Pelakon Catriona Ross 31, yang popular dengan drama Mek Salmah Dari Scotland kini semakin aktif berceramah dan melakukan aktiviti dakwah islamiyyah sejak bertudung. Dia berkongsi pengalaman dengan membuat ceramah motivasi bercerita tentang perubahan dirinya kepada orang ramai. Namun begitu segala aktivitnya dicemuh dan mengundang fitnah lain, ada yang beranggapan dia hanya ustazah jadi-jadian, termasuk tohmahan menyertai parti politik PAS.
Sejak Catriona Ross bertudung dia kehilangan kawan rapat dan dipandang serong.

Dalam Program Bual Bicara Hijrah-Antara Usaha atau Hidayah Sempena Majlis Budaya Ilmu Perdana Maal Hijrah 2011 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Catriona ditemui wartawan, ikuti apa kata Catriona:
“Rakan-rakan rapat saya yang dulu sentiasa bersama juga hilang entah ke mana. Ada juga yang menuduh saya masuk politik kerana saya banyak terima undangan majlis motivasi dan ceramah.
“Ada juga rakan-rakan dalam bidang hiburan sendiri yang menggelar saya ‘ustazah jadi jadian’ ekoran perubahan drastik yang saya lakukan selepas tampil bertudung di khalayak,”
“Melalui pembacaan ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan ilmu agama saya dan apabila bercakap saya bukan bercakap kosong tetapi ada fakta yang menyokongnya.
“Saya tidak mahu menjadi individu yang hanya menutup aurat tetapi tiada ilmu. Sebab itu saya banyak membaca al-Quran dan kitab berkaitan agama untuk memperoleh lebih banyak pengetahuan,”
“Insya-Allah jika tiada masalah, saya akan mula menulis buku itu tidak lama lagi,”
Catriona redha dengan dugaan ini apabila difitnah dan dilemparkan dengan pelbagai tuduhan, dia mengganggap itu semua dugaan dalam berhijrah ke jalan Allah.

Video Catriona Ross dan Ustaz Riduan Mohd Nor
Boleh tengok ni nak tau betul ka dak Catriona Ross duk ceramah politik.. dia pandai berceramah pandai berlawak, siap cakap urdu lagi..hehe
Video atas Catriona cerita kemalangan yang membuatkan dia mendapat hidayah dan kembali kepada Allah
Semoga Catriona tabah menghadapi dugaan dan cabaran ni dalam berdakwah. Pada yang buat fitnah tu, kalau tak mau ikut ke arah kebaikan..tak payah lah nak menambah dosa lagi..sudah-sudahlah..
December 5th, 2011
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 

pelik…patut di puji plus bagi galakan ke..ni nak dicemuh pulak…hmmm…
papa mifz recently posted..Mifz Berkaca Mata Hitam
erm…x cam lagi la.bagus la dah berubah.tapi ada lak mulut yg mengata gak ye…
APAN recently posted..Ulama Iran Membenarkan Pembedahan Tukar Jantina
padan la jg muka ko..dulu sebelum eksiden x pena pla timbul nama noorhayati..da terasa seksa separuh mati baru mention nama noorhayati..apa la plak….
adalah baik kita mendoakan org..bukan menempelak balik orang tu.
Kita ni hidup na dptkan redho Allah..dan bukannya redho manusia..
renung2 kan lah..dan selamat beramal..
MDHAFiZ.NET recently posted..WordPress Tutorial : How To Get Free Akismet API Key
cara dia ceramah ok jer, malah mampu jadi icon utk bawa terutama wanita muda utk jadi lebih baik
Juan recently posted..Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda TUDM
bila buat baik.. ada je yang nak dengki..
sabree hussin recently posted..Nak Rezeki Yang Banyak? Bekerjalah…
kalau daia masuk mana-mana parti..mesti ramai orang hentam dia macam bob lokman.
ohcikgu recently posted..Tampil Yakin Ke Seisi Temuduga