Tempat Menarik Musim Cuti Sekolah: Zoo Negara, Muzium Negara dan Planetarium Negara

Jom cuti cuti Malaysia. Musim cuti sekolah semakin tiba, antara tempat menarik dan menjadi pilihan ibu-bapa dan rombongan sekolah membuat lawatan ke Zoo Negara, Muzium Negara, Planetarium Negara dan pelbagai lagi tempat bersejarah dan yang memberi pengetahuan kepada anak-anak. Nak pergi pun tak la mahal sangat, nak masuk pun masih lagi jimat bagi yang nak berjimat :). Jika anda masih tercari-cari ke mana nak bawa anak-anak bercuti..

Apa kata kita pusing ke Zoo Negara, lepas tu ke Muzium Negara dan akhir sekali ke Planetariun Negara :) . Di samping kita berjalan-jalan makan angin boleh jugak mendapat ilmu pengetahuan dan baik untuk anak-anak.

Lama jugak le tak masuk ke Zoo Negara ni, selalu paling dekat pun pi ke Zoo Taiping.

Tiket masuk ke Zoo Negara:

Kanak-Kanak (3-12 tahun ) : RM 6.00 (dengan  mykid)  atau  RM 15.00 (tanpa mykid)
Dewasa 12 tahun ke atas:  RM 20.00 (dengan  mykad)  atau  RM 30.00 (tanpa mykad)
Warga Emas  60 tahun ke atas : RM 6.00 (dengan  mykad)  atau RM 30.00 tanpa  mykad.

OKU : Percuma

Jangan lupa bawa mykid dan mykad ye.

Melawat ke Muzium Negara.

Muzium Negara ni tempat bersejarah dan tempat pelbagai khazanah negara dikumpulkan untuk tatapan kita, antara yang paling murah tiket nak masuk ke dalam tu.

Tiket masuk : RM 2.00  boleh diperolehi di kaunter tiket.

Kanak-kanak berumur dibawah 12 tahun, pelajar berpakaian uniform sekolah : Percuma

Lepas dah penat kita berjalan -jalan di Muzium boleh le pi ke Planetarium Negara sebab kawasannya terletak tak berjauhan. Kan dah jimat tu.


Melawat ke Planetarium Negara

Bangunan Planetarium direka dengan seni bina Islam dan astronomi, membuat ia  menyerupai masjid, tetapi digabungkan dengan wajah futuristik.

Planetarium Negara dibuka sejak 1994, membawa kita meneroka alam angkasa. Pelawat boleh melihat kejadian gerhana bulan/matahari, melihat buruj-buruj bintang.


Cara nak pergi ke sana:

Hanya 10 minit saja perjalanan dari Muzium Negara jika berjalan kaki.

Jika menaiki kenderaan, dari Jalan Bangsar, menuju terus ke bulatan Stesen Keretapi KTM, belok ke kiri menuju ke Masjid Negara, dari Jalan Mahameru, belok kiri menuju Jalan Parlimen. Di lampu isyarat, belok ke kanan menuju Plenatarium Negara.

Jika menggunakan komuter KTM :  turun di Stesen Kuala Lumpur berdekatan dengan Masjid Negara


Waktu operasi :
Hari Selasa – Ahad : 9.30 pagi – 4.30 petang
Semua Cuti Umum : 9.30 pagi – 4.30 petang
Tutup Setiap Hari Isnin, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji

Tiket  masuk Space Theatre
Dewasa: RM3
Kanak-kanak  : RM2

Kanak kanak sekolah : RM1

Remaja ( 18 tahun  dan ke atas)  : RM3.00

Diskaun kepada:

Warga emas umur 60 tahun ke atas dan

Rombongan sekolah seramai  30 orang atau lebih (berpakaian uniform sekolah).

Pertunjukan/Tayanagn di Planetarium:

10 pagi – Fly to the Moon

11 pagi – Solar Storm

12 tghri – DAWN OF THE SPACE AGE

1 petang – PASSPORT TO THE UNIVERSE

2 petang – DAWN OF THE SPACE AGE

3 petang – FLY ME TO THE MOON

4 petang – SOLAR STORM

Semua tayangan ini tidak lebih dari 20 minit.

Tiada pertunjukan pada hari Jumaat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Tempat Menarik Musim Cuti Sekolah: Zoo Negara, Muzium Negara dan Planetarium Negara”

  1. zik says:

    semua tempat dah pergi…agak2 kalau pakai baju sekolah.. ada orang percaya tak… janggut n misai kena cukur..hihi

  2. akubiomed says:

    Zoo Negara sekarang kalau hendak masuk kena bayar pakej rasa rugi pula.

  3. nak pegi… nak pegi! :D
    hehe tapi dni kena kawen la pulok isk2

  4. titan says:

    emm..leh la gi nanti. hehe..

  5. masa untuk berseronok untuk children.Vacations hanya tiba dan ibu bapa akan merancang untuk tempat-tempat yang melawat .. dan akan berada dalam kekeliruan ke mana hendak pergi .. Zoo dan musiums Telaga adalah tempat yang sangat baik ke tempat-tempat visit.These tidak hanya melayanchilds tetapi juga meningkatkan pengetahuan mereka.

  6. MEKAR says:

    Ada anak nanti boleh la bawak jalan2 sini.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold