Kempen 10,000 langkah sehari jom amalkan hidup sihat

Berapa lama kita bersenam sehari, 5 minit, 10 minit, 15 minit, 30 minit atau tidak langsung. Mungkin kita rasa tak sempat bersenam sebab sibuk, terlupa atau malas :). Apa kata kita amalkan cara hidup sihat hanya dengan berjalan kalau kita tidak ada masa bersenam secara berkala atau berjadual. Jangan biar berat badan dan lemak lemak makin bertambah dalam badan.


Kadar obesiti dan jumlah pesakit diabetes semakin meningkat di Malaysia. Malahan Malaysia dikatakan mempunyai kadar obesiti tertinggi di kalangan negara Asean dan tempat ke-6 dikalangan negara Asia Pasifik.

Marilah kita amalkan hidup sihat, tak kira di tempat kerja atau pun di rumah, kita boleh amalkan berjalan setiap hari. Berjalan 10,000 langkah sehari boleh membakar lebih 300 kalori.


Mari kita lihat cara kita boleh amalkan kempen berjalan untuk sihat ni.

Berjalan di tempat kerja:

Kalau di pejabat, elakkan menggunakan lif, gunakanlah tangga.Ini dapat membantu menguatkan otot2 kaki, mengeluarkan peluh.

Ini situasi di pejabat, kalau kita perlu nak hantar apa apa surat atau dokumen kepada rakan sekerja, kurangkan penggunaan  emel, telefon atau fax, apa kata anda pergi hantar sendiri dengan tangan dan anda perlu jalan kaki. :)

Luangkan masa 5 – 10 minit untuk berjalan kaki semasa waktu rehat.

Letak kenderaan jauh sedikit dari kawasan tempat kerja untuk memberi peluang anda berjalan kaki.


Jika anda menyertai program 10000 langkah sehari beberapa langkah-langkah boleh diikuti:

1. Tetapkan tempoh masa untuk berjalan

2.Pilih waktu yang sesuai

3.Pilh pakaian dan kasut yang sesuai

4.Pilihlah kasut dan pakaian yang sesuai apabila bersenam dan beriadah.

5. Tetapkan sasaran, dan jangan mudah putus asa.

6. Rekodkan kemajuan anda dari sehari ke sehari.


Faedah berjalan kaki:

1. Mengurangkan risiko sakit jantung

2.Mengurangkan risiko penyakit diabetes

3. Mengurangkan risiko penyakit osteoporosis

4.Mengurangkan risiko penyakit, kanser payudara, kanser prostat, kanser usus besar.

5.Mengurangkan stress

6. menguatkan otot dan tulang.

7. Mengawal tekanan darah

8. Mengawal berat badan

Jom sertai kempen 10,000 Langkah sehari





Panduan berjalan dengan betul:
-tumit ke jari kaki

-tapak kaki selaras dengan tumit

-tegakkan kepala

-luruskan bahagian badan belakang

-Hayun tangan seperti biasa

-Bernafas seperti biasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Kempen 10,000 langkah sehari jom amalkan hidup sihat”

  1. yas says:

    Hmmm..aku sebenarnya dh lama buat kempen nih…tiap2 ari kecuali aku cuti atau mc…ada la dlm 500 meter berjalan, pegi balik dh 1 kilo…hehehe
    yas recently posted..Chong Wei Akui Nak Berlatih Dengan Misbun – BAM?

  2. akubiomed says:

    Pejabat saya tidak ada lif. Sehari banyak kali naik dan turun tangga.
    akubiomed recently posted..Update ringkas: Baby Aslah terkena Febrile

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold