Hattan Nafi Bercerai Lepas 7 Hari Kahwin

Penyanyi Hattan,47,  baru saja berkahwin pada 11.11.2011 dengan Farah Asyikin Othman 33 tahun, kemudian dilanda gosip yang dia telah bercerai lepas 7 hari berkahwin, gosip tu ditulis oleh wartawan hiburan Zubir. Hattan kemudian menafikan gosip tersebut.

Wartawan Zubir tidak menyebut nama hanya menulis sebagai penyanyi Otai baru kahwin dah cerai, tapi Hattan tahu wartawan tu menulis tentang dirinya.

Hattan begitu terkilan kerana wartawan terbabit sanggup menyebarkan fitnah atau cerita yang tidak benar sama sekali. Isteri dan keluarga beliau jugak kecewa dengan berita tak benar tersebut yang mencalarkan nama baik kedua-dua belah pihak. Lagi pula isterinya seorang ahli perniagaan. Keluarga Hattan pun berasa marah dan geram apabila membaca gosip di akhbar.

Hattan ada pergi untuk bersemuka dengan wartawan berkenaan kerana mahu bersemuka dan ingin tahu sebab dan kenapa artikel itu ditulis. Malangnya dia masih lagi dapat bertemu dengan wartawan berkenaan.  Bagi Hattan berita itu fitnah yang jijik dan gila kerana dia masih lagi waras dan tak mungkin dia sanggup menceraikan isteri dengan talak 3 dalam masa seminggu.

Dia juga kini berbahagia dengan anak dan 2 lagi anak dari isteri barunya.

Komen Hattan

Aku tengah drive ke KLIA untuk jemput isteri aku balik dari Hong Kong — memang tiada isu dan kau ada baca tulisan Zubir Berita Harian? Dia tulis aku ceraikan isteri aku dengan talak tiga — suka hati dia — walaupun tidak menyebut nama aku, tetapi aku tahu dia tujukan pada aku. Aku tidak panggil dia seorang sahaja — wartawan lain semua aku beritahu — dia siapa lagi pun, bukan Anuar Zain, sudahlah gemuk pendek ada hati mahu di’sanjung sanjung. Kau tulis apa aku cakap.

sumber :  Beutifulnara

Hattan memang marah kat Zubir tu sebab cerita tak betul..emm macam2..bahaya jugak ni duk tuduh orang cerai berai takut jadi doa..

Gambar Hattan di hari perkahwinan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Hattan Nafi Bercerai Lepas 7 Hari Kahwin”

  1. akubiomed says:

    Minta jauh-jauh la sebut perkataan ‘cerai’ ini. :-(
    akubiomed recently posted..Daftar bantuan RM500 dibuka Disember

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold