Video dan Gambar Kemalangan Terburuk di UK Melibatkan 34 Kenderaan

Kemalangan terburuk berlaku di lebuhraya Taunton di Somerset kira-kira 70km dari barat daya Bristol, England. Kira-kira 34 buah kenderaan remuk, 51 orang cedera dan 7 orang lagi maut. Kemalangan ngeri di UK ini melibatkan van, lori, kereta dan trak besar berlaku pada Jumaat kira-kira jam 8.45 malam.

Polis berkata banyak lagi pemandu yang terperangkap di dalam kenderaan yang terbakar di tempat kejadian. Beberapa kenderaan terbakar dan tidak dapat dicam. Cuaca buruk dan berkabus, serat jalan yang basah mungkin menjadi punca berlakunya kemalangan ngeri tersebut. Laluan lebuhraya akan ditutup sehingga Ahad ini, sementara itu 15 trak pemadam api dikejarkan ke tempat kejadian.

Saksi berkata, kemalangan terburuk di UK itu telah menggegarkan tingkap rumah penduduk yang tinggal berdekatan lebuhraya. Pihak polis berharap orang ramai yang ada merakamkan kemalangan itu melalui telefon bimbit dapat bekerjasama dengan pihak polis untuk membantu siasatan.

sumber: cnn

Bayi 18 bulan diselamatkan dari dalam kenderaan yang terhimpit (petikan dari bbc news)

Saksi Tom Hamill, 25, dari Wells, Somerset, menceritakan bagaimana beliau membantu seorang wanita dan anaknya dari dalam kenderaan yang terhimpit dan remuk itu.

“Saya memanjat keluar dari kereta dan perkara pertama yang saya dengar adalah seorang ibu menjerit  meminta saya menyelamatkan bayinya yang berusia 18 bulan dan memberitahu yang suaminya terperangkap di dalam kereta.”

Hamill berkata dia dapat mendengar bunyi kereta merempuh belakang lori dengan kuat. Sebuah kereta yang memotong mereka dengan kelajuan sekitar 60 hingga 70 km sejam telah merempuh lori dengan hentakan kuat. Hamill berjaya meyelamatkan diri apabila dia memperlahankan kenderaannya ketika itu.

Gambar

Video berita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Video dan Gambar Kemalangan Terburuk di UK Melibatkan 34 Kenderaan”

  1. yas says:

    depa ni jrg2 eksiden…tp bila jadi jerr…tu diaa sampai 34 buah la plak…..
    yas recently posted..Selamat Hari Raya AidilAdha

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold