Wilma Mohamad Kini Kembali Berlakon Dalam Filem 1945

Pelakon Wilma Mohamad sudah hampir 11 tahun menyepikan dari dari dunia seni selepas berkahwin dengan Mahir Effendi Bin Mahmud meninggal dunia diusia 37 tahun kerana serangan jantung. Wilma 38, tidak menyangka akan diberi peluang untuk berlakon semula. Selepas dia menjadi ibu tunggal, Wilma menyara 2 orang anaknya dengan membuat bisnes jual kek di rumah. Selepas itu dia bekerja sebagai pegawai pemasaran di syarikat Dalmar Hasil. Dia berjumpa dengan seorang produser filem yang ingin mengambil dia berlakon dalam filem 1945 bersama pelakon Faizal Hussein dan Yank Kassim, Zed Zaidi, Geena Azliena dan Murad Zaidi. Pengambaran filem 1945 akan dimulakan pada awal 2012.

Wilma pernah berlakon filem watak utama dalam filem Ghazah Untuk Rabiah serta watak pembantu dalam filem Pasrah lakonan Norman Hakim & Erra Fazira, sekitar 10 tahun lalu. Satu ketika dahulu, peminat akan mengenali Wilma kerana dia berani menampilkan imej seksi. Wilma kini bukan lagi dengan imej seksi tetapi bertudung. Dalam poster filem 1945 Wilma masih kelihatan bertudung.

Diharap Wilma masih dapat kekalkan imej bertudung ini walaupun menceburi dalam bidang seni.

Cerita Wilma:

“Selepas berkahwin, saya terus berhenti berlakon bagi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada keluarga. Saya memilih untuk berhenti berlakon kerana ia adalah masa bagi saya untuk berubah dan menjalani kehidupan baru sebagai surirumah sepenuh masa.

“Ikutkan hati memang tak nak berlakon dah. Namun, kita tak tahu masa depan kita, tiba-tiba saya dapat tawaran ini daripada seorang kenalan lama. Pada mulanya saya ragu-ragu, namun setelah bertanyakan kepada keluarga dan anak-anak mengenai perkara ini, mereka semuanya bersetuju.

“Saya juga melakukan sembahyang Istikharah dan selepas mendengar kata hati saya, akhirnya saya menerima tawaran ini,”

“Sebab utama saya terima filem ini adalah kerana jalan ceritanya yang bagus dan lain dari filem yang pernah saya berlakon sebelum ini. Lagipun, rindu untuk berlakon itu masih ada. Saya sebenarnya agak berdebar sebab dah lama tak jumpa media dan berlakon depan kamera. Saya rasa kekok sangat. Walau bagaimanapun, saya rasa teruja sangat dapat kembali dalam dunia lakonan selepas 11 tahun berehat.”

Poster filem 1945 (hujung sekali)

Wajah terkini Wilma Mohamad, masih jelita dan slim :)


Gambar Wilma Mohamad dan arwah suaminya Mahir Effendi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Wilma Mohamad Kini Kembali Berlakon Dalam Filem 1945”

  1. Ummi Hanie says:

    moga kekallah brtudung tu…

    sian ye dah janda…mude lg …

    tp dulu tudungnyer labuh..xpelah..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold