(Video) Fizo Omar Diburu Hutang RM2 Juta Takut Muflis

Baca berita pasal artis Fizo Omar ni memang serius la terkejut, dia hutang 2 juta? Fizo Omar buat apa sampai berhutang dengan bank banyak2 macam tu ye, memang ada baca pasal kisah Fizo Omar ada berniaga. Macam mana jadi begitu? Dalam petikan akhbar tu kata, ada orang salah guna nama sebagai penjamin TANPA pengetahuannya. Memang bahaya ni apabila nama kita disalah gunakan.

Wan Hafizol Wan Omar atau terkenal dengan nama glamornya, Fizo Omar apabila sebuah bank kini memburunya kerana dikatakan gagal melunaskan pinjaman sebanyak RM2 juta.

Namun yang lebih mendukacitakan pelakon berusia 26 tahun itu adalah apabila dia mendakwa, namanya telah disalahgunakan sebagai penjamin bagi pinjaman tersebut tanpa pengetahuannya.

“Saya telah mendapat panggilan daripada pihak bank tahun lalu bahawa surat peringatan untuk menjelaskan pinjaman telah diserahkan kepada syarikat.

“Saya benar-benar tertekan kerana ia boleh menjejaskan kerjaya sekiranya saya diisytiharkan muflis jika gagal membuat pembayaran,” ceritanya pada sidang akhbar bersama Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat di sini semalam.

Menceritakan lebih lanjut tentang masalah tersebut, pelakon filem Kongsi yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan itu berkata, dia telah diajak menjadi rakan kongsi sebuah syarikat percetakan di ibu negara oleh seorang kenalan pada tahun 2008.

Berikutan itu, katanya, dia dilantik sebagai pengarah urusan dan salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.

Bagaimanapun penglibatan Fizo bersama syarikat tersebut yang beroperasi di Damansara di sini tidak kekal lama apabila dia menarik diri beberapa bulan kemudian.

sumber : kosmo

Video penjelasan Fizo Omar mengenai hutang RM 2 juta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold