Gambar Anak Siti Sarah dan Shuib Sepah

Siti Sarah baru saja selamat melahirkan anak pada Sabtu, 3 Desember lalu, kira-kira jam 10 malam. Anak lelaki Siti Sarah dan Shuib ni diberi nama Uwais Alqarni Shahmira.

Siti Sarah dimasukkan ke wad bersalin di Hospital Ampang Puteri kira-kira jam 8 malam. Shuib yang menyaksikan sendiri isterinya itu bertarung dengan kesakitan sebelum melahirkan sehinggalah selamat melahirkan Uwais, mengakui terbit rasa insaf dan bangga.


Shuib juga menyifatkan kehadiran cahaya mata lelaki berkenaan seakan tuah buat mereka berdua pada masa kini dan akan datang.

“Saya sangat gembira dengan kelahiran ini. Dialah tuah buat saya dan Sarah untuk 2011. Kehadiran putera sulung ini memberikan saya inspirasi dan semangat agar lebih maju pada masa akan datang terutama untuk tahun 2012,” ujar Shuib lagi.

sumber: gua.com.my

Nama Uwais al Qarni ni sedap, mencari jugak dari mana maksud nama ini..dari google Uwais terkenal di langit tetapi tidak di bumi,

Uwais al Qarni nama terkenal di zaman Rasullallah s.a.w, dia anak yatim,tinggal di Yaman, dia seorang penggembala kambing dan sering dihina, ada seorang ibu yang lumpuh, buta dan sudah tua. Dia rajin bekerja dan beramal ibadat. Uwais memeluk Islam setelah mendengar seruan Nabi Muhammad s.a.w.

Uwais sangat teringin bertemu Nabi tetapi dia tidak ada wang untuk pergi ke Madianh. Uwais mendengar cerita Nabi cedera semasa perang Uhud dan gigi baginda patah, Uwais yang belum pernah sekali jumpa Nabi lalu mengetuk giginya hingga patah kerana sedih dengan penderitaan Nabi dan kerana dia terlalu cintakan Nabi. Uwais selalu berfikir bilakah dia boleh jumpa dengan Nabi junjungan mulia, siapa pula akan menjaga ibunya yang sakit tu.

Uwais mendapat keizinan ibunya dan dia memesan kepada jiran supaya tolong tengok-tengokkan ibunya. Uwais berjaya pergi ke Madinah dalam susah payah mengharung panas dan ribut pasir, dia tiba di rumah Rasullallah , malangnya baginda tak ada di rumah kerana pergi berperang.

Uwais risau tentang kesihatan ibunya, dan selalu teringat pesan ibunya nanti lekas pulang. Kerana tak mahu ibunya menunggu nunggu dia pulang juga tanpa bertemu Nabi s.a.w. Uwais hanya meninggalkan salam buat Nabi s.a.w.

Nabi kemudian menceritakan hal Uwais kepada Saiditina Aisyah r.a yang Uwais anak yang baik dan setia, namanya terkenal di langit (penghuni langit). Para sahabat sangat terpegun mendengar cerita itu.

Pada masa Uwais meninggal dan dikafankan, orang melihat begitu ramai orang datang memandi dan mengkafankan serta membawa jenazah kekubur tetapi Uwais sebelum ini bukan tokoh terkenal , hidup dia tidak dipedulikan langsung. Rupanya para malaikat yang datang menguruskan jenazah Uwais, dan dia sangat terkenal di langit dan tidak di bumi.

Tu la saja sikit sebanyak kisah Uwais al Qarni (sila google) kalau nak tau lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Gambar Anak Siti Sarah dan Shuib Sepah”

  1. kopipanas says:

    tahniah siti sarah dan shuib sedap nama anaknya
    kopipanas recently posted..Sinopsis Dingin Lavenda TV3 Slot Zehra

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold