35 Peminat Tiz Zaqyah Kena Tipu Program Cuti Cik Qyah

Seramai 35 orang peminat Tiz Zaqyah kecewa apabila ditipu oleh pihak penganjur rombongan Percutian Cik Qyah. Rombongan Cik Qyah dikatakan dirancang sejak Mac lalu untuk pergi bercuti ke Perth Australia. Kegagalan itu dikatakan berpunca daripada kegagalan perunding yang juga ahli kelab peminatnya menunaikan janji.

Mereka terkandas di lapangan terbang dan baru menyedari mereka telah ditipu. Sepatutnya program itu berlangsung pada 22hb hingga Ahad ini.

Tiz berkata, program itu diuruskan seorang daripada ahli kelab Tiz Zaqyah Razak Fan Club (TZRFC) membabitkan pembayaran keseluruhan lebih RM60,000 selepas setiap peserta dikehendaki membayar RM1,700 dan RM1,900.

“Saya hampa, kesal serta bersimpati dengan ahli kelab peminat dari Brunei dan Singapura semata-mata turut serta percutian ke Perth. Namun, kami ditipu perunding percutian yang juga ahli TZR FC sendiri.

“Ia bukan isu kecil kerana membabitkan wang dalam jumlah banyak sehingga kami buat laporan polis. Saya tidak boleh komen apa-apa ketika ini dan menyerahkan kepada polis,”

Berita Awani pagi ini melaporkan, pihak terbabit yang bertanggungjawab menrancang percutian itu telah pun melarikan diri.
Tiz Zqyah melalui facebooknya telah mendedahkan wajah orang yang bertanggungjawab dalam program itu sekali dengan gambar passport. Orang dikenali sebagai Kak Sherry di’kalangan ahli kelab peminat Tiz Zaqyah.



p/s: ada drama komedi cik kiah mai pulak..tapi ni kisah drama kena tipu oleh cik qyah..tapi bukan cik kiah rozita che wan..kesian2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “35 Peminat Tiz Zaqyah Kena Tipu Program Cuti Cik Qyah”

  1. akubiomed says:

    Malang sungguh kerana duit percutian di kapur begitu sahaja.
    akubiomed recently posted..Program Perjalanan Selamat 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold