10 Perkara Pelik Mengenai Facebook Yang Anda Nak Tahu

Facebook, facebook, anda tahu apa tu? Anda guna facebook atau FB? Jumlah pengguna facebook di Malaysia kini hampir kepada 12 juta. Wow! banyak tu. Ada yang berjumpa jodoh di FB, ada jugak yang bercerai kerana FB dan tak kurang jugak yang ditipu di FB :)

Ini ada beberapa benda atau perkara yang agak pelik  mengenai facebook..yang ni berlaku di luar negara. Mungkin boleh dijadikan pengajaran..


Perkara 1.

25% pengguna FB ditinggalkan kekasih melalui FB.

Kajian kaji selidik pada tahun 2010 ke atas 1000 pengguna Facebook, mendapati 70 %  ialah lelaki, dan dari jumlah itu 25 % telah ditinggalkan oleh kekasih mereka.

21% pengguna akan mengemaskini status mereka kepada ” single”  jika ingin memutuskan perhubungan.


Perkara 2

Facebook tidak membenarkan gambar ibu sedang menyusu badan dimuatnaik.


Facebook tidak ada masalah dengan gambar penyusuan badan yang dimuatnaik oleh pengguna FB tetapi gambar yang menampakkan puting dianggap telah melanggar polisi dan gambar tu boleh dibuang oleh pihak FB. Isu ini telah menimbulkan kemarahan kepada golongan wanita yang prihatin dengan hak hak wanita.

Salah seorang pengguna FB menganggap perkara ini tidak adil dan mendiskriminasi wanita keran gambar gambar yang lebih melampau dan mendedahkan tubuh badan wanita seperti memakai bikini boleh dibenarkan oleh Facebook untuk dipaparkan tanpa halangan. Bagi mereka gambar penyusuan badan bukan perkara lucah dan membahayakan kanak-kanak.

Walaupun seramai 250,000 ahli FB menyokong gambar penyusuan badan dibenarkan tetapi pihak FB tetap tidak membenarkan gambar demikian dimuatnaik.


Perkara 3

Secara purata pengguna FB ada 130 orang rakan

Korang popular macam artis atau selebriti  ke? hehe..ini kajian di luar negara, secara purata pengguna FB ada kawan seramai 130 orang, dan mereka kerap berinteraksi 4 hingga 7 orang sahaja di FB. Kalau korang rasa lebih lagi dari ini, memang glemer la korang hehe..


Perkara 4

Dari 5 punca perceraian di US, salah satunya ialah disebabkan oleh Facebook.

Kajian dibuat di US mendapati 80 % bukti kecurangan pasangan yang bercerai diambil dari laman sosial seperti FB. Pasangan menemui gambar gambar bukti kecurangan dan jugak mesej mesej yang ditulis kepada orang ketiga atau “kekasih baru”.

Ada juga disebabkan mereka bertemu kembali dengan kekasih lama dan cinta lama berputik kembali di laman FB.

Facebook menjadi punca utama dari punca perceraian itu, iaitu sebanyak 66%, diikuti dengan Myspace sebanyak 15 %, Twitter 5% dan lain-lain 14%.

Kajian selidik di UK pula mendapati Facebook ialah punca perceraian dari 20 % petisyen perceraian di UK. FB membolehkan pengguna bertemu semula dengan rakan rakan sekolah lama, atau kekasih lama jadi memang mudah untuk menjalinkan semula hubungan cinta yang lama terputus, ditambah pula pengguna FB di UK sudah menjangkau 23 juta orang.

Bukti lain, artis Eva Longoria pelakon dari siri Desperate Housewives  berpisah dengan bekas suaminya Tony Parker selepas dia mendapati suaminya berhubung dengan wanita di laman FB.


Perkara 5.

Gambar pelakon Al Pacino ialah gambar pertama muncul di FB.


Gambar pertama yang muncul setiap kali pengguna nak log in di facebook (pada awal-awal Facebook muncul dulu iaitu tahun 2007..sekarang dah lain wajah FB) ialah gambar pelakon Al Pacino, gambar lelaki berwajah biru yang merenung anda.

Gambar Al Pacino dalam logo itu,  dicipta oleh rakan kepada Zuckerberg, dan seorang lagi rakan sekelas Andrew McCollum.


Perkara 6

Seorang lelaki ditangkap kerana mengajak anak perempuannya melakukan seks melalui Facebook.


Ini merupakan jenayah paling teruk, apabila seorang bapa John Forehand berusia 39 tahun ditangkap kerana mengajak anak perempunannya yang berusia 13 tahun melakukan seks di laman FB. Dia meletakkan namanya sebagai “Bad Daddy”, kejadian ni berlaku di Pennsylvania.

John memberitahu di laman FB dia telah bermimpi sesuatu tentang anaknya dan menulis mesej yang tidak sesuai kepada anaknya di laman FB. Anaknya kemudian memberitahu ibunya dan kemudian mereka membuat laporan polis. John ditangkap kerana membuat kesalahan mengajak remaja perempuan membuat seks secara online.


Perkara  7

Burger King membuat promosi kepada pengguna FB yang sanggup membuang 10 rakan mereka rasa  tidak penting jika kehilangan profil dari laman FB. Pihak Burger King akan menghantar kupon kepada pengguna FB yang berjaya membuang 10 rakan yang tak penting atau yang tak disukai.Pihak Burger King ingin berkongsi kemarahan atau rasa tidak puas hati dengan memberi kupon istimewa.

Seronok jugak ye dapat makan burger free :)

Tetapi boleh je buang rakan dari status “kawan” kemudian letak le balik status kawan..sebab nak makan free tipu pi la :)


Perkara 8

350 juta pengguna FB menderita Ketagihan Facebook atau FAD

FAD ialah singkatan dari Facebook Addiction Dissoder yang diberikan oleh pakar psikologi Amerika kepada golongan yang tidak dapat mengawal keinginan “berfacebook” dalam kehidupan mereka.

Kesan yang paling jelas dilihat ialah kehilangan produktiviti, tidak dapat menumpukan perhatian, pengasingan dan kemurungan. Pengguna FB tidak sabar sabar untuk melihat atau menulis dan bertindak balas di lama sosial itu, menggunakan FB untuk berinteraksi dengan selebriti pujaan, dengan rakan -rakan tanpa mengira waktu dan masa. Golongan remaja selalunya lebih teruja dan keterlaluan dalam penggunaan FB.

Simptom ketagihan FB

Mereka mulai resah apabila disekat atau dihalang dari menggunakan FB, antara simptom jelas ketagihan facebook.

Remaja mulai kurang beriadah, membuat aktiviti sukan dan keluar bersama rakan-rakan tetapi menghabiskan masa di laman FB.

Pelajar kolej kurang menelefon ibu-bapa tetapi menjadikan laman FB sebagai tempat berhubung dan bertanya kabar.

Jika berjumpa rakan-rakan baru/kenalan baru, mereka akan sebut “ada facebook tak”? nanti jumpa kat Facebook dan lain lain yang berkaitan dengan Facebook.

Mempunyai rakan-rakan palsu di fecebook, mungkin mereka ni golongan yang ketagih FB atau telah tertipu atau sengaja mempunyai rakan-rakan palsu.

Adakah anda sudah terkena FAD? :)


Perkara 9

Pelajar siswazah dan pra siswazah yang menggunakan Facebook rendah CGPAnya.

Kajian ni dibuat di Universiti Ohio pada tahun 2009, dari 219 pelajar siswazah dan pra siswazah, didapati pelajar yang  aktif dengan facebook mempunyai gred GPA yang rendah berbanding bukan pengguna facebook. Pelajar yang aktif dengan facebook mempunyai gred antara 3.0 – 3.5 berbanding pelajar bukan pengguna facebook iaitu 3.5 – 4.0.

Sebanyak 79% dari pelajar tidak percaya yang gred GPA mempunyai kaitan atau kesan dari penggunaan Facebook.


Perkara 10

Sebanyak 36 % pengguna laman sosial akan mengemaskini status di Facebook dan Twitter mereka selepas hubungan seks.


Kajian ini dibuat pada Oktober 2009 mendapati laman sosial sangat penting dalam kehidupan masa kini, hingga menyebabkan pengguna akan selalu mengemaskini status mereka walau di mana dan di dalam apa keadaan sekalipun.

36 % mengakui mereka akan mengemaskini laman facebook atau bertwitter selepas hubungan seks. 40% dari responden memeriksa laman FB mereka semasa memnadu. Lain-lain responden melakukannya di pejabat/atau tempat kerja. Selebihnya akan memeriksa FB mereka di lokasi percutian atau tempat bersantai yang mempunyai kemudahan internet.

Dari kajian kajian mengenai kepelikan FB di luar negara ni, ada jugak yang pelik2 berlaku di Malaysia ni, antara yang pelik dulu ada keluar dalam berita, gadis disantau melalui facebook dengan hanya menggunakan gambar yang dimuatnaik. Kes perceraian dan kecurangan pasangan jugak berlaku di Malaysia, tetapi tak pasti berapa peratus kes seperti itu berlaku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “10 Perkara Pelik Mengenai Facebook Yang Anda Nak Tahu”

  1. dni jarang hendap fb hehehe duk letak link belog je keje dni ;p

  2. ishh bahaya jugak Facebook ni.bergantung kepada nawaitu masing-masing utk mngendalikan FB ni, heheh :)

    JOM SINGGAH : Sanggup Curang Dengan Celcom Broadband
    D’ya Marshmello recently posted..Perempuan Tak Suka Lelaki Jealous Tak Bertempat

  3. titan says:

    haha..peliknya. peliknya.. :)

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold