Gadis Bertemu Keluarga Semula Selepas Tsunami 2004

Berita dari Banda Acheh, seorang gadis dipanggil nama Wati telah kembali ke kampung halaman setelah terpisah dengan keluarga semasa apabila berlakunya tragedi tsunami pada tahun 2004. Wati 15 tahun, hilang ketika itu dia baru berumur 8 tahun, dia kemudian diambil oleh seorang wanita dijadikan anak angkat dan dipaksa meminta sedekah di kaki lima.

Wati tidak tahu nama penuh dan alamat keluarga tempat dia tinggal kerana semasa itu dia masih lagi kecil untuk mengingati semua tu. Gadis remaja tu hanya tahu nama datuknya ialah Ibrahim.Wati menaiki bas dan sampai ke kampung halaman bernama Meulaboh. Di sana dia bertemu pemandu beca, dan bertanya jika ada orang kenal nama datuknya Ibrahim.

Pemandu beca itu membawa Wati kepada lelaki yang mugkin dicarinya, Wati masih lagi mengingati wajah ibunya, apabila sampai dia cepat memanggil nama ibunya apabila melihat seorang wanita.

Ibu Wati bernama Yusniar yakin remaja itu adalah anaknya setelah melihat parut di kepalanya. Yusniat menceritakan ketika mahu menyelamatkan 2 adik beradik Wati atau nama sebenarnya Meri Yuranda , dia terlepas genggaman tangan Wati, dan anaknya itu hanyut dibawa arus laju.

Memang banyak kes orang hilang semenjak bencana Tsunami melanda Banda Acheh pada tahun 2004, dan ramai jugak mendakwa bertemu anak mereka semula. Tetapi malangnya, ujian DNA  membuktikan sebaliknya. Keluarga yang kehilangan anak mereka sangat menaruh harapan tinggi untuk bertemu kembali dengan anak mereka.

Yusniar tetap menegaskan Wati adalah anaknya, dan dia ada mempunyai bukti jika mahu kepastian.

“Dia mempunyai wajah ayahnya,” kata wanita berusia 35 tahun melalui telefon. “Dan apabila saya melihat parut atas mata dan tahi lalat di pinggul beliau, saya lebih pasti.”

Wati mengingati yang ayahnya meletakkan dia di dalam sebuah bot bersama  adik perempuannya dan hanya dikelilingi air, ketika itu dia hanya menangis.
Bapa Wati berkata dia meletakkan kedua-dua anak-anak perempuannya di atas bumbung rumah mereka dan  berharap anaknya akan selamat.

Wati bertudung 2 dari kanan

p/s: ujian dna lebih tepat membuktikan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Gadis Bertemu Keluarga Semula Selepas Tsunami 2004”

  1. wandisini says:

    jejak kasih.
    alhamdulillah dipertemukan dengan keluarganya
    wandisini recently posted..Diskaun Tol Semasa Hari Krismas

  2. akubiomed says:

    7 tahun bukanlaj jangka masa yang sekejap untuk kanak-kanak mengharubgi memori pahit.
    akubiomed recently posted..Program Perjalanan Selamat 2012

  3. APAN says:

    yup…aku rasa ujian dna lebih baik.ingatan masing2 tu bercanggah…ada kata letak atas bot, yg ayah kata letak atas bumbung masa bancir…
    kalau betul hubungan mereka ni, alhamdulillah sebab boleh berjumpa kembali :)
    APAN recently posted..Komuniti Ini Makan Sampah Untuk Hidup

  4. sepanjang masa terpisah tu macam2 yang dia lalui
    sabree hussin recently posted..Benarkah Ramalan Kiamat Akan Berlaku Pada Tahun 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold