Curi Identiti dan Remaja Amira Afiqah Jadi Mangsa Buli di Alam Siber Trauma

Saya bersimpati kepada remaja bernama Amira Afiqah, 14 tahun yang menjadi mangsa buli di alam siber oleh orang tak bertanggungjawab. Atas apa tujuan dan sebab tidak diketahui. Laporan polis telah dibuat kerana Amira Afiqah sekarang berada dalam keadaan trauma dan terganggu, takut dan tidak mahu makan. Semua gara-gara pembuat blog dengan menggunakan nama dan gambarnya.




Pembuat blog palsu tu telah mencuri gambar dan nama Amira Afiqah di Facebooknya..kemudian membuat artikel meghina artis kpop, ini telah mencetuskan kemarahan peminat kpop.


Blog palsu dengan nama http://www.budakgigirabbit.blogspot.com/ tu dibuat dengan satu entri saja sudah mendapat beribu-ribu komen..komen tu semua dari peminat Kpop yang marah dengan blogger tu yang menghina Kpop dan artis kpop. Malangnya yang jadi mangsa ialah Amira Afiqah.


Remaja2 dan blogger tu semua yang minat kpop marah dan mereka pun semua ingatkan Amira tu yang buat blog http://www.budakgigirabbit.blogspot.com/ tu.


Hentikan komen yang berniat jahat di blog itu.

Diharapkan semua remaja atau peminat KPOP jangan lah membuat komen yang berunsur ugutan atau ayat yang tak sepatutnya dah sila hentikan semua komen2 ugutan kerana ianya menyalahi undang-undang..biarpun anda tak berniat berbuat begitu.


Diulang Amira Afiqah bukan pemilik asal blog itu, dia hanya mangsa  si pencuri identiti. Hazrey, bapa saudara Amirah telah cuba menasihatkan si pencuri dan pembuat blog palsu tu tetapi tidak dipedulikan. Berani atau kurang bijak tak tau la orang ni.
Jika sudah membuatkan hidup orang terganggu dan trauma ini memang kes serius.

Komen dan sms berunsur ugutan itu salah, laporan polis telah dibuat

Bapa saudara Amirah Afiqah iaitu Hazrey di blognya hazrey.com ada menulis mengenai bagaimana remaja sekarang dan kegilaan terhadap artis kpop dan berani membuat ugutan kepada anak saudaranya yang melampau-lampau tanpa sedar ianya satu jenayah dan boleh dikenakan hukuman.



Tak kiralah kita menulis di blog, di facebook atau hantar mesej di hp dengan kata kata ugutan, dan niat jahat  semua tu SALAH.


Pengajaran dalam kes ini

Berhati hatilah apabila mengupload/memuatnaik gambar anda di facebook. Di zaman serba canggih ini, sesiapa saja boleh mencuri dan membuat identiti palsu dengan nama orang lain atau nama mangsa.

Jangan mencuri gambar  orang jangan membuat identiti palsu guna nama atau gambar orang lain.

Jangan komen /tulis dengan ugutan bunuh atau ayat ayat yang berniat jahat.

Fikirlah dahulu sebelum menulis komen.

Jangan terlalu percaya pada apa yang ditulis dan jangan mudah menjatuhkan hukuman.

Jangan mudah tertipu dengan gambar atau identiti di alam siber, contohnya berkenalan di facebook dengan hanya lihat gambar cantik atau nama yang sedap..hati2 ye.

Kepada ibu -bapa semua silalah pantau apa yang anak anda buat di dalam komputer, di facebook akaun dia, di wall facebook anak anda. Takut2 anak anda membuat ugutan kepada orang lain.



sedikit petikan luahan ibu Amira

Salam & sejahtera untuk semua. Setelah melalui beberapa jam yang amat memeritkan, memilukan & menyedihkan buat kami sekeluarga terutamanya untuk anakanda kami Amira Afiqah yang teraniaya, malam ini kami sedikit merasa lega.Terimakasih adinda kami Zulhazri. Sebagai ibu kepada Amira hanya kepada Allah SWT sahajalah tempat kami berserah, berdoa & sokongan dari ahli keluarga, sanak saudara serta sahabat handai sajalah yang menjadi kekuatan buat kami.

Bayangkanlah bagaimana terkejutnya anak saya pada jam 5.30petang 7/12/2011 apabila mengetahui seseorang telah mereka cipta sebuah blog menggunakan nama dan fotonya yang dicuri dari laman web sosial Facebooknya?Bayangkan pula bagaimana perasaan kami sebagai ibubapa kepada Amira apabila membaca komen-komen yang cukup ‘manis’ & ‘beradab’ dari penyokong-penyokong K-POP yang menganggap blog itu benar-benar rekaan dari tangan ‘kreatif’ anak saya?

Maaf juga kerana saya tidak dapat menghentikan kutukan demi kutukan dari peminat yang kegilaan K-Pop itu dari terus menghentam anak saya yg tidak bersalah, WALAUPUN saya telah berusaha secara baik memohon kepada mereka melalui catitan di dinding Facebook Amira dan saya. Sebaliknya mereka menuduh dengan pelbagai tohmahan, mencabar kami dan kredilibiti pihak polis dan mempertikaikan Undang-undang Negara.

Mereka bersatu hati menghentam anak saya SEORANG ! Anak saya bukan artis, selebriti, ahli politik atau tokoh yang terkenal. Dia hanyalah seorang gadis berusia 14 tahun, menurut dan mendengar kata kami, seorang pendiam, disayangi teman-teman di sekolah, meminati siaran kartun dan salah seorang peminat K-Pop juga tetapi bukan terlalu taksub dengan laman web sosial facebooknya jauh sekali memiliki blog! Apatah lagi email dan password anak-anak saya turut saya ketahui untuk dipantau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

14 Responses to “Curi Identiti dan Remaja Amira Afiqah Jadi Mangsa Buli di Alam Siber Trauma”

  1. apaadapdnama says:

    ni mesti org dengki dgn amira ni takpun orang yang nak main2 nak tengok kemarahan peminat kpop

  2. shee says:

    kesian si amira ni tak pasal2 jadi mangsa

  3. amnn says:

    budak2 punye keje la ni, mak bapa tak ambil tau pulak..facebook kat cc kat sekolah semua ada internet skrg

  4. kakyong says:

    harap2 segera selesai masalah ni & dpt ditangkap pembuat blog tersebut..

    sbb tu penting nya buat watermark pada gambar..
    kakyong recently posted..Review blog Infonewbie

  5. saya ada baca jugak blog REKAAN itu sebelim tahu ia hanya rekaan. Saya menyangka ia benar dibuat oleh AMIRAh, tetapi nak tau apa saya komen? saya cakap saya sokong apa yang “amirah” ni tulis (sbb saya pun tak suka KPOP) dan cakap kepada pengomen yang lain, biarlah dia nak tulis apa pun sbb ini blog dia. (masa tu tak tau ini hanya blog rekaan orang lain.

    saya tak ada masalah kalau betul pun ia blog dari AMIRAH, dia nak tulis apa pun biarlah.

    saya ada masalah dengan peminat obses KPOP, lawak je baca komen diorang macam orang tak ada akal. Patut tangkap sekor sekor haha bwk g balai.

    tapi baru tau ia rekaan dari orang bertanggungjawab, so orang yang menganiaya AMIRAH pun salah jugak. tgk satu famili trauma… ni semua akibar komen si obses KPOP> adoihai…

  6. yas says:

    Nak tergelak aku baca komen bebudak kpop tu…beribu2 lemon masuk kebanyakkannya tak cukup akal….hahaha
    yas recently posted..Cara Dapatkan Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia RM500

  7. amirulfaiz says:

    Kasihan, minta dijauhkan dari dibuli di alam siber. Kepada si pembuli, di dunia anda bebas. Di akhirat… Mohon maaflah dari Amira.
    amirulfaiz recently posted..Abah tak sihat

  8. titan says:

    pehh..ada juga orang macam ni rupanya,..
    titan recently posted..Tinggi-tinggi kelapa sawit.

  9. APAN says:

    ada gak kes penyamaran mcm ni…semakin bahaya skang…nasib budak tu la…syg sngat kat kpop.haha…
    APAN recently posted..Alexa, Tiada Pendidikan, Azhar Idus Hina Islam Dan Brunei

  10. jenis yang sangat murah perkara yang dilakukan orang this.Facebook harus mengharamkan mereka untuk seumur hidup mereka dan ia s suatu kesalahan dan oleh itu rakyat harus dihukum yang berada di belakang akta ini.

  11. Oh! budu says:

    wah.. ade rupanya kes camni.. jahat nya diorsang.. haishh.. x baik ckp gitu..
    Oh! budu recently posted..Ranking PMR 2011 MRSM dan SBP

  12. wandisini says:

    masa aku baca ni tadi aku ke blog tu. ada 2203 komen. pergh hebat..
    entry pendek je..kutuk pasal kPop. tapi komen banyak gila. aku punya blog penuh dengan ilmu dunia yang boleh dimanfaatkan pun tak ada orang nak jenguk sangat.
    kalau aku kutuk artis Kpop juga boleh tak?hehe..

    fan kPop kat malaysia ni naka gaduh-gaduh kenapa?artis kPop sana tu belum tentu kenal korang. baik minat dengan artis malaysia je, untung-untung boleh di bawak melancong ke paris ke.haha…
    wandisini recently posted..Kelakuan Teruna dan Dara Atas Motor

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold