Tak lama lagi berakhir lah cerita Sofiyya dan muncul le drama baru dalam slot Akasia Tentang Dhia. Entri terdahulu saya buat pasal Tentang Dhia berdasarkan tekaan/ramalan saya sebab ada satu novel yang best jugak tajuk lebih kurang sama yang ditulis oleh Syud, tapi drama Tentang Dhia ni lain dari novel tu.
Para pelakon dalam drama Tentang Dhia (28 episod 30 episod agaknya) ni ialah Ady Putra, Nora Danish, Tasha Shila, Ako Mustapha, Izreen Asminda dan ramai lagi. Akan ditayangkan pada 9 November jam 7 malam di tv3.

Sinopsis cerita Tentang Dhia:
Bermula kisah sedih cinta tiga segi antara Dhia lakonan Nora Danish dan dua orang lelaki yang sangat dicintainya, Raffi (lakonan Irfan Roslan) dan Azmi (lakonan Ako Mustapha). Dhia dicemburui oleh Melly (Izreen Azminda) kerana Dhia menjadi rebutan dua lelaki tersebut.
Dhia seorang gadis kampung yang disukai ramai kerana perwatakan yang ayu, lembut dan cantik. Dhia sudah lama jatuh hati kepada Azmi lakonan Ako seorang anak kepada Imam di kampung dan bekerja sebagai kerani biasa saja. Manakala Raffi seorang pemuda yang berasal dari keluarga kaya dan berkelulusan dari luar negara menjadi teman rapat Dhia.
Dhia bakal melangsungkan pertunangan dengan Azmi, Raffi sedih , namun tetap redha dengan keputusan Dhia walaupun dia masih mencintai Dhia.
Kisah sedih Dhia bermula apabila Melly cuba memerangkap Raffi dengan memaksa Raffi menidurinya dalam keadaan mabuk. Melly mengandung tapi Raffi tidak mahu bertanggugjawab. Melly cuba pulak memerangkap Azmi dan akhirnya mereka ditangkap khalwat.
Dhia terkejut dan kecewa amat sangat apabila mengetahui tentang hal itu, lebih lebih lagi majlis pertunangan sudah hampir. Dhia yang jujur dan baik hati sanggup memaafkan Azmi dan mereka bertunang juga akhirnya. Melly tak mengaku kalah dia menyerang Azmi semasa majlis pertunangan dan mahu Azmi bertanggungjawab. Melly berjaya disatukan dengan Azmi tanpa kerelaan Dhia.
Dalam keadaan masih sedih mengenangkan nasibnya ,Dhia didatangi pula Zikir (lakonan Ady Putra) dalam hidupnya. Zikir seorang arkitek dari Kuala Lumpur.
Perkenalan Zikir dengan Dhia bermula apabila Zikir berkunjung ke kampung Dhia kerana Zikir menziarahi pengebumian kawan baiknya. Di situlah Zikir jatuh cinta pandang pertama dengan Dhia. Zikir sebenarnya digilai oleh Rose (lakonan Tasha Shila).
Selepas Dhia kehilangan Azmi dapatkah Zikir merebut hati dan cinta Dhia, adakah cinta Dhia dan Zikir akan terhalang lagi dengan kehadiran Rose pulak? Ok sama sama nantikan drama Akasia Tentang Dhia ,( 28 episod 30 episod agaknya)di TV3 jam 7 malam.
Last episod 29hb Disember .
Ok sudah dapat episod akhir Tentang Dhia
Dhia dipanggil berjumpa Ku Mariam, di hadapan Zikir, Ku Salmi dan Zetty, Ku Mariam bertanya dan meminta Dhia memilih, samada ingin di ceraikan atau di madu, setelah dia gagal memberikan zuriat kepada Zikir.
Apabila Dhia sedar Zikir yang tidak mengindahkannya, Dhia tawakal, bersetuju untuk di madukan.
Zikir tergamam dengan keputusan Dhia. Manakala Ku Salmi senyuman puas. Akhirnya dia dapat memporak porandakan rumahtangga Dhia. Niat untuk kahwinkan Zikri dengan Rose hampir tercapai.
Azmi dan Raffi sangat marah apabila mengetahui yang Dhia akan di madukan. Mereka bertindak untuk menyerang Zikir dan keluarganya.
Zikir mula bertanya pada Dhia, apakah rahsia yang selama ini terpendam, mula lah timbul cerita, bila Zikir mengetahui yang Ku Salmi mengunakan khidmat bomoh.
Azmi, Raffi, Melly muncul di rumah Dhia. Mereka bertengkar dan marah2.
Zikir enggan berkahwin dengan Rose. Ku Salmi menguggut tak nak mengaku Zikir anaknya, dalam keadaan kalut dan tegang, Dhia muncul dan merelakan Zikir berkawin lagi kerana dia tidak dapat hidup lama.
Ending cerita,
nuriz nak komen la dah lepas tengok kan..jalan cerita akhir ni macam bidan terjun je, cepat sangat, semua nak dimasukkan dalam satu episod, Zikir pulak membuat keputusan berkahwin di saat saat mcm tu, terlalu pasrah dan mengikut kata ibu dia yang jahat tu. Ku salmi yang selalu guna bomoh sepatutnya Zikir tak payah le ikut lagi kata ibu dia tu. Ibu dia banyak buat dosa. Tapi sebab Dhia pujuk gamaknya dia pun ikut la. Pastu ending hero dan heroin mati ni , mcm mudah je la pengarah buat penamat cerita. Dua2 mati. Zikir meninggal sebab angin ahmar. Mcm tak logik ending. Apa komen anda?
Lagu lagu OST dalam Tentang Dhia
Lagu Dhia Nyanyian Adi Putra (video)
Promo
Tengok romo kat tv3 patutla ada Ako duk nangis2 ye, Izreen Azminda bawa watak jahat pulak, kehadiran Tasha Shila mesti untuk merebut cinta Zikir dan Dhia heheh…berliku liku dan penuh dugaan betul Dhia, kena bawa watak gadis malang yang selalu kecewa dalam cinta aduhai..
Izreen dan Nora Danish




Terkini
SLOT BARU AKASIA - GEMERSIK KALBU lakonan Aqasha dan Ayu Raudhah di tv3
November 8th, 2011
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 

singgah di sini ye
[...] sumber [...]
Assalam.wah best betul lah citer Tentang Dhia ni,bile tengok episod pertama dah nampak dah die nyer best tu…:)
izreen ni selalu jadi jahat ye
GAMBAR kahwin Zahiril Adzim dan Shera AYob
http://kopipanas2u.blogspot.com/2011/11/gambar-perkahwinan-zahiril-adzim-dan.html
Cerita ni memang best.. so sapa yg tertinggal boleh layan dekat sini
http://sedutje.blogspot.com/2011/11/download-slot-akasia-tv3-tentang-dhia.html
mintak izin copy paste on my blog this synopsys
ok
saya pun nak minta izin copy and paste kat blog saya…
Tq
comel jerr nora danish bile pakai tudung…..hope pas ni boleh ubah penampilan.
ak dedah kan serba sedikit episod last
last sekali dhia kawin dgan zikir..melly mati…
aku tengok dah episod last ^_^
happy ending le kiranya ni
Nora danish cute
kopipanas recently posted..Sinopsis Dingin Lavenda TV3 Slot Zehra
besnye cite ni….boleh copy dalam e mail saye tak…pliz
copy je la hehe
sape ler wt cter kata 26episod sj..nk tulis lain kali biar ada fakta..
takpa kalau salah kita boleh perbetulkan balik..takpa tak berdosa aihhh!! hehe drama je pun
ok dah dapat info drama ni ada 28 episod..jangan marah2 yeee
kalau salah lagi sila le perbetulkan. Selamat menonton.
Bila la mk mr2 dhia plc nk mati…x sabo nk tgk zikir n nenek zikir taw psl pragai mak n adik zikir…
brp episod ea cte nie… dh eps 28 tp xabis lg lorrrrrr
kalau salah info minta maaf, tak sure berapa episod sebenar, setakat ni ada info yang kata 28 je, kalau ada sape tau tolong bgtahu ye
arini last episod~
Hari ni last ye..
Sudah tamat episod akhir Tentang Dhia, sedih sangat sangat kan cerita ending dia ni, Dhia merelakan Zikri berkahwin dengan Rose kerana tau dia tak dapat hidup lama lagi..
Adakah anda berpuas hati dengan ending yang hero si Zikir ni mati sekali dengan heroin Dhia..huhu..apa punya ending ni, macam tergesa-gesa pun ada le jugak, cepat je kahwin, mcm cepat je jalan cerita. Dua dua mati pulak.
sumph citerr nihh bestt..really nk jmpe bang adi..hope suatu nnti dpt jmperr… anyway,klo korng dpt jmpe dierr,,ckp im relly filerr fans dierr,tpi x de lahh smpai obses k..haha,flora is my real name..this is my number,0196928865
dia jugak berlakon dalam filem DON 2 bersama Shah Rukh Khan tapi sayang sepatah ayat tak dengar pun Adi cakap dlm2, memang org Bollywood tak bagi cakap kot..Ady jadi peguam SRK.
ending tak best, sebab tak ada pembalasan kepada orang yang membuat mereka terpisah dan yang menggunakan ilmu bomoh2, sungguh tak adil jalan cerita nya
30 episode yg mmg best..ending dye pon ok..
zikir ni kn mmg ade strok slps dye sedar dari koma..
Kat cni nk mngisahkn kte mati ta kira waktu dan usia..
Orang yg tidak diduga juga maut dengan khndakNYA..
Lgpon cerita ni tentang Dhia n of course tntg hidup Dhi smpi nafas terakhirnya..Pasal mak mertua dy tu mmg ta ad perasaan bersalah pon..
Sbb hati dye mmg da itam..Suami sndiri pon snggup bunuh..Nth2 dye jd gler ble dpt tau zikir mati..Bestnya kalau kita mati sama2 dgn pasangn kte..Bukan calang2 org yg dapat mcm tu..Citer ni mmg best gler.Allah lebih sayangkan Zikir & Dhia.. tak sangka mereka menghadap ilahi bersama..Allahuakbar!! Allah Maha Besar.. Ending terbaik walapun sangat sedih dan tacing.. mereka bahagia di Syurga
saya suka komen ni..mati tak mengira waktu, usia..setuju2, tapi ku salmi tu mungkin pembalasan di akhirat lah, sebab kdg2 Allah tak balas sekarang tak bermakna dia terlepas..
dah tgok dah,mcm jalan hidup aku je…nasib nasib