Gambar gambar KL Gangster 2 Prekuel

KL Gangster 2 Prekuel sudah memulakan pengambaran pada November tahun ni. Syamsul telah memasukkan pelakon hero malaya Rosyam Nor sebagai Tailong untuk memnatopkan lagi filem KL Gangster 2 ni. Pelakon pelakon seperti Aaron Aziz, Zizan Raja Lawak, Soffi Jikan, Ridzuan Hashim dan Adi Putra turut dikekalkan.

Sinopsis KL Gangster 2

Dua beradik, Malek lakonan Aaron Aziz dan Jai lakonan Adi Putra telah terjebak dalam kegiatan gangster secara tak langsung lepas kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Oleh kerana kehidupan mereka susah, mereka diugut dan diburu oleh gangster yang meminta hutang ayah mereka dulu.

Mereka hidup dalam kesempitan wang bersama ibu (Ku Faridah dan adik perempuan (Shera Iskandar). Jai mula liar kerana mahu mendapatkan wang walau dengan apa cara sekalipun.

Walaupun Malek menentang keras tindakan Jai tetapi Jai tidak mempedulikan nasihat Malek, Malek mulai risau dan tertekan ditambah lagi ibu mereka menghidap penyakit barah.

Shera telah diperkosa oleh Tailong (Rosyam Nor) seorang gangster besar diĀ  KL dan giat menjalankan kegiatan haram, semua gangster-gangster akur dengan perbuatan Tailong yang digeruni kerana kekuasaan pengaruhnya.

King (Ridzuan Hashim) dan Shark(Syamsul Yusof) merancang untuk mengukuhkan kedudukan mereka dan cuba menjatuhkan Tailong. Mereka telah mendapatkan bantuan Malek yg jugak rakan baik King. Malek ditawarkan ganjaran yg besar, Malek tidak menolak kerana memikirkan kos perubatan yang perlu ditanggung untuk merawat ibunya.

King mula kuat dan berpengaruh dengan bantuan Malek, tetapi Malek telah dibenci dan dihalau oleh ibunya kerana tidak menyukai perbuatannya terlibat dengan kegiatan gangster.

Sementara itu Tailong rasa tergugat dan merancang untuk menhapuskan Malek dan King, berlaku lah pertempuran hebat antara Tailong dan kumpulan King, mereka hampir kalah kepada Tailong tetapi terselamat apabila polis tiba.

Malek ternampak tatto di badan Tailong sama dengan tatto pembunuh ayahnya, dan bermulalah dendam Malek kepada Tailong. Berjayakah Malek membalas dendam atas kematian ayahnya di tangan Tailong dan apakah kesudahannya?

Kesudahannya mestilah sama dengan KL gangster 1 kan. Malek berjaya bantu King dan Shark, pastu Malek kena tangkap masuk dalam penjara.Kisah Jai buat apa dan ke mana tak pulak diceritakan banyak dalam ni.

Mungkin Syamsul dan tambah lagi cerita dalam KL Gangster2..sama sama kita nantikan kelak di pawagam :)

Gambar gambar dalam pembikinan KL Gangster2

tumbukan maut dari Malek

aksi Rosyam Nor sebagai Tailong

aksi terhempas atas meja lagi

sumber :

skop production

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Gambar gambar KL Gangster 2 Prekuel”

  1. nasique says:

    rosyam noor ada gak nooo..mmg gengster la rosyam noor nie…..:D
    nasique recently posted..YouTube Perkenal Reka Bentuk Laman Baru

  2. APAN says:

    menunggu gak citer ni…harap jngan la sama je mcm yg sebelum ni.kalau x, kaw2 kena kritik nanti
    APAN recently posted..10 Cukai Jalan Kereta Orang Lebih Duit Malaysia

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold