Anak Didie Alias Dapat 8A PMR

Keputusan PMR telah  dimumukan pada Khamis lepas, tentu ramai jugak pelajara PMR yang telah mendapat keputusan yang cemerlang ye. Pelakon dan pelawak Didie Alias pun bangga dan gembira apabila anak remajanya yang jugak mengambil peperiksaan PMR mendapat 8A dalam keputusan yang diumumkan baru2 ni.

Didie Alias berkata kejayaan anaknya dalam PMR yang diumumkan Khamis itu bagaikan pengubat kepada semua hasil penat lelahnya selama ini.

“Ketika nama Nur Dinie diumumkan di dewan Sekolah Kebangsaan Bukit Indah, Ampang, saya sendiri terkejut dan tidak percaya kerana hanya tiga orang sahaja yang diumumkan mendapat 8A.

“Sebagai seorang ibu sudah tentu ada perasaan bangga dan ini merupakan hadiah paling istimewa buat saya. Biar apa juga orang ingin kata tentang saya namun kejayaan ini membuktikan saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dengan baik,”

Ditanya tentang kunci kejayaan anaknya, Didie berkata dia sentiasa memantau pembelajaran setiap anaknya biarpun sibuk dengan kerjaya.

“Saya tidak nampak dia belajar 24 jam tetapi saya yakin dia menumpukan perhatian sewaktu di sekolah selain mengikuti kelas tambahan di luar waktu sekolah.

“Sebagai ibu sudah tentu saya pantau setiap perkembangan persekolahan dan prestasi akademiknya dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Sementara itu, jelas Didie dia masih belum merancang sebarang hadiah sebagai ganjaran atas kejayaan tersebut.

“Saya tidak janjikan apa-apa pada dia dan dia juga hanya minta doa dari saya untuk berjaya cemerlang PMR ini,” katanya.

Selain Nur Dinie, Didie juga mempunyai empat lagi cahaya mata hasil perkahwinan pertamanya dengan pelakon Ridzuan Hashim iaitu Nur Dania, Muhammad Daniel dan Nur Diyana dan Nur Dayini.

sumber : mstar oline

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Anak Didie Alias Dapat 8A PMR”

  1. akubiomed says:

    Ibu mana tidak bangga kalau anak dapat keputusan yang baik.
    akubiomed recently posted..Update ringkas: Baby Aslah terkena Febrile

  2. kopipanas says:

    bertuah dapat anak bijak
    kopipanas recently posted..Azwan Ali Mengamuk Dengan Adlin Aman Ramli Pulak?

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold