Khairul Fahmi Nak Bersara Awal Kerana Tak Tahan Dilanda Kontroversi

Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, penjaga gol nombor satu negara pernah terfikir untuk bersara awal apabila dia kebelakangan ni dilanda gosip dan kontroversi yang tak henti-henti. Apek jugak tertekan dan tak dapat menumpukan perhatian kepada kerjaya bola sepak, dulu kisah dia putus tunang, cerita kisah cinta dia dan Dahlia Teck, pastu gambar Apek dan Dalia di sebuah kelab.

Terbaru..lima keping gambar mesra Apek dengan wanita bernama Shida Harmi yang tersebar di internet..sikit sebanyak telah menyebabkan reputasi Apek dan nama baiknya tercalar.

Jurulatih skuad Olimpik Negara, Ong Kim Swee risau jika benar Apek akan bersara awal dari arena bola sepak, negara akan kehilangan permata berharga.

Apek meluahkan perasaannya itu apabila ditemui oleh wartawan di majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011. Apek,22 tahun, meraih anugerah Penjaga Gol Terbaik buat tahun kedua berturut-turut berikutan kecemerlangannya membantu Kelantan muncul juara Liga Super musim lalu.

luahan hati Apek:

“Apabila berdepan kontroversi seperti itu, saya terfikir (untuk bersara awal). Saya sedih sebab cerita-cerita peribadi yang tidak elok disebarkan menyebabkan maruah keluarga saya terjejas.

“Saya sayangkan keluarga. Setakat ini keluarga masih memberi kepercayaan dan memberi sokongan, tapi kalau perkara sebegini berterusan susahlah,”

Apa kata Ong Kim Swee

“Apek (Khairul Fahmi) baru berusia 22 tahun, dia masih muda dan tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Kita harus ingat dia banyak memberikan sumbangan besar kepada negara.

“Sifat hasad dengki manusia memang ada, dengan statusnya seperti ‘superstar’, sudah pasti akan ada anasir luar yang cuba menjatuhkan dia.

Kalau benar dia akan bersara awal selepas ini kerana tidak tahan dengan masalah di luar padang, kita sendiri yang akan rugi. Dia pemain berbakat dan mampu menjadi pengganti bekas penjaga gol negara sebelum ini seperti Datuk R Arumugam (mendiang) dan Rashid Hassan,”

P/s:Menjadi selebriti dan orang terkenal memang selalu menjadi perhatian.

Nazmi Mansor (Kaka Malaysia)Pemain Bola Sepak Semakin diburu media

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Khairul Fahmi Nak Bersara Awal Kerana Tak Tahan Dilanda Kontroversi”

  1. kan dah susah..1 kehilangan besar untuk negara..
    haishhh..suke sebok pasal org dorg ni..huhu

  2. akubiomed says:

    Mufti Kelantan sudah nasihat jadi Khairul Fahmi perlu ambil ambil perhatian.
    akubiomed recently posted..Melihat kapal selam Agosta 70 secara dekat – siri 2

  3. Pacifista says:

    takyah la sampai merajuk…
    Pacifista recently posted..Contest Gadget Impian: Like, +1, Tweet, Tolonglah…

  4. topiJerami90 says:

    apek kena kuatkan semangat r nie
    topiJerami90 recently posted..Gambar toilet-toilet yang pelik

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold