Sinopsis Teater Badai Semalam (Aaron Aziz, Erra dan Umie Aida)

Badai semalam ialah teater muzikal yang dibarisi pelakon hebat seperti Erra Fazira, Aaron Aziz, Fizz Fairuz, Ziela Jalil dan Umie Aida. Teater ini akan disiarkan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 11 hingga 20 November 2011, jam 3.00 petang dan 8.30 malam. Badai Semalam diadaptasi dari novel Khadijah Hashim akan dipentaskan selama 9 hari.

Pelakon seperti Aaron Aziz dan Erra Fazira memang mempunyai peminat yang ramai, pemilihan pelakon popular ni akan dapat menarik minat orang untuk tengok teater, selalunya teater tidak mendapat sambutan berbanding filem dan drama. Lagi ramai pelakon ditampilkan dlam teater lagi bagus. Kalau orang tak kenal pelakon tu  cemana nak tengok kan.

Badai Semalam diarahkan oleh Khairunazwan Rodzi. Sinopsis cerita:

Mazni (lakonan Erra Fazira) anak seorang pembantu rumah membesar bersama ibunya yang tua dan uzur di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ.

Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Mereka berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi apabila Karim(lakonan Aaron Aziz), anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut. Pada mulanya Mazni hanya menganggap Karim sebagai abangnya sahaja.

Dari perasaan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latar belakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak mempunyai komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu kerana orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.

Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni amat kecewa apabila mendengar tohmahan dan fitnah tentang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tinggallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri.

Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga. Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?

sumber : Istana Budaya.

Aaron Aziz tak suka menyanyi dan menari dalam teater Badai Semalam

Jika anda berminat untuk menyaksikan teater muzikal ni boleh layarai www.istanabudaya.gov.my. Tiket dijual berharga RM30, RM50, RM70, RM100, RM150, dan RM300.

Diskaun 20% untuk Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan pelajar.
Istimewa tiket berharga RM20 untuk pelajar berkumpulan (minima 20 orang)

Tempahan tiket di www.ticket2u.biz

Box Office,
Istana Budaya,
Jalan Tun Razak,
50694 Kuala Lumpur.
Tel : 03-40265558

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold