Kereta Istimewa BMW 3 Series Fasha Sandha Kena Curi

Alahai ini kisah pasal kereta mewah Fasha Sandha yang kena curi. Kereta mewah BMW 3 series tu sebenarnya hadiah istimewa dari seseorang. Ish2 siapa le agaknya dari Jejai ke? bekas kekasih dulu yang bagi kot masa duk couple2. Kesian kat Fasha, dia dah buat laporan polis, tunggu le polis siasat kot2 boleh jumpa balik.

Kereta BMW harganya lebih RM200,000, dikatakan dicuri sekitar jam 3 petang semalam. Fasha bersama ibunya dikatakan baru tiba di salun kecantikan milik keluarganya di pusat beli-belah berkenaan untuk bersiap menghadiri majlis pelancaran filem terbaru lakonannya, Penanggal di Bukit Bintang.

Kereta Fasha yang diletakkan di depan salun miliknya, Chinta di Wangsa Walk pada Jumaat. Difahamkan kereta mewah yang hilang itu merupakan hadiah daripada seseorang buatnya. Kata Fasha,

“Saya akui kereta milik saya hilang dan satu laporan polis telah pun dibuat.

“Saya serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan mengenai perkara itu,”Sementara itu dalam perkembangan lain, Fasha menjelaskan dia menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan apabila gambarnya memakai busana pengantin tersebar di laman blog yang turut dikaitkan kononnya dia ingin berumah tangga.

“Insya-Allah jika sampai jodoh saya akan berkahwin dan apabila sudah bersedia saya akan maklumkan kepada semua. Saya tidak mahu bercakap mengenainya terlalu awal,”

Petikan berita harian:

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kehilangan kereta aktres berkenaan.
“Berdasarkan laporan dibuat, kereta itu diletakkan di tepi Jalan Delima berhampiran Wangsa Walk dalam keadaan berkunci.

“Ketika mahu kembali ke keretanya, mangsa mendapati kereta itu hilang. Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Fasha ketika ditemui selepas majlis pelancaran filem Penanggal, lewat petang semalam, mengesahkan kehilangan keretanya dan memaklumkan laporan polis sudah dibuat oleh ibunya.

“Saya serahkan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan,” katanya. Sementara itu, sumber memberitahu Berita Harian, kehilangan kereta terbabit hanya disedari Fasha ketika bergegas mahu ke lokasi majlis pelancaran filem di Bukit Bintang.
“Fasha tidak ada sebarang penggambaran dan menghabiskan masa menguruskan salunnya sambil bersiap untuk menghadiri majlis pelancaran filem terbaru.

“Bagaimanapun, ketika mahu bertolak ke lokasi majlis, Fasha mendapati keretanya hilang menyebabkan beliau panik, malah terlewat ke lokasi majlis,” katanya.

Gambar kereta BMw Fasha Sandha yang kena curi

kereta mewah cam bmw ni memang payah nak curi melainkan orang memang pakar sangat dan ada kunci pendua kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Kereta Istimewa BMW 3 Series Fasha Sandha Kena Curi”

  1. Juan says:

    ish mcm mana la boleh kene curik depan kedai jer
    Juan recently posted..Kajian Perbandingan Agama bawa Keharmonian Negara – Perlukah?

  2. akubiomed says:

    Penjenayah pun mengunakan teknologi canggih untuk memecahkan sistem amaran kereta BMW.
    akubiomed recently posted..Bila serba tak menjadi

  3. titan says:

    takpe. hilang, leh beli baru. Duit dia banyak apa..
    titan recently posted..Tun Mahathir yang masih kacak

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold