Sinopsis Bunga April Samarinda TV3 (Shah Jaszle & Tasha Shila)

Bunga April drama baru untuk slot Samarinda menggantikan Jiwa dan Lara yang baru habis. Pelakon yang membintangi drama ini ialah Shah Jaszle dan Tasha Shila. Bunga April diarahkan oleh Along Kamaludin. Kenapa tajuknya bunga April ye bukan ditayang dalam bulan April..tapi dalam bulan November.. :)

Sinopsis Bunga April

Kisah cinta penuh dugaan dan konflik ini,  mengenai April (lakonan Tasha Shila) seorang anak gadis kepada keluarga yang kaya. April seorang yang berdikari dan dia ada mengusahakan sebuah kedai kek. April bertemu dan bercinta dengan pemuda bernama Johar (lakonan Shah Jazsle).

Namun cinta mereka terhalang apabila ayah April nak menyatukan April dengan abang tiri  kepada Johar (lakonan Zach X factor). Bermulalah konflik dalam keluarga dan perebutan cinta antara mereka bertiga.

sinopsis penuh

Bunga April menyelami dunia korporat disebalik kemegahan syarikat Wansa Holding, kepunyaan Tan Sri Azmi diwarisi Azman yang dilihat sebagai yang paling layak untuk menerajui syarikat ayahnya suatu hari nanti. Kesungguhan Azman menjadi kebanggaan Puan Sri Hamidah ibu dan isteri kepada keluarga Tan Sri Azmi.

Johar, anak tiri Tan Sri Azmi, hasil perkahwinan kedua bersama Puan Sri Aishah lebih selesa jika tidak bergelumang dalam dunia korporat. Mewarisi keperibadian sederhana dari ibunya, Johar sering menjadi rujukan dan pilihan kedua dalam apa saja keputusan dan pilihan dibuat Puan Sri Hamidah.

Kejayaan syarikat milik Tan Sri Azmi dicemburui dan menjadi dendam bagi Sophian rakan lama Tan Sri Azmi. Turut memiliki syarikat yang dikenali sebagai MediaCorp dan syarikat itu hanyalah untuk menutup mata pihak berkuasa daripada menghidu kegiatan sebenar beliau sebagai seorang taikun kongsi gelap dan mempunyai ramai pengikut.

April (Tasha Shila) anak tunggal Sophian tidak suka apa yang dilakukan oleh bapanya lalu sebagai tanda protes membuka sebuah kedai kecil menjual bunga. Johar jatuh cinta apabila melihat kecantikan dan ciri ringkas dimiliki April.

Johar memperkenalkan dirinya sebagai Junaidi atau Jun, dan akhirnya hubungan mereka semakin rapat dan berputik rasa cinta. Kerana cinta, Johar bertekad memajukan diri dan langkah pertama bermula di Wangsa Holding.

Pada masa yang sama, Sophian tidak dapat menahan rasa geram dan cemburu terhadap Tan Sri Azmi, lalu mengambil keputusan mengugut serta ingin mengahwinkan April dan Azman sebagai jaminan ikatan pertalian antara dua keluarga.

Azman bersetuju, pada mulanya April mengamuk dan tidak bersetuju apabila mendapat tahu bapanya menerima pinangan. Namun dia menjadi reda apabila mendapat tahu pinangan tu datang dari keluarga Tan Sri Azmi.

Keadaan kembali tegang apabila Puan sri Hamidah membuka rahsia, yang pinangan tu datang dari Azman dan bukannya dari Jun atau Johar. April mulai memberontak.

Apakah kesudahan yang bakal terjadi kepada Tan Sri Azmi, Azman, Johar dan April? Jangan lupa menyaksikan Bunga April yang bersiaran 25 episod, setiap Selasa hingga Khamis, jam 10.30 malam menerusi slot Samarinda  di TV3.

Pelakon : Tasha Shila, Shahz Jaszle, Zack X-Factor, Mustapha Kamal, Redzuan Hashim, Noniswara, Aida Aris dan Hanez Suraya.

 

p/s : Peminat Shah jaszle akan dapat melihat drama drama lakonan Shah Jazsle sepanjang tahun 2012 nanti, kerana banyak lagi drama rantaian akan disiarkan di tv meletakkan pelakon hot ni sebagai pelakon utama. :)

Tasha Shilla

BIODATA TASHA SHILA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Sinopsis Bunga April Samarinda TV3 (Shah Jaszle & Tasha Shila)”

  1. [...] lagi siapa ..yang hero heroin tau dah, Tasha Shila dan Shah Jazsle.Sumber sinopsis dan gambar : Nurizspace So nantikan drama Bunga April dari Shah Jaszle dan Tasha Shila , wah Tasha shila juga berlakon dalam [...]

  2. [...] Namun cinta mereka terhalang apabila ayah April nak menyatukan April dengan abang tiri kepada Johar (lakonan Zach X factor). Bermulalah konflik dalam keluarga dan perebutan cinta antara mereka bertiga. – via Nurizspace [...]

  3. Mejuez says:

    nak update entri ni la..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold