Facebook Kempen Bawa Ariff Alfian Pulang dan Komen Ariff di Akhbar Irish Times

Berita mengenai rakyat Malaysia yang berkahwin dengan kekasih gay di Ireland cukup memeranjatkan semua rakyat Malaysia, berikutan tersebarnya gambar gambar perkahwinan dipercayai pelajar Malaysia Ariff Alfian dengan gay Jonathan. Ariff yang hilang dan gagal dikesan oleh keluarganya sejak 3 tahun lepas, dia juga  bekas pelajar perubatan University College Dublin.

Dalam beberapa keping gambar itu, kelihatan lelaki memakai sut baju melayu warna hitam dan tengkolok serta bersampin, menjalankan upacara perkahwinan dengan gay dimuatnaik di laman big gay wedding project, dipercayai dua lelaki tu bernama Ariff dan Jonathan.

Ramai orang memberikan pelbagai rekasi dan komen, ada yang mengecam, ada yang mahu Ariff diselamatkan dan dibawa pulang serta berharap Ariff kembali ke pangkal jalan.

Di laman laman facebook, dan twitter, rata-rata menjadi bualan hangat dan tak kuang juga kecaman kepada Ariff serta keluarganya.

Hari ini muncul pula satu page di Facebook yang menjalankan kempen “Kempen Bawa Ariff Alfian Pulang dan Selamatkan Aqidahnya”. Sejak pukul 8 malam lebih tadi, seramai 183 orang sudah LIKE page tu.

Pejabat Perdana Menteri juga telah berjanji untuk menyiasat perkara itu, dan seorang pegawai Umno dijangka tiba di Dublin hujung minggu ini untuk memujuk Ariff Alfian pulang ke Malaysia.

Ariff Alfian pergi ke Dublin lapan tahun lepas, di bawah pinjaman boleh ubah  Petronas,

Dalam petikan berita di Irish Times,

“I feel I have been inadvertently thrust into the public eye. I just want to get by without upsetting anyone or causing any trouble. My overriding concern is for my family,”

Ariff juga menafikan yang dia sudah keluar dari agama Islam, dia menegaskan dia tetap Islam hingga ke akhir hayatnya. Dia juga menegaskan yang dia tidak pernah hilang seperti yang dilaporkan di media. Dia menetap di sana dengan secara sah di sisi undang-undang.

Walaubagaimana pun Ariff enggan memberikan sebarang komen mengenai sama ada dia ada hubungan sesama jantina.

“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,”

Dia juga selalu berhubungan dengan keluarganya tetapi mengaku yang dia tidak bercakap dengan bapanya, pesara tentera laut pegawai Rosli Haron, sejak tahun  2009 selepas berlaku perselisihan faham.

sumber: themalaysiainsider

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Facebook Kempen Bawa Ariff Alfian Pulang dan Komen Ariff di Akhbar Irish Times”

  1. APAN says:

    mengaku islam lagi tapi berbangga jadi gay…harap ada tindakan susulan dr pihak berwajib… :)
    APAN recently posted..Jyoti Amge – Wanita India Paling Kerdil Di Dunia

  2. far_east says:

    adakah mereka sudah betul2 berkahwin?

  3. akubiomed says:

    Elok mengetahui hal sebenar dari membuat spekulasi sendiri.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – #Aksi Wheelie terbaik

  4. dkny1 says:

    habis gambar yang tersebar tu gambar edit photoshop ker?? dah terpampang nama ariff dengan jonathan muka pun sebijik..nak spekulasi apa lagi ..korang pegi search la kat ggogle tu big gay wedding project ariff jonathan gambar upload september 2011 20.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold