudung. Dalam Nur Ain dia jadi anak angkat kepada Fahrin dan Fasha Sandha. Nanti2 harap ada le lagi drama baru lakonan Eyka ni..

Layan dulu wajah cute miut Eyka Farhana ni..ada yang kata muka dia macam iras Fazura..ada kata macam wajah Tiz Zaqyah..

Info/Biodata  Eyka

Nama sebenar: Wan Atiqa Farhana bt  Wan Sarmizi

Lahir: 3 Feb 1995 ( 16 tahun)

Sekolah di Sekolah Perempuan Air Panas, Setapak KL.

Adik beradik: Anak kedua dari 4 adik beradik.

Ibu: Zaidah Ma’anas

Berlakon kerana minat dalam bidang seni , mula aktif dalam tahun 2010.

Asal : Ampang KL.

antara drama lakonan Eyka: Pontianak Gua Musang, Sejadah Kaabah, Juvana, Miang Bulu Keladi Birah, Ramadhan Terakhir, Mencari Athirah, Jatuh Cinta dan Nur Ain.

Eyka dengan pelakon Ramadhan Terakhir

Ini Eyka dalam Nur ain

Kenali Eyka Farhana

Perasaan Eyka berlakon dengan pelakon berbakat lain:

Mungkin watak saya tidak sebesar pelakon-pelakon lelaki sedia ada. Tetapi dapat memegang watak Nadia dan berlakon dalam sebuah produk yang boleh memberi pengajaran atau moral cerita yang baik sudah memadai buat saya. “Paling mengujakan apabila saya dapat menimba ilmu daripada pelakon senior, terutamanya Zahiril yang memegang watak Daim dan menjadi teman kepada watak saya iaitu Nadia,”

Eyka ingin terus berjaya dalam bidang seni, dia mendapat sokongan kuat dari ibunya Zaidah Ma’anas.

“Saya tahu saya masih sangat baru. Malah, saya baru berlakon dalam tiga buah produk. Justeru sasaran saya sekarang adalah untuk terbabit dengan lebih banyak produk kerana saya ingin mengasah bakat saya lagi.

“Kalau boleh saya teringin membawa watak jahat kerana ia memberi cabaran yang berlainan kepada bakat saya.

“Jadi saya harap ada pihak yang perasan dengan bakat saya,”

Cabaran di masa hadapan:

“Menjadi atau tidak menjadi itu adat. Macam ada kalah dan ada menang, adat. “Kalau ada rezeki saya, ada. Jika tidak, saya akan berusaha keras untuk memastikan perkara yang saya suka ini mampu terlaksana.”

Pengarah Bade Hj Azmi selalu memberi peluang kepada Eyka

“Saya pun tak menyangka akan kerap bekerja dengan Uncle Bade, sampai tiga kali dalam tahun ini. Mula-mula memang saya diberi tunjuk ajar sepenuhnya dari aspek lakonan. Dia pengarah yang mengagumkan. Dalam Puteri Pulau Tuba, saya masih kekok-kekok juga tapi bila buat Miang Buluh Keladi Birah, saya nampak pengarah sudah mula puas hati dengan kerja saya. Sebelum ini, saya sukar untuk buat babak menangis, tapi baru-baru ini saya dapat menangis dengan mudah,”

Saya masih terlalu baharu, nak terima undangan sesi fotografi pun masih takut-takut. Lagipun saya muda lagi untuk terlalu serius dalam pekerjaan. Saya anggap lakonan sebagai aktiviti sampingan selain belajar, dapat cari duit untuk tampung keperluan sendiri dan bantu keluarga sikit-sikit. “Saya memulakan lakonan pada awal usia, tempoh untuk saya naik atau jatuh juga cepat. Jadi saya tak mahu beri sepenuh perhatian dalam lakonan, kalau ada rezeki, saya teruskan,”

“Saya akan ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun nanti, jadi fokus kepada akademik kena lebih sikit, tak boleh ambil projek besar-besar, setakat telemovie bolehlah.”

Eyka dalam Sejadah Kaabah

Eyka dalam Nur Ain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Lagi Gambar Eyka Farhana Sarmizi Yang Cute”

  1. sw33tdarling says:

    oohh baru perasan Nur Ain rupanya… kadang2 satu dua drama belum dapat membuatkan orang terkesan di hati… so Nur Ain mmg buatkan Eyka dikenali laa erk?
    sw33tdarling recently posted..Restoran Tanjung @ Rampai

  2. eryati says:

    mmg comel la dia ni…
    eryati recently posted..Kenapa Lelaki bawa kereta laju?

  3. kopipanas says:

    Saya jugak suka cara lakonan Eyka Farhana ni…dia pun cute sangatt

    Jom terjah gambar Siti Saleha dan adik beradiknya

    http://kopipanas2u.blogspot.com/2011/12/gambar-siti-saleha-dan-sam-bunkface.html
    kopipanas recently posted..Gambar Siti Saleha dan Sam Bunkface + Kisah Latar Belakang Keluarganya

  4. ohcikgu says:

    ramailah orang suka kan..pelajar sekolah pun suka gakk..
    ohcikgu recently posted..Punca Kegagalan Calon Temuduga KPLI-SR j-QAF dan cara mengatasinya.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold