Sherie Merlis Bakal Berkahwin dengan Ash Gabba Gabba

Sherie Merlis, 39, pelakon serba boleh yang masih jelita ni kabarnya sedang bercinta dengan Ash penyanyi kumpulan Gabba Gabba yang juga bekas suami kepada Dira Abu Zahar. Hubungan Ash dan Sherie lebih serius dan menuju ke arah perkahwinan. Ash 28 tahun, atau nama sebenarnya Tengku Shafiz-Rullah As Syafiee Tengku Mohd. Shahidd mula berkenalan dengan Sharifah Merlisa Al-Barakbah apabila mereka bekerjasama dalam drama Cita dan Cinta.Bermula dari situ Ash dan Sherie mula kenal hati budi masing masing sejak 6 bulan lalu.

Perkenalan Ash dan Sherie Merlis

“Saya berkenalan dengan Sherie kerana kerja. Saya terlibat sebagai pengarah muzik dan dia berlakon dalam drama bersiri tersebut. Tapi jujurnya, saya masih tidak ada tarikh dan tidak buat persediaan. Ini kerja Tuhan,”

Bila Ash dan Sherie akan berkahwin?

“Memang cadang ke arah itu,” Ash selalu berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik-baik setelah gagal dalam perkahwinan dia yang dulu dengan  penagacara dan pelakon Dira Abu Zahar.

Pandangan Ash mengenai Sherie

Sherie ada nilai-nilai menghormati saya sebagai seorang lelaki. Seperti apa yang ditulis dalam buku agama, seperti seorang Fatimah menghormati Saidina Ali. Saya rasa dia ialah orangnya. Dia wanita paling baik saya pernah jumpa dalam hidup dan doa saya termakbul,”

“Saya tidak mencari atau membuat perancangan. Ini adalah pertemuan yang diatur oleh Allah. Jujurnya, saya tidak mencari pengganti dan dia bukanlah pengganti. Sherie adalah anugerah Allah kepada saya. “Saya belajar agar tidak mudah putus asa. Allah tidak akan bebankan manusia dengan ujian yang tidak boleh dilaluinya.”

“Tidak ramai yang rasa kesukaran saya. Malah tidak ramai yang mahu menemuramah. Pada awalnya sangat sukar untuk saya melalui hidup. Sekarang, sudah nampak jalan yang lancar,”

Ash selalu percaya peluang kedua selalu ada dalam kehidupan manusia. Ash mempunyai seorang anak Tengku Anggun Deandra, 3, dan dia sekarang di peringkat akhir dalam proses mendapatkan hak penjagaan anak di mahkamah syariah.

Ash kini lebih mendekati Yang Maha Esa

Ash kini aktf mengikuti penyanyi Al-Mawlid iaitu Amer Munawer ke kelas agama di AU3, Keramat, Kuala Lumpur, Ash juga baru sahaja melancarkan single kedua grupnya Gabba Gabba, Berdansa Bersamamu.

“Kehidupan saya sekarang tenang kerana Allah Taala. Saya belajar agama bersama Amer. Sudah ditakdirkan pertemuan saya dengan Amer sewaktu saya bertindak menyusun lagu untuk EP Amer yang mengandungi dua buah lagu, Seluruh Mahabbah dan Maha Suci Allah. Itu adalah projek pertama saya selepas bercerai dahulu.

“Syukur saya dipertemukan juga dengan Amer, dia orang yang betul. Saya rasa perubahan diri saya. Lebih sayangkan Rasul Allah. Makin faham kehidupan dan ada tujuan dalam perjalanan ini. Saya juga boleh mengenal manusia yang jujur dan tidak.

sumber : kosmo

Sherie sudah lama hidup sendiri

Sherie Merlis bekas isteri kepada pelakon Isma Daniel sudah 15 tahun hidup sendiri, dulu dia digosipkan bercinta dengan pelakon Rusdi Ramli, tapi tak kesampaian cinta mereka. Sherie Merlis mengakui dia banyak berjumpa dengan ramai lelaki baik, tapi mungkin  jodoh masih tidak sampai. Sherie mempunyai dua orang anak lelaki Habib, 18  dan Hariss, 17, semasa berkongsi hidup degan Isma Daniel dulu. Kedua-dua anak lelakinya dalam penjagaan bekas suaminya.

p/s: Semoga niat baik dan suci mereka ini jadi kenyataan ye.

Artikel lain:

Dira Abu Zahar anak vvip

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Sherie Merlis Bakal Berkahwin dengan Ash Gabba Gabba”

  1. yas says:

    Hehehe…sori aku gelak dulu…bukan pe…sbb aku tak kenai arrr sapa artis nihhh….:)

    #Bukan belagak…tp mmg aku tak tau sgt pasal artis kat mesia nih…
    yas recently posted..GuaBLOG!.Com ~ Revolusi Komuniti Blogger

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold