Tentang Dhia Slot Akasia Tv3

Slot Akasia baru Tentang Dhia bakal menyusul pada 9 November ni lepas tamat cerita Sofiyya. Dah tengok promo kat tv3, ada pelakon Ady Putra dan Nora Danish, jadi diorang ni le pelakon utama Tentang Dhia. Macam familiar je dgn tajuk drama ni kan. Rupanya ada satu novel tajuknya Tentang Dhia..mungkinkah drama ni adaptasi dari novel cinta ini? Macam ye je..hehe..

Novel Tentang Dhia ditulis oleh Syud atau Syuhada penulis muda yang berbakat besar. Ramai pembaca dan peminat novel, memuji muji cara olahan cerita dan cara penulisan Syud yang santai dan dapat menghidupkan watak dalam novelnya.Biarpun novel cinta ceritanya lebih kurang sama, bak kata orang klise, tapi lain penulis, lain pulak gaya penulisannya.

OK sudah Update SINOPSIS PENUH  TENTANG DHIA (baca sini)

Kita cerita sikit dulu le pasal Tentang Dhia versi novel, sebab sinopsis drama tak ada lagi..


Dalam novel ada watak hero bernama Azril Mustaufi (berbelit lidah nak sebut) dan heroin pulak nama Dhiya Nurlisa. Kisah cinta remaja, mula mula jumpa diorang ni tak berapa suka antara satu sama lain kemudian ada le sebab sebab tertentu yang membuatkan diorang kemudian jatuh cinta..memang klise untuk kisah cinta hehe..

Dhiya dan Azril belajar di IPT kena bekerjasama untuk menyiapkan satu kertas kerja dalam kumpulan selepas ditugaskan oleh pensyarah mereka. Bibit-bibit cinta memang sudah berputik tetapi kerana keegoan masing-masing mereka memendam perasaan.

Kenapa Dhiya benci sangat kepada Azril? Bagi Dhiya, Azril (pelajar arkitek) ni selalu bawa masalah dalam kumpulan, tak datang diskusi, ambil mudah atau sambil lewa sebab kertas projek tu hanya elektif saja buat pelajar arkitek. Namun Azril punya alasan sendiri kenapa dia berkeadaan begitu.

Ok cerita sikit pasal diri Dhiya ni, dia  gadis yang melalui hidup yang banyak dengan kisah sedih dan Dhiya berperwatakan agak “beku”. Dari sisi lain, Dhiya seorang yang tabah, keras hati, rajin belajar dan bersemangat tinggi. Azril datang dalam hidupnya membawa bermacam macam rencah hidup dan memberi pengajaran yang tak dapat dilupakan.

Lepas habis belajar, mereka membawa haluan masing2, Dhiya ke Swiss untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat master. Apabila pulang ke tanahair mereka bertemu kembali dan cinta kembali bertaut. :) Banyak adegan adegan dan peristiwa kebetulan yang selalu mempertemukan mereka :) hehe klise jugak..

Memori tentang diri masing masing masih kuat dalam ingatan, mereka saling ingat mengingati, tapi siapa dulu yang hendak melafazkan isi hati yang terbuku selama ini..cewahh!!

Menarik je jalan cerita dalam novel Tentang Dhia ni..bagaimana pulak drama di tv nanti..menarik atau tak..kena tunggu 9 November nanti di TV3  7 – 8 malam. Pelakon Ady Putra, Tasha Shila dan Nora Danish.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

12 Responses to “Tentang Dhia Slot Akasia Tv3”

  1. [...] Ohh kejap! Kalau korang nak tahu drama terbaru akan datang ni daripada cerita adaptasi daripada Novel Tentang Dhiya hasil karya penulisan daripada Syud @ Syuhada. Kalau korang nak tahu serba sedikit info mengenai Novel Tentang Dhiya ni korang boleh singgah sini.. [...]

  2. Mejuez says:

    Tak sabar nak tgk tasha shilla berlakon dalam drama ni.. ehehe

  3. puanbee says:

    dah baca ke novel tu nuriz ? memang cepat dan tangkas lah dia heheh

  4. kopipanas says:

    ada nora danish le, KP suka jgk Nora berlakon hehe

    Video Britney Spears menari seksi atas riba Jonas di London
    http://kopipanas2u.blogspot.com/2011/11/video-britney-spears-menari-atas-riba.html

  5. dya says:

    tadi baru tgk promo kat tv..macam best gak la..kalau ikut novel tu memang lagi best sebab da baca da novel tu..tapi novel tu da lama da kuar..

  6. yana says:

    jemari seni kata ni bkn adaptasi dr novel 2…klu ada persamaan wallahualam..ejaan nama pun xsama

  7. kakyong says:

    baca di blog cikgu dahlia.. katanya memang bukan adaptasi dr novel tu..

  8. Myvitrd says:

    baru start tengok semalam.. Boleh layan dekat sini juga kalau tertinggal

    http://sedutje.blogspot.com/2011/11/download-slot-akasia-tv3-tentang-dhia.html

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold