Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

Pada hari ini 10 Desember 2011 anda boleh saksikan gerhana bulan penuh yang berlaku, ini merupakan kali kedua gerhana bulan berlaku dalam tahun 2011. Kali pertama berlaku pada 15 hb Jun 2011.

Gerhana bulan yang berlaku pada Jun ialah gerhana bulan terpanjang dalam masa 11 tahun.

Pada 10 Desember bulan akan masuk bahagian bawah bayang bayang bumi (Umbra), ia berbeza dengan gerhana pada bulan Jun, di mana bulan memasuki di bahagian tengah. Tempoh masa ialah 1 jam 40 minit 32 saat.

Gerhana bulan pada 10 Desember mengambil masa 51 minit 8 saat. Gerhana kali ini boleh dilihat di Asia dan Australia.

Bagaimana fenomena ini berlaku:

Gerhana bulan berlaku apabila bulan melalui bayang-bayang bumi, ini bermakna bumi akan berada di antara bulan dan matahari. Ketika ia berlaku keamatan cahaya bulan berkurang dan ia bergantung kepada kawasan bayang-bayang bumi yang dilalui oleh bulan.

Contoh, sekiranya bulan melalui kawasan tengah bayang-bayang, ada kemungkinan bulan akan terus tidak kelihatan akibat bayang-bayang bumi yang gelap, manakala sekiranya bulan tidak melalui kawasan tengah, warna lain mungkin kelihatan.

Dari harakah daily:

Bulan yang beredar dengan had laju relatif 1,800 kilometer sejam akan mula memasuki zon bayang luar bumi pada kira-kira pukul 7.33 malam.

Bayang bumi akan mula menyentuh sisi sebelah kanan bulan tepat pukul 8.46 malam menandakan permulaan fasa gerhana bulan dan masa yang diambil oleh bayang gelap itu untuk menyapu keseluruhan muka bulan hanya 75 minit.

Selepas itu bulan akan mengalami gerhana penuh selama kira-kira 48 minit, kelihatan seperti sebiji bola raksasa berwarna kuning tembaga kerana kesan serakan cahaya dari kawasan bayang luar.

Peringkat pertengahan gerhana penuh itu dihitung berlaku pada pukul 10.32 malam ketika ketiga-tiga jasad samawi iaitu bulan, bumi dan matahari berada dalam kedudukan satu garisan dan satu satah.

Ia juga menandakan fasa purnama Muharam 1433 Hijrah yang sama dengan kemuncak gerhana penuh dan jangkamasa bulan melewati kawasan bayang dalam bumi ialah selama tiga jam 22 minit sehingga gerhana berakhir pukul 12.18 pagi.

Fenomena sama kali terakhir berlaku pada bulan Jun tahun lalu namun sedikit berbeza apabila ia dapat dilihat waktu siang berbanding malam pada malam ini.

Solat sunat gerhana bulan di negara ini pula boleh dilakukan sebaik sahaja bayang bumi mula kelihatan di permukaan bulan iaitu kira-kira pukul 8.46 malam.


Sinar harian memetik:

Bulan akan berada dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 hingga 10.57 malam dan akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Selain itu, jumlah masa bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 minit dan 16 saat.

Gambar gerhana bulan penuh dilihat dari Malaysia

sumber: Falak.net

Video

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011”

  1. akubiomed says:

    Semalam saya dapat merakam gambar bulan keluar dari proses gerhana kerana langit berawan jadi tidak nampak berlakunya gerhana.
    akubiomed recently posted..Merakam gambar gerhana bulan 10 Dis 2011

  2. titan says:

    semua dok heboh pasal gerhana bulan nih. hoho..
    titan recently posted..Komisen ke 29 dari Paid-to-Promote.net

  3. yeah i melihat bahawa sebaik sahaja ia adalah pandangan yang besar dan i rasa jadi sila bahawa saya tidak boleh dijelaskan seperti yang saya telah melihat dua kali pada tahun ini ..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold