Biodata Tasha Shilla

Tasha Shilla semakin popular, wajahnya selalu muncul di kaca tv, selalu memegang watak utama dalam drama drama. Setakat ni belum ada gosip liar yang kita baca pasal Tasha Shilla. Dia boleh watak jahat/antagonis atau watak gadis baik dan ayu. Dia jadi adik yang jahat dalam drama Sahara kan, kemudian jadi gadis bertudung dalam drama Ramadhan terakhir, sekarang drama yang semakin popular Bunga April pulak dan petangnya dalam Tentang Dhia pun ada muka Tasha Shilla. Laku betul ye..

Sikit biodata Tasha Shilla

Tasha pernah bekerja sebagai Eksekutif Kanan Jualan di butik jenama Mewah, Prada sebelum menceburi bidang lakonan.

Nama sebenar: Natasha Sheila Abd Razak

Umur : 24 tahun

Asal: Ampang, Selangor

Status : Bujang

Adik beradi: Anak sulung dari 3 adik beradik.

Kerjaya: Model dan Pelakon

Filem lakonan Tasha : Ratu The Movie dan Klik 3GP

Drama : Dottie, Gemilang, Sahara, Panggilan Arwah, Sejundai, Cinta Dalam Botol, Mila Kejar Cinta, Ramadan Terakhir dan slot Samarinda, Bunga April, Tentang Dhia.

Apa kata Tasha Shila apabila dia diakatan seorang yang sombong dan mengejar lelaki kaya?

“Orang fikir saya sombong mungkin sebab raut wajah yang tajam dan serius ini. Sudah banyak kali saya dengar orang cakap saya sombong terutama apabila saya tidak senyum pada orang.

“Hakikatnya, saya bukanlah seperti tanggapan negatif orang itu. Justeru, saya berharap orang jangan mudah berprasangka buruk jika tidak kenal siapa diri saya.

“Pada masa sama, saya terus berusaha membetulkan tanggapan negatif orang itu. Saya yakin Tuhan bersama pihak yang benar dan saya juga tidak kecewa dalam bidang seni apabila perkara seperti ini timbul,”

“Sebenarnya, saya boleh berkawan dengan sesiapa saja tapi memang ada peminat
di kalangan orang kenamaan. Tapi cukup setakat berkawan saja, tak lebih daripada itu.

“Semua pelanggan butik adalah kalangan golongan kaya dan berada. Kalau saya hendak cari golongan kenamaan, saya sudah dapat dari dulu lagi dan tak perlulah susah payah cari tapak dalam bidang lakonan.

“Orang cakap memang senang tapi mereka tak tahu pahit getir saya untuk berada pada tahap sekarang. Demi cinta pada lakonan, saya sanggup tinggalkan karier lumayan di butik demi menceburi bidang seni yang diminati bersandarkan bakat sedia ada.

“Terus terang, saya masih belum mempunyai teman istimewa lagi kerana fokus saya untuk mengukuhkan nama dalam bidang lakonan,”

“Saya percaya cerita negatif disebarkan pihak tidak bertanggung-jawab yang tidak kenal siapa diri saya yang sebenar. Ia gosip biasa yang dilalui pada pelakon baru. Apa yang penting, anggota keluarga terdekat terutama ibu bapa tidak termakan dengan gosip tidak betul itu,”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold