Jalaluddin Hassan Marah Bila Keluarganya Dikaitkan Dengan Perkahwinan Syella

Datuk Jalaluddin Hassan pelakon dan jugak adik kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kecewa dan berasa marah apabila nama baik abang dan keluarganya dikaitkan dengan perkahwinan artis Syella Kamaruddin. Jalaluddin terkejut dengan berita perkahwinan Syella dikaitkan dengan Musa Hassan. Kedua-dua orang tuanya sendiri tidak tahu menahu hal tersebut.

Dia terus menghubungi abangnya untuk mendapat kepastian.

“Baru semalam (Jumaat) saya hubungi abang saya. Bila saya bertanyakan perkara ini, abang dan kakak ipar saya tergelak besar.
“Orang paling terkesan dengan khabar ini ialah orang tua kami. Takkanlah abang saya sekejam itu sehingga menyembunyikan hal ini dari pengetahuan mereka,”
“Saya ada terbaca artikel berkenaan isu itu. Kenapa menulis sedemikian? Mengaitkan pula ayah saya dalam hal ini.

“Cukuplah mereka membuat cerita tidak benar tentang abang saya. Kini mereka mahu melibatkan ayah saya pula. Orang yang menyebarkan berita ini memang tidak berbudi bahasa,”

Jalaludin ingin Musa Hassan ambil tindakan:

“Bagi saya, mereka yang menyebarkan fitnah ini merupakan orang yang tidak mempunyai hati dan perasaan. Main sedap mulut sahaja berkata-kata.
“Kalau tidak tahu, buat cara tidak tahu. Sebelum sebarkan, siasat dahulu berita itu benar atau tidak,” katanya.
Membangkitkan mengenai perkahwinan yang dikatakan menelan belanja RM15 juta itu, Jalaluddin memberitahu, adalah sesuatu yang mustahil jika abangnya mempunyai wang sebanyak itu kerana menurutnya, Musa merupakan seorang yang sederhana dalam segala hal.

“Abang saya memakai selipar apabila keluar. Dia juga pergi ke kedai mamak untuk makan. Kalau abang saya mampu mengadakan majlis perkahwinan yang berjumlah RM15 juta, pasti bapa saya kini hidup lebih senang,” katanya.

Minta suami Syella tampil

“Perkara ini melibatkan maruah kami sekeluarga. Jika suami Syella seorang yang gentleman, sila tampil dan betulkan keadaan,” katanya.
“Sekiranya suami Syella rasa bertanggungjawab terhadap isu ini, dia harus datang ke depan dan tonjolkan dirinya.

“Dia harus sedar, kami semua terluka dengan tohmahan yang dibuat oleh masyarakat, terutama terhadap orang tua saya. Tambahan pula, perkara ini tidak semena-mena melibatkan orang yang tidak bersalah,”

sumber: Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Jalaluddin Hassan Marah Bila Keluarganya Dikaitkan Dengan Perkahwinan Syella”

  1. akubiomed says:

    Perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku kerana akan memporak perandakan keharmonian rumahtangga orang lain. :-)

  2. puanbee says:

    macam2 lah yang syella nih pun satu , dah tak nak tunjuk muka suami tu kawin je lah diam2 , org bukan tahu pun..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold