Tempat Menarik Musim Cuti Sekolah: Aquaria KLCC

Ke mana nak bawa anak-anak musim cuti sekolah ni ye, banyak sebenarnya tempat tempat menarik di Malaysia untuk dilawati, tempat bersejarah, taman tema, pulau pulau dan pantai-pantai di Malaysia yang indah2 belaka. Sediakan bajet dan aturkan masa yang sesuai untuk bercuti. Musim cuti sekolah ni Nuriz pun duk merancang jugak nak ke Aquaria KLCC. Kalau ada yang tak pernah pergi lagi ke Aquaria ni, musim cuti sekolah nanti boleh la bawa anak-anak ke sana :)

Aquaria KLCC ialah underwater park, terletak di bawah Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Luasnya 60,000 kaki persegi, ada 2 tingkat dengan panjang terowongnya 90 m. Di dalam tu beratus ratus hidupan akuatik yang dibawa dari luar atau pun tempatan.

Pelawat boleh masuk melalui terowong pejalan kaki yang disediakan, dan menikmati pemandangan dari atas seperti berada di perut laut. Boleh tengok hidupan akuatik seperti  penyu laut gergasi, ikan pari, ikan, obor-obor, piranha atau pun jerung :). Bukan senang nak tengok jerung dalam laut kan. Sambil berjalan boleh tengok jerung yang berenang-renang  hampir dengan kita. Menariknya!

Selain tu banyak acara menarik untuk kanak-kanak disediakan. Antara acara yang menarik ialah penyelam memberi ikan makan. Kita boleh menghabiskan masa 1-hingga 2 jam di sini tanpa rasa jemu.

Nak pergi ke sana mudah je, cari je KLCC :)

Masuk ke Aquaria KLCC

Dibuka setiap hari Dibuka setiap hari: 11:00pagi – 08:00malam
(Termasuk hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum)
Last masuk jam 9 malam.

Tiket masuk ke Aquaria KLCC :

Dewasa ( warga asing) : RM45

Dewasa (mykad) : RM35

Kanak-kanak umur 3- 12 tahun (warga asing) : RM35

Kanak-kanak umur 3- 12 tahun (mykad) : RM 25

Bawah 3 tahun : Percuma

Warga emas 60 tahun ke atas : RM25

Musim cuti sekolah

Masuk jam 10.30 pagi hingga 8 malam.

Last masuk jam 7.00 malam.

Sesi Memberi Ikan Makan:

Setiap hari: 11 pagi hingga  1 petang

Tak sabar nak ke sana :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Tempat Menarik Musim Cuti Sekolah: Aquaria KLCC”

  1. APAN says:

    belom penah sampai lagi aquaria…petrosains tu je penah masuk.huhu…

  2. akubiomed says:

    Sudah pergi tempoh hari tidak puas kerana rasa sekejap sangat sudah sampai penghujung. Baik pergi Pusat Sains Negara di Bukit Kiara.

  3. Foto yang bagus .. i fikir pandangan-pandangan ini akan menghiburkan untuk kanak-kanak … mereka semua akan mendapat teruja selepas menonton placeses ini ..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold