Astro Lancar Satelit TV Percuma NJOI

Menjelang suku pertama tahun 2012, Astro akan mengedarkan 50,000 buah dekoder dan piring satelit NJOI kepada peserta program eKasih. TV percuma NJOI adalah  bertujuan untuk menyediakan rancangan berunsur pembelajaran, hiburan, maklumat dan sukan secara percuma.

Pada majlis pelancaran NJOI hari ini, turut hadir ialah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum dan Pengerusi Astro Datuk Badri Masri

NJOI mempunyai 3 fasa semuanya.

Fasa pertama Astro menyediakan dekoder percuma bagi golongan yang miskin atau tak berkemampuan.

Fasa kedua pula dengan pelanggan boleh membeli dekoder dan piring, memasangnya dan mula menikmati perkhidmatan berkenaan.

Fasa ketiga fasa ketiga pula, pelanggan NJOI boleh memilih sama ada membeli kandungan tambahan mereka sendiri, daripada menu produk dan perkhidmatan menerusi mekanisma prabayar, yang akan disediakan menjelang pertengahan 2012,

Antara saluran satelit TV percuma NJOI :

Penonton boleh menonton 37 perkhidmatan TV dan radio seperti Astro Tutor, Astro Vanavil, Astro Prima, Astro Oasis, Astro Awani, Bernama TV, Astro AEC, Jia Yu, Makkal TV, iView, iMus, TVi, TV1 dan TV2.

Sumber : bernama

Tengok dari saluran saluran ni kebanyakan memang dah ada di channel yang biasa kita lihat dan sememangnya percuma, cth tv1 , tv2, tv3, nt7, tv9. Selainnya saluran Astro berbayar seperti Prima Oasis, Awani, Bernama TV dan lain2.

Mungkin ni cara astro nak masuk ke kawasan kawasan luar bandar, pedalaman yang susah nak dapat siaran yang jelas. Mungkin jugak ini strategi astro untuk mempromosi lagi siaran siaran mereka..kita tunggu aje dan lihat perkembangan nanti.

Apakah akan ada juga saluran tv 1Malaysia, di mana kerajaan akan dapat mendekati rakyat dengan lebih luas lagi serta menyalurkan maklumat kepada kawasan -kawasan yang tak sampai tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Responses to “Astro Lancar Satelit TV Percuma NJOI”

  1. titan says:

    benda bagus, benda baik. Aku terima aje. haha..
    titan recently posted..Jangan nak main-main dengan aku.

  2. posh76 says:

    bagus jugak untuk yg berpendapatan rendah…tp byr bulanan camno
    posh76 recently posted..Ct Elly’s 4th Blog Anniversary GA !!!

  3. akubiomed says:

    Kawan saya sudah telefon Astro mengenai pembelian dekoder Njoi belum ada harga untuk penjualan dekoder dan caj pemasangan kena tunggu awal tahun hadapan
    akubiomed recently posted..Disebalik negara Korea Utara

  4. yas says:

    Hmmm…aku kalau mende2 free laju jerr…tp nampak gayanya tak merasa kot…hehehe
    yas recently posted..Pemasangan Tali Pinggang Percuma – Khas untuk pemilik Proton

  5. hafizmd says:

    Bagus jugak idea ni. Moga perlaksanaannya juga bagus.

    Astro Oasis antara yg amat bagus =)
    hafizmd recently posted..Wordless Wednesday #4 Terbang tinggi-tinggi

  6. tuan tanah says:

    hehhehe…..adakah ini saingan Unifi….;)
    tuan tanah recently posted..Suarez digantung 8 perlawanan

  7. yuni says:

    sekolah tanjung batu darat hebat dan juga pandai kuaye & tarian huhuhuuhuhhuhuuhhuhu jangan cemburu degan sekolah tanjung batu

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold