Biodata Cristina Suzanne (Kris Cempaka)

Pelakon baru Cristina Suzanne, 26 yang bakatnya dicungkil dalam Pilih Kasih musim 2, masih baru lagi, belum lagi banyak muncul di kaca tv, tetapi dia dikatakan bakal mengatasi nama nama wajah pan asia lain macam Diana Danielle, Maya Karin dan Julia Zeigler. Cristina akan berlakon dalam satu lagi drama dari Osman Ali, Bicara Hati, mungkin lepas ni nama dia akan meletup2.

Wajah Cristina ni sekali tengok iras iras mcm Natasha Hudson pun ada kan..

Cristina sebelum ni seorang peramugari kemudian dia terlibat dalam bidang lakonan selepas ditawarkan oleh Erma Fatima pada tahun 2004. Drama Cermin adalah lakonan pertama Cristina, kemudian terus dia jatuh cinta dengan bidang lakonan. Namun dia perlu akur yang dia tidak boleh membuat kerja dalam satu masa di mana ketika itu dia masih seorang pramugari.

Dia kemudian kembali ke bidang lakonan selepas menamatkan kontrak bersama syarikat penerbangan pada 2009. Dia menghadiri sesi uji bakat Pilih Kasih pada 2010 selepas dipaksa oleh ibunya sendiri.

Darah seni diperoleh daripada neneknya yang dulu adalah penari di istana dan emaknya pula seorang penari kebudayaan. Tetapi Cristina lebih berbakat dalam lakonan.

Kenapa tukar nama dari Kris Cemapaka kepada Cristina Suzanne?

Dia menggunakan nama Kris Cempaka dalam rancangan realiti Pilih Kasih musim ke 2. Namun sebaik tersingkir daripada program itu, Cristina memilih untuk kembali menggunakan nama sebenarnya yang menyimpan banyak nostalgia pada dirinya. Nama Kris Cempaka tu diberikan oleh pihak Pilih Kasih untuk tujuan dikenali.

Stockstill pula adalah nama keluarga sebelah ayahnya yang berasal daripada Jerman, namanya Joseph P Stockstill.

Drama Bicara Hati lakonan Cristina Suzanne

Biodata Cristina Suzanne

Nama: Cristina Suzanne Stockstill
Panggilan: Cristina
Tarikh Lahir: 22 Januari 1985
Usia: 26 tahun
Keturunan: Melayu/Jerman
Agama: Islam
Drama: Kasih Najihah (TV9), Dia Bukan Maryam (TV9), Cermin Pada Bulan (TV3), Bicara Hati (akan datang)
Filem Bebas: Kil (2011) dan My Indie Rock Darling (2006)

Tinggi : 168 cm

Tempat kelahiran : Johor

Kerjaya dulu: bekas Peramugari (2003 -2009)

Minat: Mendaki, berkhemah, fotografi

Suka muzik :Coldplay, A Fine Frenzy, Camera Obscura, Ruth Sahanaya, Julie London, Sheila Majid, Acker Bilk, Cesária Évora, Broken Social Scene

Gambar Cristina Suzanne

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Biodata Cristina Suzanne (Kris Cempaka)”

  1. kakyong says:

    anak org jerman rupanya dia nih… meletup la drama Bicara hati nanti..
    kakyong recently posted..Novel Bicara Hati online

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold